- - hukum zakat fitrah ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga
Showing posts with label hukum zakat fitrah. Show all posts
Showing posts with label hukum zakat fitrah. Show all posts

Monday, August 05, 2013

ZAKAT FITRAH SEMPURNAKAN PUASA RAMADHAN

Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap umat Islam

Zakat Fitrah juga merupakan pelengkap objektif ramadhan iaitu Taqwa kepada Allah SWT. Kalau sebelum ini, umat Islam mengorbankan tidur, rehat dan sebagainya untuk bersama-sama beribadat kepada Allah . Tetapi kini ibadat itu hendaklah ditambah dengan pengorbanan wajib daripada harta sendiri.
"Di ambil daripada orang yang kaya kemudian diberikan kepada orang miskin dari kalangan mereka."
Maksud kalangan mereka ialah dari kampung mereka, atau negeri mereka.

Zakat Fitrah merupakan tanda keprihatinan Umat Islam terhadap saudaranya seIslam. Walaupun jumlahnya kecil. Tetapi inilah tanda persaudaraan yang begitu suci.


Zakat Fitrah ini diwajibkan kepada semua umat Islam yang mampu tidak kira besar atau kecil, lelaki atau perempuan, yang sempurna atau cacat. Cuma kalau anak kecil, wanita (yang tidak bekerja) dan orang kurang upaya (yang tidak mampu bergerak) di wajibkan ke atas penjaganya samada suami atau bapanya.

In Accordance With with Thumbnails