Lihat sahaja di facebook, majalah dan mana- mana lagi sumber bahan bacaan yang ada di Malaysia ni, pasti akan ada menceritakan perihal air terapi Al- Khodafi ni.
Air terapi ni dikatakan mampu merawat penyakit- penyakit seperti saka, sihir, santau, histeria, sawan, gangguan mental, sakit jiwa, sukar tidur malam, mimpi-mimpi buruk, kanak-kanak menangis malam, panas baran, degil, keras hati,gangguan makhluk halus dalam rumah/pejabat/sekolah, darah tinggi, darah rendah, kencing manis, gout, migrain, arthritis, sakit lutut, leukimia, kanser, ketumbuhan, penyakit kulit, gatal-gatal, batuk, senggugut, parkinson, demam panas, pedih dada, sembelit, pendarahan, TB, lemah, lesu, sakit tumit, kolestrol dalam darah, penawar keracunan, penawar ketagihan dadah, penawar ketagihan rokok.
Tetapi yang istimewa tentang air terapi Al- khodafi ni adalah ramuan nya. Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan air terapi Al- Khodafi ni cukup unik dan pelik.
Ayuh kita lihat senarai ramuan nya.
Air yg dirawat dgn kaedah nano hydronium, air zam zam, air sarang anai2 yg telah makan 22 juzuk al Quran, air cendawan ajaib (dibacakan ayat2 suci al Quran sebanyak 40x khatam, air kemeyan mekah..diimport dari yaman, air kulat susu harimau, air hujan malam jumaat 10 muharram.
Bukan senang nak dapatkan semua ramuan di atas.
Wallahualam. Tak tahulah apa yang digembar gemburkan oleh pihak yang memasarkan air ni betol atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini