- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, July 11, 2011

PERCAYA PADAKU

Berikan cinta mu, juga sayang mu, percaya padaku ...



Mediafire link : 


Sunday, July 10, 2011

KRONOLOGI PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

Ini adalah sedikit sebanyak kronologi tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung hari ni.. 

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.
4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

Friday, July 08, 2011

JALAN YANG AKAN DITUTUP UNTUK MENGHADAPI BERSIH 2.0

Semua sudah sedia maklum yang bahawa pada tanggal 9 Julai 2011, akan diadakan satu perhimpunan yang dinamakan sebagai BERSIH 2.0..



Oleh kerana kerajaan melihat perkara ini sebagai satu ancaman kepada negara, pihak berwajib telah diarahkan untuk memperketat kawalan di setiap lokasi yang boleh dikatakan panas..

Di bawah adalah senarai jalan- jalan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang bakal ditutup bagi mengelakkan daripada situasi yang tidak diingini berlaku..


- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara 

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan berdekatan.

Jalan- jalan ini akan mula ditutup bermula jam 12.01 tengah malam ini..
In Accordance With with Thumbnails