Tuesday, September 20, 2011

MAHKAMAH MALAYSIA SANGAT ADIL



Tun Zaki Azmi yang merupakan bekas ketua hakim negara menegaskan bahawa sistem kehakiman yang terdapat di Malaysia adalah adil dan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia juga banyak mengalami kekalahan dalam kes- kes yang dibicarakan di mahkamah..


Zaki mengakui yang persepsi rakyat Malaysia sememangnya sukar untuk diubah..


"Bagaimanapun, persepsi masyarakat umum bukan perkara yang benar. Saya cadangkan, anda semak semua kes itu. Gali semula, berapa kes yang kerajaan telah tewas. Contoh paling baik ialah kes Felda (Kemahang 3)... Saya beri RM11 juta kepada peneroka.

Zaki turut menyatakan bahawa ramai tahanan yang membuat permohonan habeas corpus telah dilepaskan dan kerajaan tewas dalam kes berkenaan.


“Tengok sahaja berapa ramai yang kita telah lepaskan... Saya katakan dalam ucapan saya – lebih susah untuk 
tukar persepsi daripada mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah atau tidak, jika satu keputusan itu pro-kerajaan atau sebaliknya," katanya lagi.


Menurutnya lagi, beliau berpandangan bahawa lebih banyak keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sejak beberapa tahun lalu.


Katanya lagi, bukan peguam kerajaan yang selalu memohon untuk menangguhkan kes habeas corpus. Sebaliknya, berdasarkan nota rayuan, peguam plaintif yang memohon untuk penangguhan atas alasan untuk membuat rundingan dengan kerajaan.


“Saya tidak ada rekod tapi anda boleh tanya pengganti saya (Tan Sri Arifin Zakaria), siapa yang melengah-lengahkan? Bukan kerajaan (yang melengahkan kes).


Sumber : Malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini