Wednesday, September 14, 2011

JASA AKU TERHADAP JEMAAH HAJI MALAYSIA


Rasa macam nak cerita pasal kerja aku la pulak malam ni.. sekali sekala berkongsi pengalaman tak rugi kan.. bukan nya rugi kalau berkongsi pengalaman, malahan mungkin ada sedikit keuntungan kot bila kita share pengalaman kita ni dengan orang lain.. tak gitu Sunah Mohammad ?? hehe

Tak lama lagi musim haji bakal menjelang tiba kan.. sudah tentu sudah ramai jemaah haji yang terpilih untuk mengunjungi Baitullah tidak sabar- sabar menunggu tarikh penerbangan mereka ke tanah suci bukan..

Selaku penerbangan nasional negara, Malaysia Airlines System Berhad ( MAS ) telah sekali lagi menjadi penerbangan rasmi jemaah haji Malaysia ke tanah suci..

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan jemaah haji Malaysia dalam perjalanan menuju ke Baitullah.. MAS telah memastikan pesawat yang bakal digunakan untuk penerbangan jemaah haji berada dalam keadaan terbaik..

Bagi merealisasikan hasrat tersebut.. aku sebagai seorang junior technician di syarikat ini telah ditugaskan untuk membaik pulih dan memastikan kapal tersebut dalam keadaan terbaik..


Pesawat yang bakal digunakan adalah masih sama seperti kapal yang digunakan untuk musim haji sebelum- sebelum ni iaitu dari jenis Boeing 747- 400.. buat makluman pembaca sekalian, ini adalah dari jenis pesawat jumbo yang dimiliki MAS yang mampu memuatkan sekitar 400 atau lebih penumpang pada satu2 masa..

Untuk projek kali ni, aku telah ditugaskan untuk menyenggara bahagian Landing Gear.. tugas aku tak ada lah berat sangat kot.. tak ada kerosakan teruk yang berlaku pada Landing Gear kapal ni.. hanyalah servis biasa yang diperlukan untuk memastikan keadaan nya berada dalam prestasi optimum..

Siapa yang tak tahu pasal Landing Gear tu, boleh Google yer.. hehe.. baru la korang ada kerja cket nak buat kan..

Kapal ni disenggara mengikut pakej A4 + C1.. kalau pakej A ni, kerja dia tak berat sangat la.. tapi kalau pakej C, mungkin sedikit menyeluruh la tetapi masih lagi tak berat sangat seperti overhaul..

Hari ni, aku telah ditugaskan untuk menukar brek dan tayar yang dirasakan sudah tidak digunakan lagi.. tukar tayar kapal terbang hari ni tak semudah seperti kebiasaan nya.. untuk makluman anda, tukar tayar terbang ni bukan mudah macam tukar tayar kereta.. banyak langkah yang perlu diikut dan perlu diambil perhatian bagi menngelakkan kerosakan pada bahagian lain..

Hari ni, brek yang hendak ditukar ni memang saja cari pasal.. dia boleh pulak dia buat- buat susah nak keluar.. tak tahu la pasal apa dia jadi macam tu.. seharian kot hari ni sentuh brek je.. tu pon tak siap lagi.. esok sambung lagi..

Untuk hari- hari yang sebelum nya, aku telah buat kerja lain.. banyak jugak la kerja yang aku buat untuk Landing Gear ni.. aku rasa aku dah buat sebaik mungkin bagi memastikan semua nya berada dalam keadaan terbaik..

Bahaya weh kalau aku buat cincai- cincai kerja ni.. silap cket boleh bawak maut kepada 400 penumpang tu.. tak ke bahaya.. so, setiap kerja yang dibuat ni perlu jujur dan teliti.. x boleh main ngelat tau kerja dengan kapal terbang ni.. nyawa penumpang bergantung kat tangan korang tau..

So, aku rasa ni je la perkongsian aku untuk hari ni kot, kalau aku ada mood lagi nak tulis pasal ni.. aku akan tulis..

Nantikan aje la sambungan nya yer..

Inilah dia kapal yang aku tengah duk baiki sekarang.. 9M- MPQ

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini