- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, July 09, 2013

KELEBIHAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN


Salam Ramadhan Al- Mubarak buat semua Umat Islam..sekarang kita telah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan..Sekarang ni la masa yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyak amalan kita..terdapat banyak kelebihan di bulan yang mulia ni..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.



Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.



Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .


TOTTENHAM HOTSPUR 2013/ 2014 JERSEY

Hanya tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum Barclays Premier League 2013/2014 membuka tirai.

Bagi musim 2013/ 2014 ini, Tottenham Hotspur telah melancarkan jersi baru yang bakal dipakai sepanjang musim depan.

Masih mengekalkan Under Armor sebagai pembekal rasmi jersi bagi musim hadapan, tetapi  sedikit perubahan dapat disaksikan pada jersi Tottenham Hotspur pada musim hadapan apabila HP atau nama penuh nya Hewlett Packard telah dilihat menggantikan Aurasma sebagai penaja jersi Spurs.

Pada majlis pelancaran jersi tersebut, Gareth Bale yang merupakan target Real Madrid untuk musim hadapan telah tampil untuk merasmikan jersi baru tersebut.

Mungkin ini merupakan cara Tottenham Hotspur untuk meyakinkan para penyokongnya bahawa Gareth Bale akan kekal di Spurs untuk musim hadapan.

Jom kita saksikan jersi terbaru Tottenham Hotspur untuk musim 2013/ 2014.

Barisan pemain memperagakan jersi baru

Home Jersey 2013/2014

Home Jersey 2013/ 2014

Bakal ke Madrid?

Away Jersey 2013/ 2014

Monday, September 24, 2012

ROH PON TENGOK BOLA JUGAK KE??

Disclaimer : Ini bukan entri seram..

Tadi masa aku duk usha facebook yang penuh dengan macam- macam jenis iklan tu.. adalah aku terjumpa satu post yang berkaitan dengan perlawanan BPL malam Ahad lalu antara Liverpool VS Manchester United tu..*lepas ni aku tulis MU je..

Post berkenaan ada mengaitkan segala jenis insiden yang berlaku sewaktu perlawanan tersebut dengan tragedi Hillsborough yang berlaku 16 tahun lalu iaitu pada tahun 1996..

Bagi siapa- siapa yang tak tahu apa benda kah tragedi Hillsborough tu, korang boleh la pergi geli- geli dengan encik Google dan tanya dia apa itu peristiwa Hillsborough tu.. kalau dia tak faham bahasa melayu, tanya ikut omputih.. komfem boleh jawab punya..

Ni dia isi post facebook tu..


In yesterday's game (Liverpool vs Man Utd) -


- Shelvey was sent off at 38:58 (38+58=96)

- Gerrard scored at 45:51 (45+51=96)
- Rafael scored at 51:45 (51+45=96)

- RVP scored at 80:16 (80+16=96)



- And full time was 96th minute as well !!
THAT'S NOT A SIMPLE COINCIDENCE !
THAT'S A MESSAGE FROM THEM :')
Justice For The 96 ♥


Awal- awal aku baca tu pon aku ada gak rasa seram sejuk.. betul ke semua ni?? adakah ini juga satu propaganda illuminati??hehe

Tapi lepas baca dalam 4 kali ulang, aku terfikir jap.. Roh pon boleh tengok bola jugak ke?? siap boleh atur game lagi..

Aku pon berfikir kejap.. mungkin ada benar jugak kot, mungkin ada perkara ghaib yang kita tak nampak kat Anfield malam tu guna mata kasar kita.. mungkin ada je roh yang bagi moral support untuk team Liverpool kot malam tu..*aku dah makin mengarut ni..

Kalau nak tau perkara ni betol ke x, kita kena tanya geng- geng yang suka Ngangkung sebab mereka selalu mintak nombor ekor dari benda ghaib ni..

So, kita boleh tanya apa pandangan diorang dengan perlawanan yang seolah- olah telah disusun atur oleh "mangsa tragedi Hillsborough" ni..

In Accordance With with Thumbnails