Wednesday, July 31, 2013

HUKUM SOLAT DENGAN BAJU LENGAN PENDEK

Boleh ke solat dengan baju lengan pendek?



Kadang- kadang selalu sahaja kita ambil sambil lewa tentang pakaian ketika bersolat. Ada yang berbaju, dan ada juga yang topless. Selalu juga kita lihat mereka yang bersolat dengan baju melayu dan ada juga yang bersolat hanya dengan mengenakan T-Shirt lengan pendek sahaja. 

Jadi adakah terdapat hukum khusus dalam kod pakaian ketika bersolat ini?

Tuesday, July 30, 2013

( GAMBAR ) WATAK KARTUN YANG DI BOGELKAN


Ini merupakan satu projek istimewa daripada seorang artisan bernama Michael Paulus.. dia telah menggunakan imaginasi nya untuk " membogelkan " watak- watak kartun yang kita kenal selama ini.. mungkin kita tak pernah terbayang langsung sebelum ni bagaimana keadaan nya melihat watak- watak kartun ni dalam keadaan " bogel " kan..

PENYOKONG CHELSEA DISYAKI MEROGOL PENYOKONG MANCHESTER UNITED


Jom kita tengok gambar- gambar uncensored kat bawah ni..


Monday, July 29, 2013

DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299

Sony Xperia Z Ultra terbaru

Bakal dijual dengan harga RM2299, Sony Xperia Z Ultra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia sudah semestinya menjadi buruan para penggemar phablet di Malaysia.

Meneruskan legasi yang sebelumnya, Sony Xperia Z Ultra yang hadir bersama skrin sebesar 6.4 inci dan dikuasakan dengan HD sepenuhnya disertakan juga dengan teknologi terbaru daripada Sony iaitu TRILUMINOS™ Display with X-Reality for mobile sudah pasti akan membuatkan kaki- kaki gadget tak senang duduk.


Sony Xperia Z Ultra adalah sebuah telefon pintar yang akan membuatkan anda keluar dari kotak imaginasi anda yang sedia ada.

Dengan 342 pixel untuk setiap inci gambar, gambar anda sudah pastinya meletop apabila dilihat di skrin Xperia Z Ultra ini. Gambar yang dipaparkan akan kelihatan lebih tajam dan lebih cerah.

Perbezaan dua jenis paparan

Hanya setebal 6.5 mm dan seberat 213 gram, ia adalah telefon bedefinisi tinggi penuh paling nipis di dunia setakat ini.


Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3050mAh.

Sunday, July 28, 2013

iPhone 5S DAN iPhone 6 BAKAL DILANCARKAN SEPTEMBER INI

Adakah ini rupa sebenar Iphone 6


Generasi iPhone yang seterusnya yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone 5S dan iPhone 6 bakal dilancarkan September ini ataupun lebih awal dari yang dijangkakan.

Laporan menyatakan bahawa pelancaran telefon pintar terbaru iPhone ini adalah untuk menyaingi Samsung Galaxy Note 3 yang akan turut dilancarkan September ini.


Friday, July 26, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : KELEBIHAN DAN KEINDAHAN HARI JUMAAT


Salam Jumaat rakan sidang pembaca sekalian.. bagaimana puasa anda di hari Jumaat yang mulia ni ?? sempurna atau sudah ada yang membedal ayam percik di kala bangun tido tadi... hehe

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Thursday, July 25, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : BERSEGERALAH KAMU BERBUKA PUASA



Disunnahkan kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

TENGKU ZAIHAN PILIHAN RAKYAT KUALA BESUT


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada parti Barisan Nasional ternyata telah berjaya menambat hati rakyat di Kuala Besut apabila telah berjaya memenangi pilihanraya kecil Dun N01 Kuala Besut.

Beliau telah berjaya memperoleh undi sebanyak 8288 telah mengatasi lawan nya daripada parti PAS yang memperoleh undi sebanyak 5696 undi.

( GAMBAR ) SEKITAR HARI PENGUNDIAN PRK N01 KUALA BESUT


Barisan Nasional yang pada awalnya telah mencanang untuk memenangi kerusi ini dengan majoriti 4000 undi. Tetapi mereka hanya mampu meraih majoriti 2592 undi sekaligus menutup mulut- mlut mereka yang bercakap besar tempoh hari.

