- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, July 08, 2012

KENAPAKAH PETRON LEBIH DIUTAMAKAN BERBANDING PETRONAS??

Bak kata pepatah, " anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan "

Mungkin pepatah ini sesuai digunakan dalam situasi yang dihadapi oleh 3 syarikat yang berada di Malaysia sekarang ni..

Petron, Petronas dan Malaysia Airlines..

Itulah 3 syarikat yang memainkan watak utama dalam drama yang sedang berlaku sekarang ini di Malaysia..

Kita semua sedia maklum yang Petron merupakan sebuah syarikat petroliam dari Filipina yang baru sahaja beroperasi di Malaysia setelah membeli saham serta entiti Esso dan Mobil di Malaysia..

Untuk makluman anda semua, Petron Malaysia di miliki oleh anakanda mantan perdana menteri kita dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad..

Baru- baru ini telah berlaku perjanjian antara Petron dan Malaysia Airlines yang membolehkan Petron menjadi pembekal utama kepada pesawat super jumbo MAS yang pertama iaitu A380..

Kedua- dua syarikat ini telah memeterai perjanjian bekalan minyak selama 6 bulan..

Dengan terjadi nya perjanjian ini, Petronas telah diketepikan sama sekali daripada membekalkan minyak kepada fleet MAS seperti kelaziman nya..

Persoalan nya, siapakah dalang dalam membiarkan perjanjian ini terjadi??

Kenapakah syarikat luar lebih diberi keutamaan dalam membekalkan minyak kepada mercu tanda terbaru negara kita??

Mungkin gambar di bawah boleh menerangkan segala- galanya..


Saturday, April 21, 2012

MARIA SHARAPOVA DENGAN GAYA RAMBUT BARU YANG CUTE


Amacam???

Cute tak Maria Sharapova dengan gaya rambut yang baru ni.. Bukan senang kita nak tengok Maria Sharapova berambut pendek ni..

Gambar ni telah diposkan ke facebook miliknya oleh diri nya sendiri nya pon..

Dia komen camni kat gambar yang dia post tu.. "Well, what do you think? I'm actually really like it!"..



Sunday, November 20, 2011

PERANAN SEBENAR FAKRI SAARANI UNTUK TEAM MALAYSIA


Perghh.. sebelum ni bukan main sedap lagi korang kutuk dia kan.. main macam taik la, tendang bola tak betol la, dan macam- macam lagi la perkara negatif yang boleh wujud ke atas seorang pemain bola sepak korang bagi kat dia kan..
Ni, bila dia dah score, melambung pulak pujian korang untuk dia yer.. hampeh gila.. aku pon sama gak sebenarnya.. dah memang sikap tipikal penyokong bola sepak Malaysia, nak buat macam mane kan… hahah
Main elok kena puji.. main teruk memang kena hentam la.. itulah tugas tersirat penyokong bola sepak Malaysia sebenarnya..
Korang tau tak apa peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Ong Kim Swee tu ??
Melalui analisis mendalam aku terhadap game- game sebelum ni.. aku dah dapat apa peranan sebenar Fakri dalam skuad Harimau Muda..
Walaupun sebelum ni dia memang mempamerkan permainan yang kurang memberansangkan, tapi ade satu ” X Factor ” yang Ong Kim Swee dapat kesan dalam diri seorang insan bernama Ahmad Fakri Saarani ni..
Jom aku ajak korang flashback cket..
Menurut satu sumber yang aku peroleh dan aku pon tak berapa pasti kesahihan nya.. tapi aku rasa 80% betol kot sumber ni..
Pada edisi Sukan Sea yang lalu iaitu pada 2 tahun lepas, korang masih ingat tak lagi siapa yang score gol untuk membawa Team Malaysia ke pentas final tu ??
Haaa…
Fakri Saarani la yang score..
” X Factor ” inilah yang membuatkan Ong Kim Swee memasukkan Fakri seawal sepak mula perlawanan lagi untuk game kali ini sebab dia masih mengharapkan “Ong ” daripada Fakri Saarani tu..
Ternyata percaturan yang diambil oleh Ong Kim Swee tu berbaloi..
Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa, peranan sebenar Fakri Saarani dalam skuad Harimau Muda adalah untuk menjaringkan gol di perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea.. hehe
Dalam game lain tu, memang bukan peranan dia.. tu yang main lebih kurang je tu.. hehe..
Kepada Fakri Saarani, kalau anda ada terbaca entri ini.. jangan marah ea.. penulis cuma bergurau aje.. hehe
In Accordance With with Thumbnails