Sunday, November 20, 2011

PERANAN SEBENAR FAKRI SAARANI UNTUK TEAM MALAYSIA


Perghh.. sebelum ni bukan main sedap lagi korang kutuk dia kan.. main macam taik la, tendang bola tak betol la, dan macam- macam lagi la perkara negatif yang boleh wujud ke atas seorang pemain bola sepak korang bagi kat dia kan..
Ni, bila dia dah score, melambung pulak pujian korang untuk dia yer.. hampeh gila.. aku pon sama gak sebenarnya.. dah memang sikap tipikal penyokong bola sepak Malaysia, nak buat macam mane kan… hahah
Main elok kena puji.. main teruk memang kena hentam la.. itulah tugas tersirat penyokong bola sepak Malaysia sebenarnya..
Korang tau tak apa peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Ong Kim Swee tu ??
Melalui analisis mendalam aku terhadap game- game sebelum ni.. aku dah dapat apa peranan sebenar Fakri dalam skuad Harimau Muda..
Walaupun sebelum ni dia memang mempamerkan permainan yang kurang memberansangkan, tapi ade satu ” X Factor ” yang Ong Kim Swee dapat kesan dalam diri seorang insan bernama Ahmad Fakri Saarani ni..
Jom aku ajak korang flashback cket..
Menurut satu sumber yang aku peroleh dan aku pon tak berapa pasti kesahihan nya.. tapi aku rasa 80% betol kot sumber ni..
Pada edisi Sukan Sea yang lalu iaitu pada 2 tahun lepas, korang masih ingat tak lagi siapa yang score gol untuk membawa Team Malaysia ke pentas final tu ??
Haaa…
Fakri Saarani la yang score..
” X Factor ” inilah yang membuatkan Ong Kim Swee memasukkan Fakri seawal sepak mula perlawanan lagi untuk game kali ini sebab dia masih mengharapkan “Ong ” daripada Fakri Saarani tu..
Ternyata percaturan yang diambil oleh Ong Kim Swee tu berbaloi..
Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Harimau Muda adalah untuk menjaringkan gol di perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea.. hehe
Dalam game lain tu, memang bukan peranan dia.. tu yang main lebih kurang je tu.. hehe..
Kepada Fakri Saarani, kalau anda ada terbaca entri ini.. jangan marah ea.. penulis cuma bergurau aje.. hehe

Saturday, November 19, 2011

TOPI SPERMA JADI PILIHAN LADY GAGA

Fesyen ataupun legasi pelik Lady Gaga masih lagi diteruskan apabila kali ini dia telah dilihat keluar bersiar- siar dengan topi berbentuk Sperma berwarna pink..
Lady Gaga memang sudah terkenal dengan fesyen- fesyen yang pelik lagi dahsyat yang selalu digayakan nya..
Walaubagaimanapun, topi sperma ini dilihat sebagai satu pakaian yang lebih sopan berbanding pakaian- pakaian nya sebelum ini menurut pemerhati fesyen di Amerika Syarikat..

Monday, November 14, 2011

TEMU RAMAH BERSAMA WAYNE ROONEY


Hahahahahaha.. aku x leh nak berhenti gelak la.. korang layan la sendiri video ni.. nak tengok korang boleh tahan gelak ke tak.. hahah

Tuesday, October 18, 2011

VIDEO MERAIH UNDI YANG LUCAH AMAT


Harap- harap takde la ahli politik Malaysia yang terlalu desperate sampai sanggup buat video camni untuk meraih undi..


Katarzyna Lenart, berusia 23 tahun itu ahli politik yang bercita-cita tinggi dari Poland dan calon Perikatan Kiri Demokratik (SLD), mungkin telah mencipta video pilihan raya paling lucah di dunia, dengan menanggalkan coli dia menarik perhatian kepada parti dan kempen pilihan raya.

Video bermula dengan beliau berpakaian penuh duduk di kerusi dengan memakai sut seluar hitam yang dihormati. Tetapi dia kemudiannya mengambil tali leher, kemudian dia melemparkan di kamera, sebelum berdiri dan melepaskan jaket dan baju untuk mendedahkan coli merah jambu. Akhirnya, dia membuang coli itu tetapi tanda censor menyembunyikan kesopanan beliau. Slogan kamu "Ingin lebih Undi SLD, hanya kami yang boleh lakukan lebih?."

