- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Friday, September 03, 2010

Ray Ban Polarized..

Ray Ban Sunglasses


Salam sume..hari ni dah 23 hari kita berpuasa kan???kalu slah harap maaf la ye..

Entri kali ni nak citer pasal Ray Ban plak..korang mesti tau ape bnda Ray Ban ni kan..kalu x tau,,korang ni memang x upgrade diri korang r ni..memang ketinggalan zaman..

Tadi aku ade r berkenan dengan spek( kaca mata) ni..sebenarnya lama dah nak beli,,tapi kewangan x kukuh kan,,kena r tangguh dulu niat tu..so,,bila dah ade duit,,aku pon pergi r usha dulu spek tu..

Aku memang nak beli spek yang polarized sebab spek ni bagus untuk drive..polarized ni boleh buang cahaya..so,,bila drive,,korang x rasa silau r..salah satu safety equipment tu..bukan untuk gaya je tau..

Tadi aku pon beli la satu spek kat Masjid Subang..heheh..kat sana memang dah macam F.O.S dah,,macam2 ade jual..barang pon murah2..hehe..aku beli Ray Ban Polarized y x ORI dengan harga RM 25.00..nak beli yang ORi x mampu weh..hehe..tu duit bajet shopping raye sebenarnya..tapi xpela,,spek pon bleh wat raya jugak kan..

Memang banyak r pilihan kat sana,,aku memang rambang mata tadi..x tau nak pilih yang mane..so setelah menge"tes" hampir 10 pasang Ray Ban..yang ni jugak jadi pilihan aku..bukan atas sebab gaya dye je,,tapi performance dye pon aku amik kira jugak..hehe


P/ S: Sarung tu dye bagi percuma..hehe

Tanda-tanda Lailatul Qadar..

10 malam terakhir bulan Ramadhan

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

P/ S: Sumber daripada Ukhwah.com

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53 Malaysia.. MERDEKA!!!

1Malaysia..Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan..

HEhe..saje je nak bagi gempak cket..yela..mlm ni kan 31 Ogos..masuk tahun ni..dah 53 tahun negara kita merdeka tau..dah banyak pembaharuan dan pembangunan yang berlaku kat negara kita ni..jauh berbeza dengan zaman dahulu..mungkin sebab ni la ade negara2 jiran kita yang dengki dengan kemajuan dan keharmonian negara kita..

Akibat hasad dengki ini,,wujud bermacam- macam anasir jahat yang nak menjatuhkan negara kita..oleh sebab ini juga wujud istilah "ganyang Malaysia" atau dalam erti kata laen yang saya faham ialah hapuskan Malaysia..istilah ni datang dari negara jiran kita yang memang x reti bahasa dan x tau menghargai kebaikan orang len..

Dorang ni x sedar ke yang negara kita merupakan tempat dorang cari makan..kat cni la periuk nasi dorang..dorang fikir dorang dah cukup hebat sampai sanggup melempar najis ke muka "majikan" dorang..memang x beradab dan memang x tau adab la rakyat negara jiran kita ni..

Kerajaan kita dah cukup bek x halau PATI ni pulang ke negara asal mereka..kerajaan kita layan mereka sebaik mungkin sampai sanggup menyediakan mereka pekerjaan dan tempat tinggal..tapi balasan yang mereka bagi kepada negara kita boleh digambarkan sebagai satu bangsa yang x tau bersyukur..mereka dengan berani nya membakar bendera negara kita dan menghina maruah dan kedaulatan negara kita dengan sewenang2 nya..memang biadab!!

Mereka semua ni tidak patut diberi muka..

So,,sempena kemerdekaan negara kita yang ke-53 ni,,marilah kita berganding bahu menjaga kedaulatan tanah tumpah nya darah kita dari dinodai dan diperlekeh oleh bangsa len..

1Malaysia..

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
In Accordance With with Thumbnails