Friday, September 30, 2011

Bodoh, Kurang Ajar, Budi Bahasa atau Dot Dot Dot..??


Hallooo.. hehe.. ape pendapat korang tentang tajuk entri ni.. mesti berbelit- belit otak untuk memikirkan nya kan.. hehe

Entri ni aku tujukan khusus untuk masyarakat di sekeliling kita.. 

Straight to the point.. pernah tak korang terfikir pasal perkara ni.. korang ade la ternampak kawan kau sedang menyapu sampah.. so korang pon kira nak tegurla.. pernah tak korang tegur macam ni.. " hai, tengah sapu sampah ke? ".. tentu pernah kan.. adakah korang begitu bodoh untuk bertanyakan soalan macam tu.. sudah terang- terang kawan tu tengah menyapu.. so, buat ape korang tanya lagi.. tapi, tapi, tapi.. bagi aku itu bukanlah satu soalan yang bodoh.. itu merupakan soalan yang paling berbudi bahasa dan penuh hormat.. korang faham x maksud aku ni??.. ok, kalu korang x faham biar aku cuba terangkan secara ringkas..

Thursday, September 29, 2011

Langit Cintakan Awan...




Dunia ni memang indah..sume makhluk dalam dunia ni saling cinta mencintai antara satu sama lain..bukan setakat manusia je tau yang tau bercinta..haiwan,tumbuh- tumbuhan turut bercinta tau..kalu korang nak tau,,langit dan laut pon sedang dilamun cinta..hehe

 Langit sangat sayangkan laut, sehingga warnanya pun seakan laut.

Wednesday, September 28, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST PANGGIL AKU HAN






Syarat- syarat.....

  1. Buat satu tajuk " Saya nak join Bloglist Panggil Aku Han "
  2. Letak Banner yang dekat atas tu..
  3. Follow blog Han?? [ Tak wajib  ]  nak follow ke tak hak masing-masing..
  4. Tag kepada rakan?? [ Tak wajib ]  jika perlu kalau tak abaikan...
  5. Kalau boleh komen sikit tentang blog aku yang tak berapa nak matang ni...^_^
  6. jangan lupa letak blog han jugak dalam bloglist korang ye..
  7. Paste kan url entri korang dekat ruangan komen entri ni ok..
  8. Kerjasama dan sambutan korang amat dihargai...:)

ORANG KAYA MANA PAKAI NI ??


Ini adalah berita terbaru, terkini dan terhangat yang baru saya peroleh dari laman ni ..

Perkara ini amatlah menduka citakan hati, perasaan, jiwa dan raga saya sebagai orang yang kurang wang yang hidup hanya dengan makan gaji di atas muka bumi yang diperintah oleh Barisan Nasional ni.. tapi negeri yang saya tinggal sekarang ni milik PKR.. hehe

Tuesday, September 27, 2011

DOKTOR ITU BUKAN TUHAN



Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.
Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.
Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.
Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor
Doktor : Sama-sama encik.
Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal 'Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.
Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :

Sunday, September 25, 2011

NAK TUKAR STYLE RAMBUT ???


Aku rasa aku macam nak tukar style rambut la..

Style rambut aku yang sekarang ni memang menggambarkan aku sebagai seorang budak yang baik, berbudi pekerti dan berhati mulia..

Tapi...

PESANAN IKHLAS UNTUK YANG PERASAN BERPENGETAHUAN TINGGI


Aku memang angin dengan orang- orang macam ni.. dia berlagak macam dia tahu semua perkara dalam alam semesta ni..

Satu je pesanan aku untuk mereka- mereka yang bersifat macam ni..

Saturday, September 24, 2011

NAK MINTAK TOLONG REVIEW BLOG CLOUD 9 BOLEH ??

Tadi aku ada terbaca satu entri kat blog Tia.. entri tu cerita tentang bagaimana caranya kita dapat menurunkan ranking Alexa kita ni..

Menurut Tia, kita dapat turunkan ranking Alexa kita ni sekiranya ada orang yang sudi review blog kita pada website Alexa tu..

Aku tak pernah terfikir dan cuba untuk memikirkan pasal Alexa rank pon sebelum ni.. tapi bila aku tengok je statistik Alexa aku tu, terasa macam nak gugur pulak hempedu aku ni.. ranking memang teruk gila.. teruk yang amat..

Aku rasa, ranking Alexa aku dulu jauh lebih baik dari ranking sekarang ni.. aku pon kurang pasti apa sebabnya.. mungkin sebab kekurangan update dari blog aku ni menyebabkan ranking Alexa aku ni jatuh tersembam kot.

Blogger otai, Denaihati, pon ada gak bincangkan bagaimana review blog boleh menurunkan Alexa rank blog anda tu kat blog dia..

Setelah memahami apa yang cuba disampaikan Denaihati dan Tia, aku pon mengambil kata putus untuk meminta siapa- siapa yang ada lah terbaca blog aku ni untuk tolong membuat review tentang blog aku kat Alexa ni..

Korang tulis la apa- apa pon yang korang nak tulis.. aku tak kisah.. nak kutuk pon boleh.. tetapi teguran membina sangat- sangat lah dialukan.. hehe

Anda semua boleh klik gambar kat bawah ni untuk buat review tentang blog Cloud 9 ni dekat website Alexa..


Kalau korang nak aku review blog korang pon boleh jer.. silalah tinggalkan link korang kat ruangan komen tu yer.. korang review aku, aku review korang..win- to- win situation la yer..

FIDA IBRAHIM DISERANG SAWAN !!

Fida Ibrahim freehair
Perubahan??

Fida Ibrahim diserang sawan !!

Eh, takdelah.. saja je buat tajuk macam tu.. baru la nampak macam Harian Metro cket kan.. hihi

Tapi mungkin jugak perubahan yang berlaku ke atas Fida Ibrahim sekarang ni boleh dikategorikan sebagai " sawan fesyen " kot..

Yela, kalau dulu manis je nampak menutup aurat dengan bertudung litup.. sekarang ni dah lain pulak dah.. boleh pulak dia menutup aurat dengan hanya mengenakan topi aje.. baik dia pakai helmet je, lagi banyak boleh cover aurat dia yakni rambut dia tu..

Friday, September 23, 2011

RAMLI.. RAMLI.. RAMLIIII !!!!!!!


Ramli have scored for Manchester United !!!!

Itulah antara sedikit petikan yang dapat aku grab daripada iklan TM yang baru je aku tengok kat blog Hok Sengoti tadi.. kalau xde blog Hok Sengoti ni, komfem aku tak tau akan kewujudan iklan ni.. al- maklumlah, kita baru pindah rumah sewa, mane sempat nak beli TV ni.. huhu

Ada jugak babak dalam iklan ni yang memang menarik perhatian aku selain daripada Ramli score untuk Manchester United tu..

Cuba korang hayati dialog ni..

Ramli : Ayah ! Ayah ! Ramli score dua gol hari ni..
Ayah : Eh, anak jiran sebelah tu score 9A tau !
Ramli : Ayah, Ramli janji yang Ramli akan buat ayah bangga suatu hari nanti..

Inilah sikap tipikal kebanyakan ibu bapa yang terdapat di Malaysia hatta dalam dunia sekalipun.. ibu bapa aku pon macam ni gak dulu.. bukan aku saja- saja nak kata kepada kesatuan ibu bapa kat Malaysia ni..

Korang pon mesti pernah mengalami situasi macam ni kan.. dibanding- banding kan dengan orang lain..

Aku memang tak suka gila bila perkara macam ni berlaku.. entahlah.. aku pon tak tahu kenapa.. memang aku tak suka bila dibanding- bandingkan dengan orang lain..

Thursday, September 22, 2011

PERUBAHAN IMEJ FIDA IBRAHIM DAN SITI NORDIANA


Drama Kasih Alia dah habis semalam.. sempat jugak la aku layan episod akhir drama tu.. hehe

Hari ni aku nak cakap sedikit tentang isu perubahan imej pelakon drama Kasih Alia iaitu Fida Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana..

Sala seorang daripada mereka telah berubah daripada baik kepada kurang baik dan begitu jugak sebaliknya iaitu perubahan daripada kurang baik kepada lebih baik..