Wednesday, October 12, 2011

GEREJA DIARAH MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Ini adalah berita khas susulan daripada kes serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara tempoh hari..

Ekoran titah Sultan Selangor bahawa wujud cubaan memesongkan akidah umat Islam, NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mahu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Sunday, October 09, 2011

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011


Jadual perlawanan suku akhir piala Malaysia 2011 adalah seperti berikut :

Suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 : 10 Oktober 2011

  • Selangor VS Perak ; Stadium Shah Alam
  • Felda United VS Negeri Sembilan ; Stadium MBPJ
  • Terengganu VS Kelantan ; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  • Sabah VS T- Team ; Stadium Likas
Suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 : 14 Oktober 2011
  • Perak VS Selangor ; Stadium Ipoh
  • Negeri Sembilan VS Felda United ; Stadium Paroi
  • Kelantan VS Terengganu ; Stadium Sultan Mohd IV
  • T- Team VS Sabah ; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

24 APRIL 2013 : PARLIMEN WAJIB DIBUBAR


24 April 2013 adalah tarikh yang bakal dinanti- nantikan oleh keseluruhan rakyat dan pemerhati politik di Malaysia..

Desas- desus tentang PRU 13 yang akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sedikit reda berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR ini..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

Saturday, October 08, 2011

UNIVERSITI DI MALAYSIA BUKANLAH 400 TERBAIK DI DUNIA

University of Dublin

Universiti di Malaysia bukanlah 400 terbaik di dunia..

Itulah kenyataan pahit yang kita sebagai rakyat di Malaysia perlu telan.. walaupun pahit untuk ditelan, kita seharusnya menerima nya sebagai satu cabaran untuk terus meningkatkan prestasi universiti- universiti yang terdapat di Malaysia..


Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik  40 tempat berbanding tahun 2010.

ISI KANDUNGAN BAJET 2012


Bajet 2012 telah selesai dibentangkan.. isi kandungan bajet 2012 amat menarik untuk difikir dan dikaji sendiri oleh kita sebagai rakyat Malaysia..

Isi kandungan bajet 2012 kali ni boleh dilihat sebagai bajet yang memberi keutamaan kepada sektor awam.. banyak peruntukan telah diberi kepada sektor awam dalam usaha kerajaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan efisien..

Isi kandungan bajet 2012 adalah seperti berikut :


Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Friday, October 07, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN AUSTRALIA VS MALAYSIA : SENARAI PEMAIN


Perlawanan persahabatan Australia VS Malaysia telah berlangsung dan berikut adalah senarai pemain yang dibariskan oleh kedua- dua pasukan..

Senarai Pemain Malaysia :

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Asraruddin Putra Omar
  3. Mohd Farisham Ismail
  4. Mahali Jasuli
  5. Norhafiz Zamani Misbah
  6. Joseph Kalang Tie
  7. Norshahrul Idlan Talaha
  8. Safee Sali
  9. Amar Rohidan
  10. Gurusamy Kandasamy
  11. S.Kunalan
  12. Wan Zaharul Nizam
  13. Muhammad Zubir
  14. Khyril Muhymeen
  15. Reuben Thayaparan Kathiripillai
  16. Mohd Faizal Muhammad
  17. Yong Kuong Yong
  18. Izzaq Faris Ramlan
  19. Mohd. Farizal Marlias
  20. Shahrizal Mohd Saad
  21. Muslim Ahmad
  22. Badroll Bakhtiar
Senarai Pemain Australia :


AIR ASIA : DI SEBALIK KE "MURAH" ANNYA


Air Asia.. satu entiti yang cukup sinonim dengan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang terdapat di Malaysia..

Ramai orang beranggapan bahawa segala yang ditawarkan oleh Air Asia adalah satu pakej yang sempurna memandangkan harga tiket yang dikenakan adalah murah..

Hari ni, satu pendedahan akan dipaparkan tentang Air Asia bagi mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa yang murah itu tak selalunya indah..

Thursday, October 06, 2011

KASTAM : CINCIN BERLIAN ROSMAH RM24 JUTA MEMANG WUJUD



Situasi berkenaan pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh " first lady of Malaysia " semakin menarik apabila pihak Kastam telah mula menghangatkan kembali isu tersebut.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suuhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

WAHAI TUHAN, MENGAPA WANITA SERING MENANGIS ??


