- - Takziah: Paul the Psychic Octopus telah pergi buat selama- lamanya =( ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, October 27, 2010

Takziah: Paul the Psychic Octopus telah pergi buat selama- lamanya =(

{ RIP : January 2008- 26 October 2010 }

Berlin: Dunia telah digemparkan dengan kematian sotong paling terkenal di seantero dunia iaitu si Paul the Psychic Octopus. Mendiang telah meninggal akibat kekurangan oksigen dalam air. Paul telah menjadi satu fenomena kepada dunia kerana prediction2 beliau yang panas dan menggemparkan.

Paul merupakan ketutrunan sotong kurita yang mempunyai kuasa menilik yang diwarisi dari moyang nya iaitu Phil. Paul merupakan selebriti yang amat terkenal di Jerman mengalahkan Heidi Klum.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca kematian Paul dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kes ni kerana Paul dikatakan mempunyai ramai musuh dari kalangan rakyat Belanda dan Germany.

Paul telah meninggalkan seoarang balu, seorang anak dan enam orang gaji. Paul tidak meniggalkan sebarang wasiat sebelum kematian beliau. Kemungkinan harta beliau akan disedekahkan kepada persatuan2 NGO di Germany.

Ramalan terakhir sebelum Paul meninggal dunia adalah filem 2 Alam yang bakal ditayangkan nanti hanya mampu mengutip RM 1 juta sahaja.

Di  bawah adalah kenangan2 yang sempat dirakam sewaktu Paul masih hidup.






Semoga roh Paul aman di sana.


P/ S: Sapa la yang nak ganti Paul lepas ni kan
In Accordance With with Thumbnails