Semalam aku dah buat entri tentang Fida Ibrahim dan fesyen ala Darth Vader nya.. hari ni aku nak buat entri tentang perubahan yang berlaku ke atas Fida Ibrahim plak..

Wednesday, September 21, 2011

FIDA IBRAHIM PON DAH DEDAH SANA SINI SEKARANG NI


Dah macam pantun la plak bunyi tajuk entri ni... hehe

Ni ha.. sejak dua menjak ni kan.. aku asyik dengar cerita yang tak elok je pasal artis yang sedang meningkat naik ni..

Bermula dengan skandal bersama Mamat bekas anggota kumpulan Sepah.. lepas tu fesyen bertudung ala- ala Darth Vader.. sekarang ni ada pulak tersebar gambar dia amik gambar pakai topi tapi tak pakai tudung..

Ai.. takkan sejak jadi femes ni dah nak cabut tudung kot.. tahulah cerita Kasih Alia tu best, mantap dan mengujakan.. tapi tak perlu lah nak start buka aurat kot..

Ni ada sedikit gambar fesyen ala- ala Darth Vader yang dia duk praktikkan tu..

Ini fesyen Darth Vader

Ini fesyen Fida

Tuesday, September 20, 2011

MAHKAMAH MALAYSIA SANGAT ADIL



Tun Zaki Azmi yang merupakan bekas ketua hakim negara menegaskan bahawa sistem kehakiman yang terdapat di Malaysia adalah adil dan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia juga banyak mengalami kekalahan dalam kes- kes yang dibicarakan di mahkamah..


Zaki mengakui yang persepsi rakyat Malaysia sememangnya sukar untuk diubah..


"Bagaimanapun, persepsi masyarakat umum bukan perkara yang benar. Saya cadangkan, anda semak semua kes itu. Gali semula, berapa kes yang kerajaan telah tewas. Contoh paling baik ialah kes Felda (Kemahang 3)... Saya beri RM11 juta kepada peneroka.

LAKNATLAH SEORANG YANG BERNAMA KAMAL ATATURK..


Salam sume..korang msti pnah dgr name ni kan..kalu korang belajar sejarah KBSM,,kompem korang tau nye kecuali korang tdo mase cikgu tgh mengajr kat depn..kali aku nk cter cket sape dye si gampang ni k..

IDEOLOGI KAMAL ATATURK DI TURKI


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.


Sunday, September 18, 2011

TETEK NEELOFA SAIZ APE ??


Saiz tetek Neelofa ??

Serius aku tak tahu.. bukan nya Neelofa tu isteri aku pon.. so memang dah sah dan terang lagi bersuluh la yang aku memang tak tahu saiz tetek Neelofa tu..

Apsal la blog aku plak yang keluar bila ada orang search pasal saiz tetek Neelofa ni.. ni bukan blog lucah tau.. ni blog budak baik- baik ni.. ish3..

Friday, September 16, 2011

VIDEO SEKS HITLER !!! 18 SX



Wow !!!! barang rare ni.. ni boleh jadi sesuatu yang menggoncang dunia..

Korang cari la kat mane- mane web site lain.. mesti tak jumpa benda ni.. hanya Cloud 9 menyajikan yang terbaik untuk korang semua.. hak3..

Korang memang kenal Hitler sebagai pemerintah Nazi terbaik yang pernah wujud kat dalam dunia ni kan.. tapi korang ada pernah terfikir tak yang Hitler ada video seks..

Pelik tapi benar kan.. aku bukan mereka- reka cerita.. tapi ada jugak orang yang fikir bahawa Hitler ni ada video seks..

Wednesday, September 14, 2011

JASA AKU TERHADAP JEMAAH HAJI MALAYSIA


Rasa macam nak cerita pasal kerja aku la pulak malam ni.. sekali sekala berkongsi pengalaman tak rugi kan.. bukan nya rugi kalau berkongsi pengalaman, malahan mungkin ada sedikit keuntungan kot bila kita share pengalaman kita ni dengan orang lain.. tak gitu Sunah Mohammad ?? hehe

Tak lama lagi musim haji bakal menjelang tiba kan.. sudah tentu sudah ramai jemaah haji yang terpilih untuk mengunjungi Baitullah tidak sabar- sabar menunggu tarikh penerbangan mereka ke tanah suci bukan..

Selaku penerbangan nasional negara, Malaysia Airlines System Berhad ( MAS ) telah sekali lagi menjadi penerbangan rasmi jemaah haji Malaysia ke tanah suci..

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan jemaah haji Malaysia dalam perjalanan menuju ke Baitullah.. MAS telah memastikan pesawat yang bakal digunakan untuk penerbangan jemaah haji berada dalam keadaan terbaik..

Bagi merealisasikan hasrat tersebut.. aku sebagai seorang junior technician di syarikat ini telah ditugaskan untuk membaik pulih dan memastikan kapal tersebut dalam keadaan terbaik..

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 13/ 9/ 2011


Keputusan perlawanan piala Malaysia 13/ 9/ 2011 adalah seperti berikut :

Kumpulan A:

= Johor FA 1 vs 3 Sabah

= Perak 2 vs 1 Kedah

Kumpulan B:

= Negeri Sembilan 1 vs 0 Terengganu

= PKNS FC 1 vs 0 Sime Darby

Kumpulan C:

= Sarawak 0 vs 1 Johor FC

Kumpulan D:

= Selangor 0 vs 0 Kuala Lumpur

= T-Team 4 vs 0 PDRM FA

Monday, September 12, 2011

ANGGOTA BADAN PALING BERMAKNA


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.
Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."

Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.

Sunday, September 11, 2011

AKU NAK PROMOSI BLOG DI UMARFARUQ.COM!!


http://www.umarfaruq.com/jom-promosi-blog/


Syarat-syarat :
  1. Buat satu entri bertajuk : “Aku nak promosi blog di UmarFaruq.Com!!“..
  2. Letak gambar kat atas tu kat dalam entri korang dan linkkan ke entri ini..
  3. Komen sini pasal blog UmarFaruq ni..
  4. Siap? Letak url entri korang dekat bahagian komen paling lewat 12 September 2011..

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 10/ 9/ 2011


Keputusan perlawanan Piala Malaysia 10/ 9/ 2011 adalah seperti berikut..

  • SABAH VS KEDAH : 2- 1
  • PERAK VS JOHOR : 2- 1
  • TERENGGANU VS PKNS : 3- 2
  • NEGERI 9 VS SIME DARBY : 5- 0
  • KELANTAN VS JOHOR FC : 2- 1
  • FELDA VS SARAWAK : 1- 0
  • SELANGOR VS PDRM : 2- 0
  • KUALA LUMPUR VS T- TEAM : 2- 1
Kelantan dan Terengganu masing- masing melakarkan kemenangan kedua bagi membuktikan bahawa mereka adalah pencabar serius untuk trofi kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini..

Adakah dua seteru pantai timur ini akan bertemu lagi di pentas akhir di Bukit Jalil nanti ?? kita tunggu dan lihat sahaja..

Perjalanan masih jauh untuk kedua pasukan dengan kesemua pasukan baru sahaja menghabiskan perlawanan kedua dalam peringkat kumpulan..

Saturday, September 10, 2011

NAJIB MAIN WAYANG ISU PREPAID KENA CUKAI


Encik PM kita telah mula mengatur strategi nya dalam penghasilan wayang terbaru dirinya apabila menegaskan yang pihak kerajaan tidak pernah meluluskan pengenaan cukai sebanyak 6% terhadap semua prabayar yang terdapat di Malaysia..

Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan beliau..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

IMPLIKASI KENAIKAN CUKAI PREPAID SEBANYAK 6%


Semalam rakyat Malaysia telah digemparkan dengan isu kenaikan cukai prepaid sebagai 6%.. aku pon turut digemparkan oleh si dia yang telah menghantar mesej kepada aku dalam keadaan yang cukup emo berikutan hal ini.. hehe..

Perkara mula menjadi isu daripada pihak perkhidmatan telefon selular apabila mereka kelihatan cukup jeles dengan Astro kerana kerajaan telah membenarkan pihak Astro untuk mengenakan cukai kerajaan sebanyak 6% dalam yuran langganan bulanan mereka..

Pihak perkhidmatan telefon selular telah merasakan bahawa perkara ini adalah satu perkara yang tidak adil bagi mereka.. kalau Astro dapat, aku pon nak jugak.. baru la fair and square..

Dirasakan akan terdapat banyak implikasi yang bakal muncul berikutan pengenaan cukai kerajaan sebanyak 6% ni..

Antaranya :

Thursday, September 08, 2011

VIDEO PERLAWANAN PILIHAN PIALA MALAYSIA 2011 ( 6/ 9/ 2011 )


Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 telah menyaksikan banyak keputusan yang mengejutkan dan ada juga keputusan yang sudah di duga..

Pasukan- pasukan pilihan kejohanan seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah telah menepati ramalan apabila dengan mudah menumpaskan lawan masing- masing..

Selangor pula menerima nasib yang berbeza apabila diaibkan T-Team di Kuala Terengganu.. itulah, Selangor kuat sangat cakap besar.. kata kejuaraan tahun ni milik mereka la.. puiihh..

Jadi perlawanan pilihan Cloud 9 untuk perlawanan pertama ni tak lain tak bukan adalah perlawanan antara T- Team dan Selangor..

SPONTANEOUS THURSDAY #1

JANGAN SESEKALI MUNGKIRI JANJI YANG DIBUAT, MENYESAL TAK SUDAH NANTI

HANYA 5 SAAT


Hanya 5 saat je masa yang diperlukan untuk semua benda ni terjadi..

Korang semua pernah tak alami krisis sakit perut yang melampaui batasan norma ?? mesti pernah kan.. dalam setahun tu mesti ado punyo.. betol tak.. ini kenyataan la wahai kanda dan adinda sekalian..

Kalau tengah sakit perut tu kan, nak buat kerja pon tak senang kan.. kejap- kejap nak ke tandas.. boleh kata kalau yang dah kronik tu.. setiap 10 minit akan check in kat tandas.. hehe

Jadi apa pulak kaitan nya dengan 5 saat pulak ni ??

Ok.. meh sini nak cerita secara halus dan terperinci..

Kalau masa korang sakit perut, bagaimana dengan kepantasan korang berjalan kaki ?? mesti pantas kan.. kalau dulu ada r dekat seminit nak g tandas.. tapi bila dah sakit perut.. 5 saat je korang ambil untuk memacakkan muka korang kat tandas tu..

Wednesday, September 07, 2011

UDAH- UDAH LER SEARCH PASAL ZILA BAKARIN


Erm.. pening betol kepala otak teruna aku ni berfikir.. habis gugur rambut aku setiap kali bersyampu dek kerana terlalu banyak berfikir pasal mende alah ni la..

Kenapa la tinggi sangat keyword ZILA BAKARIN kat blog aku ni.. hits gila keyword tu.. pelik betol.. adakah ini menunjukkan bahawa blog aku ni merupakan sumber rujukan utama untuk mendapatkan segala cerita tentang Zila Bakarin tak kira apa jenis cerita termasuklah cerita dalam kain Zila Bakarin itu sendiri..

Rasa macam blog aku ni dah boleh dijadikan blog rasmi Zila Bakarin lak..

Tuesday, September 06, 2011

TANAH PERKUBURAN BERSAING DENGAN PEMBANGUNAN DI SINGAPURA



Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.
Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubur penduduk Cina yang tertua di Singapura.
Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.
Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.
"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. 
Pengurusan kubur di Singapura.
Di Singapura, pusara lama akan digali dan dipindahkan ke kawasan baru untuk disusun bagi memberi ruang kepada pusara baru. Usaha mengalih tanah perkuburan dilakukan beberapa tahun sekali.

Dari tanah perkuburan Bidadari lebih 30 tahun lalu, ia berpindah ke kawasan Pusara Aman dan kini dipindahkan pula ke Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.



Perpindahan pusara ke tapak baru, mengutamakan konsep ruang yang lebih ekonomikal, memandangkan jasad yang lebih 20 tahun dikebumikan sudah mengecil daripada keadaan asal. Oleh itu susun atur di tempat baru dibuat lebih praktikal.

Perkongsian liang lahad di Singapura.

Daripada satu liang lahad yang memuatkan hanya satu jasad, tapak pemindahan yang baru itu memuatkan peninggalan lapan rangka mayat di dalam satu liang yang tidak sampai 1.5 meter dalamnya.

PASUKAN PENGAMAN SOMALIA DALANG PEMBUNUHAN WARTAWAN MALAYSIA



Kesatuan Afrika menyatakan pasukan pengaman Somalia mungkin terlibat dalam kejadian tembakan seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di sini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin, pihaknya menyiasat laporan awal yang menyatakan salah satu konvoi pasukan pengaman itu mungkin terlibat dalam kejadian tembakan ke atas kakitangan media tersebut.
Noramfaizul meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas cedera akibat ditembak.
Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu menuduh pasukan pengaman melepaskan tembakan terhadap beberapa sasaran orang awam di sini. 

Monday, September 05, 2011

BROOKE COLLINS : GADIS YANG TUMBUK BERUANG DEMI SELAMATKAN ANJINGNYA



Brooke Collins, wanita berusia 22-tahun dari Juneau (Alaska), menumbuk beruang hitam di muka untuk menyelamatkan anjing kecil kepunyaanya, fudge Dachshund, daripada dibawa dan mungkin dimakan.

"Ia adalah semua begitu pantas. Semua saya boleh berfikir tentang anjing saya akan mati, "kata Collins.

"Ia adalah satu perkara yang bodoh tetapi saya tidak dapat membantu," katanya. "Saya tahu anda tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi saya tidak mahu anjing saya untuk dibunuh."

Collins berkata dia tidak melihat beruang di luar apabila dia membiarkan anjing-anjing tersebut bermain di luar sekitar 7:30 petang Ahad. Beliau berkata fudge hanya terpelanting dan salakan kedengaran hampir serta-merta. Beliau berkata salakan itu adalah "bunyi yang paling dahsyat di dunia."

Sunday, September 04, 2011

Kelebihan sebatang pensil stabilo berbanding laptop apple korang tu..

Heheh.. entri ni memang nak citer pasal pensel, tapi bukan setakat pensel stabilo je la.. semua pensel pon termasuk dalam entri ni..

Bagi yang tak mampu untuk memiliki komputer atau laptop.. usah lah berputus asa untuk terus berkarya.. laptop bukanlah penyebab karya anda gagal.. jika dilihat pada kartunis, laptop bukan lah sesuatu yang penting bagi mereka.. tetapi perkara yang paling mustahak bagi mereka adalah sebatang pensel 2B..

Ni ada cket aku nak citer pasal kelebihan pensel berbanding laptop..


- Kalau korang rasa pensel boleh menaip, pensel memang la klah bab tu sebab pensel tak boleh menaip.. tetapi korang masih boleh menulis menggunakan pensel..


- Hebat macam mana pon korang menggunakan komputer, tetapi bila korang nak mencatat sesuatu daripada komputer, korang still nak guna pensel kan.. betol x??? hehe


- Pensel tak perlu gunakan elektrik tapi komputer korang perlu gunakan kuasa elektrik atau bateri..


- Korang tak perlu berbelanja lebih membayar bil elektrik kerana menggunakan pensel berbanding komputer..


- Pensel mudah untuk dibawa ke mana- mana tapi komputer atau laptop berat kalau korang usung ke hulu, ke hilir..


- Letak pensel bersepah dan di merata- rata tempat pon orang takde niat nak curi.. cuba korang letak laptop korang merata- rata, sekali terlepas pandang je boleh lesap laptop korang tu..


- Pensel korang boleh bawak sambil selit kat telinga tapi laptop perlu dikepit, disandang atau diusung..


- Kalau laptop boleh dan mudah diserang virus, pensel tak akan sesekali diserang virus termasuk virus H1N1.. malahan pensel juga boleh menjadi senjata apabila diserang..

SUPER LOL : PAINTBALL SEBABKAN IMPLAN PAYUDARA MELETUP


Wanita dengan implan payu dara perlu berhati-hati semasa bermain paintball kerana implan seorang wanita berusia 26 tahun itu pecah apabila dia ditembak pada jarak dekat di atas dada nya semasa permainan paintball di Croydon, selatan London.