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

JawabNya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Wednesday, October 05, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : WOMAN ..


P/ S : Aku tak tau dh ni Wordless No berapa... hak3

KALAU NAK MELUDAH TU, BIAR BERADAB SIKIT ...


Assalamualaikum...Assalamualaikum..Assalamualaikum..hehehe..kalu 3 kali x jawab memang kompem berdosa r hatta x jawab sekali pon dah berdosa tau..dah macam ustaz dah aku ni.. ;p

Kali ni aku nak cter kat korang pasal mende2 yang Islamik cket..haa..len dari yang len cket kali ni..

Ok..kita sebagai manusia ni x pernah x meludah walaupon sekali kan..tipu la kalu korang cakap yang korang ni x pernah meludah pon dalam hidup ni..

Tuesday, October 04, 2011

DENAIHATI NAK BAGI PERODUA MYVI EXTREME KAT KORANG !!


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Bloggeryang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati  yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.

Monday, October 03, 2011

YAMAHA 135 LC GP EDITION


Yamaha 135 LC GP Edition memang mampu menggugat jiwa , raga dan batin peminat tegar peminat motosikal moped tanah air..

Dikeluarkan sempena menyambut ulang tahun ke- 50 pembabitan Yamaha dalam sukan permotoran dunia, Yamaha 135 LC GP Edition ni memang memukau..

Mengenakan cover set berwarna biru, Yamaha 135 LC GP Edition ni mampu membuatkan anda semua kelihatan seperti Jorge Lorenzo ataupun Ben Spies sewaktu menunggang motosikal ini..

So, kepada peminat tegar Jorge Lorenzo, tunggu apa lagi.. sediakan wang secukupnya kerana Yamaha 135 LC GP Edition ni bakal dijual dengan harga RM 8000.00 OTR..

Kalau x berkemampuan, kita tunggu aje cover set Yamaha 135 LC GP Edition ni keluar di pasaran.. murah cket.. tak payah nak beli motosikal baru.. hehe..

Jom kita amik sedikit sneak preview untuk motosikal Yamaha 135 LC GP Edition ni..

Sunday, October 02, 2011

( VIDEO ) PERATURAN RAGBI YANG SUPER SEXY 18 SX


Tadi kan, sedang aku khusyuk godek- godek akhbar the sun UK secara online tu.. aku ada la terjumpa pasal video tentang peraturan yang terdapat dalam permainan ragbi..

Mentang- mentang lah sekarang ni tengah ada World Cup kat New Zealand tu, terus dia buat video ni.. video ni memang mengancam habis woo..

Tidak sesuai untuk tontonan 18 tahun dan ke bawah woo.. huhu

Saturday, October 01, 2011

REHAT SINONIM DENGAN KERJA ATAU SEBALIKNYA ??

Rehat atau kerja.. dua- dua perkara ni memang sinonim dalam lumrah kehidupan manusia seharian kan.. kita memang tak boleh nak berpisah dari dua perkara ni.. dalam hidup ni, kita perlu rehat dan kita juga harus bekerja untuk meneruskan kemaslahatan kehidupan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni kan..

Friday, September 30, 2011

Bodoh, Kurang Ajar, Budi Bahasa atau Dot Dot Dot..??


Hallooo.. hehe.. ape pendapat korang tentang tajuk entri ni.. mesti berbelit- belit otak untuk memikirkan nya kan.. hehe

Entri ni aku tujukan khusus untuk masyarakat di sekeliling kita.. 

Straight to the point.. pernah tak korang terfikir pasal perkara ni.. korang ade la ternampak kawan kau sedang menyapu sampah.. so korang pon kira nak tegurla.. pernah tak korang tegur macam ni.. " hai, tengah sapu sampah ke? ".. tentu pernah kan.. adakah korang begitu bodoh untuk bertanyakan soalan macam tu.. sudah terang- terang kawan tu tengah menyapu.. so, buat ape korang tanya lagi.. tapi, tapi, tapi.. bagi aku itu bukanlah satu soalan yang bodoh.. itu merupakan soalan yang paling berbudi bahasa dan penuh hormat.. korang faham x maksud aku ni??.. ok, kalu korang x faham biar aku cuba terangkan secara ringkas..

