Friday, September 30, 2011

Bodoh, Kurang Ajar, Budi Bahasa atau Dot Dot Dot..??


Hallooo.. hehe.. ape pendapat korang tentang tajuk entri ni.. mesti berbelit- belit otak untuk memikirkan nya kan.. hehe

Entri ni aku tujukan khusus untuk masyarakat di sekeliling kita.. 

Straight to the point.. pernah tak korang terfikir pasal perkara ni.. korang ade la ternampak kawan kau sedang menyapu sampah.. so korang pon kira nak tegurla.. pernah tak korang tegur macam ni.. " hai, tengah sapu sampah ke? ".. tentu pernah kan.. adakah korang begitu bodoh untuk bertanyakan soalan macam tu.. sudah terang- terang kawan tu tengah menyapu.. so, buat ape korang tanya lagi.. tapi, tapi, tapi.. bagi aku itu bukanlah satu soalan yang bodoh.. itu merupakan soalan yang paling berbudi bahasa dan penuh hormat.. korang faham x maksud aku ni??.. ok, kalu korang x faham biar aku cuba terangkan secara ringkas..

Masyarakat kita sebenarnya telah banyak kehilangan nilai- nilai budi bahasa.. kita sudah tak serupa dengan masyarakat terdahulu yang hidup dalam komuniti yang cukup harmoni.. mungkin korang anggap pertanyaan di atas adalah satu pertanyaan yang bodoh.. tapi, bagi masyarakat dulu, itu adalah satu perkara yang normal.. itu adalah sapaan yang biasa jika bertemu antara satu sama lain.. mereka tidak akan kata kawan mereka itu bodoh jika bertanyakan satu perkara yang sudah dia sendiri ketahui.. mereka akan menjawab nya dengan penuh hormat dan dari situlah akan terjadi satu topik perbualan tentang menyapu tadi.. mereka akan menceritakan sebab mereka menyapu dan sebagai nya..

Jika soalan tersebut di tanya pada masyarakat sekarang yang sudah semakin urban.. sudah pasti ayat macam ni akan keluar.. " Tak lah, tengah tido ni.." ataupun macam ni " kau ni rabun ke buta?? x nampak ke aku tengah buat ape.." So, sudah pasti perbualan itu akan tamat begitu saja kerana orang yang bertanya sudah di hamburkan dengan sindiran2 yang pedas.. mood nak bersembang pon dah hilang..

Di manakah hilangnya nilai- nilai budi bahasa masyarakat sekarang??

Aku rasa penyebab kejatuhan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita dan sikap yang semakin kurang ajar adalah media elektronik..Televisyen adalah penyebab perkara ni terjadi..

Terlalu banyak pelakon sekarang ni khusunya para pelawak menggunakan dialog sebegini sebagai lawak dorang.. dorang sebenarnya tidak sedar yang lawak bodoh dorang tu telah menghancurkan keindahan budi bahasa dalam masyarakat kita.. dorang hanya tahu berlawak dan tidak pernah memikirkan kesan- kesan yang bakal terjadi..

Golongan yang paling mudah terpengaruh adalah budak- budak kecil.. dorang tidak sepatutnya didedahkan dengan perkara sebegini dalam usia yang mentah.. perkara ini akan menyebabkan masyarakat kita membesar sebagai satu bangsa yang kurang ajar.. korang x takut ke kalau perkara ni terjadi..

So, aku rasa kita patut ubah persepsi masyarakat kita tentang perkara ni.. itu yang paling mustahak..

So, aku harap korang dapat faham apa yang aku cuba sampaikan ni.. kalau x faham, ni mungkin adalah kesilapan aku kerana gagal menghurai point sebenar yang aku cuba nak sampaikan..

So, renungkan dan selamat beramal~

25 comments:

  1. nak tanya pon kekadang kena tgk mood jgk

    ReplyDelete
  2. mungkin kene tukar gaya soklan tu jugak...

    ReplyDelete
  3. Adeh setiap dialog tu bnyk yg berlaku. fikir balik btl gak. smakin hilang sedar dgn perubahan tu sbb dah lali :D

    Nice 1 dude

    ReplyDelete
  4. http://wanwidget.com/
    serius aku setuju dengan ko, benda budi bhasa ni dah dijadikan lawak, rosak budak budak yg baru nk belajar

    ReplyDelete
  5. bukan semua soalan perlukan jawapan...tnya gitu sbg mukadimah jer ... x perlu jawab pn takper, senyum jer....

    ReplyDelete
  6. try baca status2 adik-adik dekat facebook. even masih bersekolah tapi diorang tak jaga adab. maki hamun orang, huhuhu. kadang2 sampai terpaksa block diorang sebab tak selesa dengan cara kurang berbudi bahasa diorang kat alam maya -..-

    ReplyDelete
  7. 2 minit pertama baca entri nih, dah tergelak bila baca "hai tengah sapu sampah ke",

    setuju! memang tu bukan soalan bodoh tapi soalan tu sebenarnya macam kate pembuka bicara...

    "hai, tengah sapu sampah ke?"
    "eh, taklah, tengah main golf.. buta ke?"

    lawak kurang ajar rasanya tu kan?

    Apapun, nice blog. Salam perkenalan dan jemput ke blog :)

    ReplyDelete
  8. azie tak suka bile muka terang2 moody pastu tanye : "nape muka masam ni?". pastu time tu fikiran serabut. rs nak cakap je. da nmpk tnye. huh..

    ReplyDelete
  9. @Lizz saya tak lyan sgt FB bdak skolh ni kak..

    ReplyDelete
  10. KEHALUSAN DAN BUDI BAHASA ZAMAN LE NI DAH PUPUS. WALAU KITA TANYA SOALAN YANG KITA TAHU .... ITU HANYA SAPAAN PEMBUKA KATA UNTUK PENYEDAP PERBUALAN. TP KADANG TU BAIK XPAYAH TEGUR. TP DIKATA PULOK SOMBONG. SERBA SALAH KITA.... DUNIA AKHIR ZAMAN.

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini