Hei.. memang panas betul dibuat nya.. memang tersentap la kemarahan yang memang sentiasa terpendam dalam jiwa sanubari aku ni..
Apa yang buat aku tersentap sangat ni ??
Meh sini nak cerita..
Sekarang ni kan tengah hangat kat seluruh negara di mana Autobot dan Megatron tengah mengganas di seluruh pawagam di setiap ceruk pelusuk negara.. so, kat pawagam sekarang ni memang berbondong- bondong rakyat jelata menyerbu untuk membeli tiket wayang citer tu.. kalau beratur, komfem sampai 50 meter punya..
Semalam aku ada la jugak niat nak tengok citer Transformer ni.. so, dalam pukul 10 cam tu aku dah mula menjejakkan kaki kat salah satu pusat beli belah terkemuka kat ibu kota ni.. ala, tiket punya pasal bangun awal pon takpe kan.. so, dalam kepala otak aku ni, aku duk fikir cam ni la, kalau pergi awal mesti orang tak ramai lagi kan.. betol tak.. korang pon mesti fikir camtu gak kan..
Tapi,
Sunday, July 03, 2011
STADIUM BARU UNTUK KELANTAN JIKA PAS TUMBANG : PM MALAYSIA
Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.
Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.
"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.
Holding Label :
bULETIN uTAMA
Friday, July 01, 2011
ASTRO JANGAN MIMPI UNTUK CAJ LEBIH
Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.
Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
Holding Label :
bULETIN uTAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)


