- - Cara Sambutan 7 Likur ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga
Showing posts with label Cara Sambutan 7 Likur. Show all posts
Showing posts with label Cara Sambutan 7 Likur. Show all posts

Friday, August 02, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : MALAM 7 LIKUR AMALAN BIDAAH



Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.


Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.

Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.



"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni," katanya.


Ustaz Abu Hassan turut mempersoalkan, kenapa malam yang dikatakan tujuh likur itu sahaja lampu mesti dipasang?
In Accordance With with Thumbnails