Walaupun target 4000 undi majoriti tersasar, masih berlaku peningkatan dalam jumlah undi majoriti sebanyak 158 undi berbanding PRU 13 yang lalu.

Wednesday, July 24, 2013

( GAMBAR ) SEKITAR HARI PENGUNDIAN PRK N01 KUALA BESUT



Hari ini merupakan hari pengundian pilihanraya kecil ( PRK ) N01 Kuala Besut setelah tempoh berkempen selama 2 minggu berakhir tengah malam semalam.

2 calon yang bertanding iaitu Tengku Zaihan daripada parti Barisan Nasional dan Che Long daripada parti PAS telah menggembleng sepenuh tenaga dalam tempoh berkempen yang diberikan selama 2 minggu itu.


Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Tuesday, July 23, 2013

TOYOTA VIOS 2013 TELAH SEDIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Seperti yang kita semua sedia maklum, Toyota Vios 2013 sudah lama dilancarkan di negara- negara jiran. Ada ura- ura yang mengatakan bahawa Toyota Vios 2013 ni akan dilancarkan pada bulan 10 nanti.


Menampilkan design yang lebih garang dan futuristik, kereta ini dilihat mampu menarik minat golongan muda dan golongan yang sudah berkeluarga.

Jika dilihat pada rekabentuk terbaru Toyota Vios 2013 ni, terdapat sedikit ciri- ciri persamaan antara Toyota Camry.


Jika dilihat di bahagian hadapan pula, ia seolah- olah kelihatan seperti Honda CRV jika dilihat sepintas lalu. Jadi, untuk mengelak kekeliruan, maka anda perlu melihat nya sepuas hati anda.

Monday, July 22, 2013

PENYOKONG CHELSEA DISYAKI MEROGOL PENYOKONG MANCHESTER UNITED



Kes rogol ni disyaki berlaku di Shah Alam. Kejadian dikatakan berlaku dari jam 9.45 malam sehingga jam 11.45 malam. Mangsa dikatakan telah dirogol beramai- ramai oleh penyokong sebuah kelab bola sepak luar negara itu.

Pihak berkuasa dikatakan sedang menyiasat kes ini.

Kalau tak cari publisiti memang tak sah kan wahai penyokong Manchester United sekalian??

Hehehehehe.

Inilah yang berlaku pada perlawanan Malaysia XI vs Chelsea FC di Stadium Shah Alam malam tadi.

Terdapat kelibat penyokong Manchester United mengenakan jersi pasukan tersebut untuk datang menyaksikan perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC.

Ayuh kita saksikan gambar- gambar penyokong Chelsea merogol penyokong Manchester United tersebut.

( HIGHLIGHT ) MALAYSIA XI VS CHELSEA FC 21/ 7/ 2013



Ayuh saksikan highlight perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Malaysia XI telah tewas 1-4 kepada Chelsea FC.

Gol- Gol  Chelsea FC telah dijaringkan oleh Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku manakal gol Malaysia XI telah dijaringkan oleh Fadhli Sas.

Sunday, July 21, 2013

MALAYSIA VS CHELSEA FC TAK AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG- ASTRO

Astro telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC tidak dapat disiarkan secara langsung pada malam ni, Ahad, 22 Julai 2013.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Astro.
Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menyiarkan perlawanan Chelsea vs Malaysia XI secara langsung kerana syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan oleh penganjur. Walaubagaimanapun perlawanan ini akan disiarkan secara tertunda seperti berikut: 

Astro SuperSport (Ch 810) & Astro SuperSport HD (Ch 831)
Monday, 22nd July at 8am and 5pm
Tuesday, 23rd July at 9:30pm

Astro Arena,
Monday, 22nd July at 3pm
Tuesday, 23rd July at 8:30pm
Friday, 26th July at 8:30pm
Jadi kepada para peminat yang menantikan siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv pada malam ni, diharapkan anda semua tidak kecewa.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk ke stadium pada malam ni, anda boleh saksikan siaran tertunda yang akan ditayangkan oleh pihak Astro.


MANCHESTER UNITED 5- A LEAGUE ALL STAR 1

Manchester United meraih kemenangan pertama di bawah kendalian David Moyes apabila membenam A League All Star 5- 1.

