- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, September 04, 2013

KENAPA KITA PERLU PILIH UNTUK BERBASIKAL ?

Kelebihan basikal
Basikal bawa banyak kebaikan atau keburukan ?

Masa kecil dahulu, semua orang pasti idamkan untuk mempunyai sebuah basikal persendirian tanpa perlu dikongsi bersama adik- beradik yang lain.

Hal itu mungkin pasti bagi keluarga yang berkemampuan, tetapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula, mempunyai sebuah basikal untuk dikongsi beramai- ramai bersama- sama anggota keluarga yang lain juga sudah cukup indah.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tetapi kenapa apabila kita sudah meningkat dewasa, basikal itu kita pandang enteng sahaja. Sudah lupakah kita akan jasa dan kenangan serta kebaikan yang ada pada basikal sewaktu kita kecil dahulu.

Kita lebih memilih untuk menaiki motosikal berbanding basikal walaupun hanya sekadar untuk ronda- ronda di taman perumahan. Untuk ke kedai yang 200 meter dari rumah pun kita masih mahu menggunakan motosikal. Tidakkah anda semua pernah terfikir bahawa itu adalah pembaziran tanpa sedar ?

Monday, September 02, 2013

KUNCI KEJAYAAN ? SESUNGGUHNYA SUDAH TERTULIS PADA NAMA

Rahsia kejayaan
Kunci kejayaan

Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Anda tak perlu tahu pun pasal perkara ini, tapi jika anda tahu ia akan jadi satu ilmu yang berguna dan boleh berlagak dengan rakan-rakan.. hohoho..


1- Google asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.

2- Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler.

3- McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.

4- Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek.


Sunday, September 01, 2013

ENTRI MERDEKA: INDAH LAGIKAH BAHASA MALAYSIA ?

Logo kali yang ke-56
Logo Kemerdekaan tahun 2013

Kita memang sedia maklum yang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia, mempunyai persamaan dengan Bahasa Indonesia.. tapi, ade satu perkara yang kita tidak perasan dan telah lama tersembunyi dalam kedua- dua bahasa tersebut..

Tahukah anda bahawa bahasa percakapan kita di Malaysia sudah banyak dirojakkan dan diringkaskan?? Adakah anda perasan sume tu??

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Untuk makluman anda, Bahasa Indonesia lebih puitis dan mendalam maksudnya dari bahasa Malaysia.. jadi tidak hairan la mengapa bahasa Indonesia lebih digemari oleh pengkaji- pengkaji bahasa di dunia.. Itulah realiti yang dialami sekarang..

Bukan tujuan saya untuk mengagung- agung kan bahasa Indonesia dan memperkecilkan bahasa Malaysia.. saya hanya ingin cuba menceritakan fenomena sebenar yang berlaku sekarang ini..

Bahasa Indonesia lebih puitis daripada bahasa Malaysia kerana setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.. Konsep ini adalah sama seperti bahasa Arab di mana setiap kalimah membawa maksud berlainan.. oleh sebab itulah jika kita tersilap membaca Al- Quran, kita dikhuatiri boleh mendapat dosa free je..

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Contoh yang boleh diambil dari bahasa Indonesia adalah perkataan cantik.. jika dilihat kepada percakapan orang Malaysia.. Cantik itu diguna pakai untuk semua benda yang elok paras nya.. kucing cantik, rumah cantik, awek cantik, kereta cantik dan sebagai nya lah.. tapi bahasa Indonesia pula, cantik itu khusus untuk pemandangan.. kalau untuk orang, perkataan yang digunakan adalah jelita, elok dan rupawan.. berbeza bukan??

Selain itu, perkataan pening juga digunakan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia.. pening untuk sakit kepala la, pening memikirkan masalah la, dan macam- macam pening lagi la.. Di Indonesia, pening itu membawa maksud kesusahan memikirkan sesuatu perkara.. Indonesia tidak gunakan pening itu untuk sakit kepala.. untuk sakit kepala, perkataan yang digunakan adalah kepala pusing.. mungkin perkataan tersebut membawa erti lain bagi rakyat Malaysia.

Selain itu juga, perkataan tolak juga digunakan secara bersahaja di Malaysia.. Kita pakai tolak untuk semua perkara.. menolak kotak, menolak pelawaan dan sebagainya lagi la.. Indonesia hanya menggunakan tolak itu sebagai perkataan yang digunakan untuk menolak pelawaan.. bagi menggambarkan perbuatan menolak barang, perkataan yang digunakan adalah dorong.. Malaysia juga ada perkataan ini, tapi diguna pakai untuk maksud yang lain.. contohnya adalah seperti penyebab untuk kita melakukan sesuatu.. contoh ayat " saya terdorong untuk melakukan nya kerana pengaruh kawan ".. berbezakan konsepnya dengan bahasa Indonesia..


In Accordance With with Thumbnails