Thursday, September 29, 2011

Langit Cintakan Awan...




Dunia ni memang indah..sume makhluk dalam dunia ni saling cinta mencintai antara satu sama lain..bukan setakat manusia je tau yang tau bercinta..haiwan,tumbuh- tumbuhan turut bercinta tau..kalu korang nak tau,,langit dan laut pon sedang dilamun cinta..hehe

 Langit sangat sayangkan laut, sehingga warnanya pun seakan laut.

Wednesday, September 28, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST PANGGIL AKU HAN






Syarat- syarat.....

  1. Buat satu tajuk " Saya nak join Bloglist Panggil Aku Han "
  2. Letak Banner yang dekat atas tu..
  3. Follow blog Han?? [ Tak wajib  ]  nak follow ke tak hak masing-masing..
  4. Tag kepada rakan?? [ Tak wajib ]  jika perlu kalau tak abaikan...
  5. Kalau boleh komen sikit tentang blog aku yang tak berapa nak matang ni...^_^
  6. jangan lupa letak blog han jugak dalam bloglist korang ye..
  7. Paste kan url entri korang dekat ruangan komen entri ni ok..
  8. Kerjasama dan sambutan korang amat dihargai...:)

ORANG KAYA MANA PAKAI NI ??


Ini adalah berita terbaru, terkini dan terhangat yang baru saya peroleh dari laman ni ..

Perkara ini amatlah menduka citakan hati, perasaan, jiwa dan raga saya sebagai orang yang kurang wang yang hidup hanya dengan makan gaji di atas muka bumi yang diperintah oleh Barisan Nasional ni.. tapi negeri yang saya tinggal sekarang ni milik PKR.. hehe

Tuesday, September 27, 2011

DOKTOR ITU BUKAN TUHAN



Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.
Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.
Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.
Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor
Doktor : Sama-sama encik.
Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal 'Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.
Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :

Sunday, September 25, 2011

NAK TUKAR STYLE RAMBUT ???


Aku rasa aku macam nak tukar style rambut la..

Style rambut aku yang sekarang ni memang menggambarkan aku sebagai seorang budak yang baik, berbudi pekerti dan berhati mulia..

Tapi...

PESANAN IKHLAS UNTUK YANG PERASAN BERPENGETAHUAN TINGGI


Aku memang angin dengan orang- orang macam ni.. dia berlagak macam dia tahu semua perkara dalam alam semesta ni..

Satu je pesanan aku untuk mereka- mereka yang bersifat macam ni..

Saturday, September 24, 2011

NAK MINTAK TOLONG REVIEW BLOG CLOUD 9 BOLEH ??

Tadi aku ada terbaca satu entri kat blog Tia.. entri tu cerita tentang bagaimana caranya kita dapat menurunkan ranking Alexa kita ni..

Menurut Tia, kita dapat turunkan ranking Alexa kita ni sekiranya ada orang yang sudi review blog kita pada website Alexa tu..

Aku tak pernah terfikir dan cuba untuk memikirkan pasal Alexa rank pon sebelum ni.. tapi bila aku tengok je statistik Alexa aku tu, terasa macam nak gugur pulak hempedu aku ni.. ranking memang teruk gila.. teruk yang amat..

Aku rasa, ranking Alexa aku dulu jauh lebih baik dari ranking sekarang ni.. aku pon kurang pasti apa sebabnya.. mungkin sebab kekurangan update dari blog aku ni menyebabkan ranking Alexa aku ni jatuh tersembam kot.

Blogger otai, Denaihati, pon ada gak bincangkan bagaimana review blog boleh menurunkan Alexa rank blog anda tu kat blog dia..

Setelah memahami apa yang cuba disampaikan Denaihati dan Tia, aku pon mengambil kata putus untuk meminta siapa- siapa yang ada lah terbaca blog aku ni untuk tolong membuat review tentang blog aku kat Alexa ni..

Korang tulis la apa- apa pon yang korang nak tulis.. aku tak kisah.. nak kutuk pon boleh.. tetapi teguran membina sangat- sangat lah dialukan.. hehe

Anda semua boleh klik gambar kat bawah ni untuk buat review tentang blog Cloud 9 ni dekat website Alexa..