Perlawanan pra musim yang berlangsung di ANZ Stadium, Australia itu telah disaksikan oleh puluhan ribu penyokong Manchester United di Australia.

Bangkit daripada kekalahan kepada Singha All Star pada baru- baru ini, para pemain United menunjukkan persembahan yang mantap.

Gol- gol Manchester United telah dihasilkan oleh Danny Welbeck (2), Jesse Lingard (2), dan Robin Van Persie (1) manakala gol saguhati untuk A  League All Star telah dihasilkan oleh Besart Brisha.

Saturday, July 20, 2013

HARGA SILING AYAM RM 7.70 SEHINGGA 11 OGOS 2013

Berkuatkuasa 26 Julai 2103 hingga 11 Ogos 2013, kerajaan telah menetapkan bahawa harga siling ayam adalah RM 7.70 sekilogram.

Berikut adalah laporan berita tentang penurunan harga ayam.



Putrajaya - Kerajaan menetapkan harga siling ayam standard kepada RM7.70 sekilogram berbanding RM8.40 sekilogram sebelum ini, berkuatkuasa 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari.
"Skim ini akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media.
Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan menjamin bekalan ayam adalah mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.
Hasan berkata tahun ini pihak kementerian telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan harga itu.
Antara 20 jenis barangan makanan yang dikawal ialah Ayam Super, Ayam Standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India, jelasnya.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, adakah harga ayam akan kembali meningkat secara automatik dan mendadak kepada RM 9 sekilogram selepas detik 12 tengah malam 12 Ogos 2013?

Thursday, July 18, 2013

( VIDEO ) PANDUAN MUDAH KHUSYUK DALAM SOLAT

Khusyuk  dalam solat.. ramai antara kita yang susah untuk mencapai khusyuk dalam solat ini.



Sering saja fikiran kita melayang sewaktu melakukan solat. Pelbagai perkara berlegar- legar dalam fikrian kita sewaktu solat. Inilah halangan yang perlu kita atasi untuk mencapai khusyuk dalam solat.

Di bulan Ramadhan ni, diharapkan kita dapat memperbaiki kualiti solat kita untuk dipersembahkan kepada ALLAH S.W.T.

Diharapkan video ringkas ini mampu membantu kita mencapai khusyuk dalam solat.


Sila layari channel IProduksi di Youtube untuk banyak lagi video yang menarik tentang Islam.

Wednesday, July 17, 2013

AIR TERAPI AL- KHODAFI: FENOMENA TERBARU DI MALAYSIA

Air terapi Al- Khodafi memang menjadi fenomena terbaru di Malaysia sekarang ni.

Lihat sahaja di facebook, majalah dan mana- mana lagi sumber bahan bacaan yang ada di Malaysia ni, pasti akan ada menceritakan perihal air terapi Al- Khodafi ni.



Air terapi ni dikatakan mampu merawat penyakit- penyakit seperti saka, sihir, santau, histeria, sawan, gangguan mental, sakit jiwa, sukar tidur malam, mimpi-mimpi buruk, kanak-kanak menangis malam, panas baran, degil, keras hati,gangguan makhluk halus dalam rumah/pejabat/sekolah, darah tinggi, darah rendah, kencing manis, gout, migrain, arthritis, sakit lutut, leukimia, kanser, ketumbuhan, penyakit kulit, gatal-gatal, batuk, senggugut, parkinson, demam panas, pedih dada, sembelit, pendarahan, TB, lemah, lesu, sakit tumit, kolestrol dalam darah, penawar keracunan, penawar ketagihan dadah, penawar ketagihan rokok. 

TAZKIRAH RAMADHAN : " PERBANYAKKANLAH DI BULAN ITU 4 PERKARA "


Nabi SAW berkhutbah di akhir Syaaban. Dalam khutbahnya itu, Baginda menyebut beberapa perkara tentang kedatangan Ramadhan-tibanya bulan mulia yang diberkati, adanya malam qadar yang lebih baik dari seribu bulan, berpuasa di siangnya itu fardhu, mendirikan malamnya itu sunat dan kelebihan-kelebihan lain yang ada dalam bulan Ramadhan.
Di akhir khutbah itu, Nabi SAW bersabda, maksudnya: ‘Perbanyakkanlah di bulan itu 4 perkara; 2 perkara menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu dan 2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya. 2 perkara yang menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu ialah syahadah Tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta ampun kepada Allah. 2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya ialah kamu minta syurga dari Allah dan kamu minta perlindungan dengan Allah dari api neraka…’

Monday, July 15, 2013

AYAM OH AYAM...