Hasilnya,penyedia kemudahan paintball telah menambah satu baris tambahan untuk membentuk tanggung rugi standard mereka untuk memastikan bahawa semua peserta sedar bahawa cat-bola boleh merosakkan atau memecahkan  implan payu dara.

MAK AKU YANG VOGUE


Mak aku memang vogue dan stylo lah.. memang hebat kalau korang dapat mak macam ni..

Mungkin tu la kata- kata anak diorang kat kawan- kawan dorang bila sesi persekolahan buka nanti kan..

Ni mak sape plak yang aku nak cerita ni ?? x kan mak aku vogue kot.. haish, jauh panggang dari api la wei.. ni aku nak cerita pasal sesi fotografi anggota- anggota kumpulan Elite dengan anak- anak mereka ni..

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan wanita ala- ala Spice Girl yang femes masa lewat 90-an dulu kan.. aku pon layan gak lagu kumpulan Elite ni masa zaman budak- budak dulu.. hehe

Cuba korang lihat gambar terbaru yang dirakam anggota kumpulan Elite ni.. sungguh tak menggambarkan ciri- ciri seorang ibu yang solehah betol.. dah la amik gambar dengan anak- anak.. pakaian mengalahkan golongan- golongan bujang woo..

Saturday, September 03, 2011

250 PERKARA UNTUK DIBUAT SEBELUM MATI



Seorang gadis dengan tiga tahun untuk hidup telah membuat senarai 250 perkara yang perlu dibuat sebelum dia mati.


Amy-Claire Davies, 16, menulis matlamat selepas diberitahu dia tidak akan pulih daripada penyakit sistem imun yang tidak boleh diubati.

Beliau telah diilhamkan oleh  Jack Nicholson dan Morgan Freeman dalam filem Bucket List, memberitahu dua sahabat yang melarikan diri dari wad kanser untuk merealisasikan hasrat mereka.

LEE HADWIN : ARTIS YANG MELUKIS KETIKA TIDUR


Seorang pelukis dari UK iaitu Lee Hadwin yang berusia 37 tahun mempunyai keuunikan yang tersendiri dalam menghasilkan lukisan nya.. mungkin sewaktu jaga nya, dia adalah seorang menusia biasa seperti orang lain tetapi anda harus memerhatikan nya ketika dia tidur..di sinilah kita akan dapat melihat perbezaan nya berbangding manusia biasa..



Dia adalah seorang pelukis ketika tidur..



GAMBAR PRASEKOLAH SELEBRITI HOLLYWOD < PART 1 >


Selebriti Hollywood pon sama jugak macam manusia lain kat atas muka bumi ni.. diorang pon pernah jugak melalui alam persekolahan yang penuh warna- warni dan dihujani keceriaan sepanjang masa..

Kalau dilihat gambar zaman persekolahan mereka, kita sendiri tidak akan menyangka yang mereka semua ni akan bergelar seorang yang femes- memes pada suatu ketika nanti..

Muka dah la nerd, tak hensem, tak cantik..lepas tu pakai spek mata besar gedabak.. macam mana la bila besar diorang ni leh jadi hensem plak..

Apa- apa pon, jom kita imbau sejarah silam selebriti Hollywood ni..

Avril Lavigne

Thursday, September 01, 2011

( GAMBAR ) PERODUA MYVI EXTREME 1.5


Gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 yang sedang digembar- gembur kan di internet dan hangat diperkatakan sekarang ni..

Perodua Myvi Extreme 1.5 adalah boleh dikatakan versi SE perodua Myvi lagi best yang terdapat di pasaran sekarang ni..



Menurut sumber, Perodua Myvi Extreme 1.5 akan mula dipasarkan tidak lama lagi.. kalau dilihat pada gambar terdahulu, model ini telah mengalami sedikit penambah baikan di bahagian bumper hadapan.. kelihatan seperti bumper hadapan yang terdapat dalam game Need For Speed, penambah baikan ini merupakan satu inisiatif yang super daripada Perodua..

Harga permulaan untuk model ini dijangkakan melebihi RM 60 K..



Adakah anda rasa berbaloi untuk memiliki model ini ???


Kredit penuh gambar kepada : ARENAKERETA.COM