Kalau korang nak aku review blog korang pon boleh jer.. silalah tinggalkan link korang kat ruangan komen tu yer.. korang review aku, aku review korang..win- to- win situation la yer..

FIDA IBRAHIM DISERANG SAWAN !!

Fida Ibrahim freehair
Perubahan??

Fida Ibrahim diserang sawan !!

Eh, takdelah.. saja je buat tajuk macam tu.. baru la nampak macam Harian Metro cket kan.. hihi

Tapi mungkin jugak perubahan yang berlaku ke atas Fida Ibrahim sekarang ni boleh dikategorikan sebagai " sawan fesyen " kot..

Yela, kalau dulu manis je nampak menutup aurat dengan bertudung litup.. sekarang ni dah lain pulak dah.. boleh pulak dia menutup aurat dengan hanya mengenakan topi aje.. baik dia pakai helmet je, lagi banyak boleh cover aurat dia yakni rambut dia tu..

Friday, September 23, 2011

RAMLI.. RAMLI.. RAMLIIII !!!!!!!


Ramli have scored for Manchester United !!!!

Itulah antara sedikit petikan yang dapat aku grab daripada iklan TM yang baru je aku tengok kat blog Hok Sengoti tadi.. kalau xde blog Hok Sengoti ni, komfem aku tak tau akan kewujudan iklan ni.. al- maklumlah, kita baru pindah rumah sewa, mane sempat nak beli TV ni.. huhu

Ada jugak babak dalam iklan ni yang memang menarik perhatian aku selain daripada Ramli score untuk Manchester United tu..

Cuba korang hayati dialog ni..

Ramli : Ayah ! Ayah ! Ramli score dua gol hari ni..
Ayah : Eh, anak jiran sebelah tu score 9A tau !
Ramli : Ayah, Ramli janji yang Ramli akan buat ayah bangga suatu hari nanti..

Inilah sikap tipikal kebanyakan ibu bapa yang terdapat di Malaysia hatta dalam dunia sekalipun.. ibu bapa aku pon macam ni gak dulu.. bukan aku saja- saja nak kata kepada kesatuan ibu bapa kat Malaysia ni..

Korang pon mesti pernah mengalami situasi macam ni kan.. dibanding- banding kan dengan orang lain..

Aku memang tak suka gila bila perkara macam ni berlaku.. entahlah.. aku pon tak tahu kenapa.. memang aku tak suka bila dibanding- bandingkan dengan orang lain..

Thursday, September 22, 2011

PERUBAHAN IMEJ FIDA IBRAHIM DAN SITI NORDIANA


Drama Kasih Alia dah habis semalam.. sempat jugak la aku layan episod akhir drama tu.. hehe

Hari ni aku nak cakap sedikit tentang isu perubahan imej pelakon drama Kasih Alia iaitu Fida Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana..

Sala seorang daripada mereka telah berubah daripada baik kepada kurang baik dan begitu jugak sebaliknya iaitu perubahan daripada kurang baik kepada lebih baik..

Semalam aku dah buat entri tentang Fida Ibrahim dan fesyen ala Darth Vader nya.. hari ni aku nak buat entri tentang perubahan yang berlaku ke atas Fida Ibrahim plak..

Wednesday, September 21, 2011

FIDA IBRAHIM PON DAH DEDAH SANA SINI SEKARANG NI


Dah macam pantun la plak bunyi tajuk entri ni... hehe

Ni ha.. sejak dua menjak ni kan.. aku asyik dengar cerita yang tak elok je pasal artis yang sedang meningkat naik ni..

Bermula dengan skandal bersama Mamat bekas anggota kumpulan Sepah.. lepas tu fesyen bertudung ala- ala Darth Vader.. sekarang ni ada pulak tersebar gambar dia amik gambar pakai topi tapi tak pakai tudung..

Ai.. takkan sejak jadi femes ni dah nak cabut tudung kot.. tahulah cerita Kasih Alia tu best, mantap dan mengujakan.. tapi tak perlu lah nak start buka aurat kot..

Ni ada sedikit gambar fesyen ala- ala Darth Vader yang dia duk praktikkan tu..