AYAM PROSES: RM 8.00- RM 9.00/ 1KG
AYAM PUSING: RM 20- RM 25/ 1 EKOR
KEPAK AYAM: RM 2.50
NASI AYAM: ????



Semua barang berkaitan ayam melambung harganya.

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. "

Kenapa saban tahun perkara ini harus terjadi??

Harga Ayam sekali lagi menjadi isu besar negara apabila diberitakan bahawa ianya telah meningkat secara mendadak di bulan Ramadhan ini.

Hal ini bukanlah satu lagi perkara baru di Malaysia.

Thursday, July 11, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Ahli Quran, lakukanlah solat witir, sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Dia suka kepada solat witir." [ Riwayat Ahmad & Tarmizi]

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Apabila tiba bulan puasa ni la baru terhegeh- hegeh nak cari cara untuk mengerjakan solat witir. Pada bulan- bulan biasa, buat tak endah pon dekat solat witir ni.

Solat Witir dilakukan dalam rakaat yang ganjil. 1, 3, 5, 7, 9, 11. 

Selain itu, solat witir boleh dilakukan antara sesudah solat isyak sehingga solat subuh. Jadi, di bulan Ramadhan Al- Mubarak ni, solat witir akan dilakukan selepas selesai sahaja solat terawih.


"Sesungguhnya Allah telah menambahkan untuk kamu solat iaitu solat witir, laksanakanlah solat witir antara sesudah solat Isyak hingga solat Subuh" [Riwayat Ahmad]

Rasulullah S.A.W telah menetapkan bahawa solat witir tidak boleh dilaksanakan kurang daripada 1 rakaat dan melebihi 11 rakaat. Solat witir boleh dilakukan dalam satu salam atau dilakukan dengan dua rakaat dan yang terakhir satu rakaat berserta salam.

Wednesday, July 10, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : BERSAHURLAH KAMU



"Rasulallah pernah bersabda: 'Bersahurlah kamu, karena sesunguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkaTan'" Mutaffaq'alaih H.R.Bukhari (1923) dan Muslim(1095)

Shahih Riyadhus Shalihin
Imam Abu Zakaria/Yahya bin Syaraf An Nawawi  



Dari Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang artinya): "Pembeda antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan sahur"[Hadits Riwayat Muslim 1096]



Sahur merupakan sunnah yang sangat- sangat dituntut di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Tuesday, July 09, 2013

KELEBIHAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN


Salam Ramadhan Al- Mubarak buat semua Umat Islam..sekarang kita telah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan..Sekarang ni la masa yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyak amalan kita..terdapat banyak kelebihan di bulan yang mulia ni..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.



Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.



Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .


TOTTENHAM HOTSPUR 2013/ 2014 JERSEY

Hanya tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum Barclays Premier League 2013/2014 membuka tirai.

Bagi musim 2013/ 2014 ini, Tottenham Hotspur telah melancarkan jersi baru yang bakal dipakai sepanjang musim depan.

Masih mengekalkan Under Armor sebagai pembekal rasmi jersi bagi musim hadapan, tetapi  sedikit perubahan dapat disaksikan pada jersi Tottenham Hotspur pada musim hadapan apabila HP atau nama penuh nya Hewlett Packard telah dilihat menggantikan Aurasma sebagai penaja jersi Spurs.

Pada majlis pelancaran jersi tersebut, Gareth Bale yang merupakan target Real Madrid untuk musim hadapan telah tampil untuk merasmikan jersi baru tersebut.

Mungkin ini merupakan cara Tottenham Hotspur untuk meyakinkan para penyokongnya bahawa Gareth Bale akan kekal di Spurs untuk musim hadapan.

Jom kita saksikan jersi terbaru Tottenham Hotspur untuk musim 2013/ 2014.

Barisan pemain memperagakan jersi baru

Home Jersey 2013/2014

Home Jersey 2013/ 2014

Bakal ke Madrid?

Away Jersey 2013/ 2014