Ini fesyen Darth Vader

Ini fesyen Fida

Tuesday, September 20, 2011

MAHKAMAH MALAYSIA SANGAT ADIL



Tun Zaki Azmi yang merupakan bekas ketua hakim negara menegaskan bahawa sistem kehakiman yang terdapat di Malaysia adalah adil dan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia juga banyak mengalami kekalahan dalam kes- kes yang dibicarakan di mahkamah..


Zaki mengakui yang persepsi rakyat Malaysia sememangnya sukar untuk diubah..


"Bagaimanapun, persepsi masyarakat umum bukan perkara yang benar. Saya cadangkan, anda semak semua kes itu. Gali semula, berapa kes yang kerajaan telah tewas. Contoh paling baik ialah kes Felda (Kemahang 3)... Saya beri RM11 juta kepada peneroka.

LAKNATLAH SEORANG YANG BERNAMA KAMAL ATATURK..


Salam sume..korang msti pnah dgr name ni kan..kalu korang belajar sejarah KBSM,,kompem korang tau nye kecuali korang tdo mase cikgu tgh mengajr kat depn..kali aku nk cter cket sape dye si gampang ni k..

IDEOLOGI KAMAL ATATURK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.


Sunday, September 18, 2011

TETEK NEELOFA SAIZ APE ??


Saiz tetek Neelofa ??

Serius aku tak tahu.. bukan nya Neelofa tu isteri aku pon.. so memang dah sah dan terang lagi bersuluh la yang aku memang tak tahu saiz tetek Neelofa tu..

Apsal la blog aku plak yang keluar bila ada orang search pasal saiz tetek Neelofa ni.. ni bukan blog lucah tau.. ni blog budak baik- baik ni.. ish3..

Friday, September 16, 2011

VIDEO SEKS HITLER !!! 18 SX



Wow !!!! barang rare ni.. ni boleh jadi sesuatu yang menggoncang dunia..

Korang cari la kat mane- mane web site lain.. mesti tak jumpa benda ni.. hanya Cloud 9 menyajikan yang terbaik untuk korang semua.. hak3..

Korang memang kenal Hitler sebagai pemerintah Nazi terbaik yang pernah wujud kat dalam dunia ni kan.. tapi korang ada pernah terfikir tak yang Hitler ada video seks..

Pelik tapi benar kan.. aku bukan mereka- reka cerita.. tapi ada jugak orang yang fikir bahawa Hitler ni ada video seks..

Wednesday, September 14, 2011

JASA AKU TERHADAP JEMAAH HAJI MALAYSIA


Rasa macam nak cerita pasal kerja aku la pulak malam ni.. sekali sekala berkongsi pengalaman tak rugi kan.. bukan nya rugi kalau berkongsi pengalaman, malahan mungkin ada sedikit keuntungan kot bila kita share pengalaman kita ni dengan orang lain.. tak gitu Sunah Mohammad ?? hehe

Tak lama lagi musim haji bakal menjelang tiba kan.. sudah tentu sudah ramai jemaah haji yang terpilih untuk mengunjungi Baitullah tidak sabar- sabar menunggu tarikh penerbangan mereka ke tanah suci bukan..

Selaku penerbangan nasional negara, Malaysia Airlines System Berhad ( MAS ) telah sekali lagi menjadi penerbangan rasmi jemaah haji Malaysia ke tanah suci..

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan jemaah haji Malaysia dalam perjalanan menuju ke Baitullah.. MAS telah memastikan pesawat yang bakal digunakan untuk penerbangan jemaah haji berada dalam keadaan terbaik..

Bagi merealisasikan hasrat tersebut.. aku sebagai seorang junior technician di syarikat ini telah ditugaskan untuk membaik pulih dan memastikan kapal tersebut dalam keadaan terbaik..

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 13/ 9/ 2011


Keputusan perlawanan piala Malaysia 13/ 9/ 2011 adalah seperti berikut :

Kumpulan A:

= Johor FA 1 vs 3 Sabah

= Perak 2 vs 1 Kedah

Kumpulan B:

= Negeri Sembilan 1 vs 0 Terengganu

= PKNS FC 1 vs 0 Sime Darby

Kumpulan C:

= Sarawak 0 vs 1 Johor FC

Kumpulan D:

= Selangor 0 vs 0 Kuala Lumpur

= T-Team 4 vs 0 PDRM FA