Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL MENURUT PERSPEKTIF BARAT



Hari April Fool disambut di seluruh dunia pada setiap 1 April.. kadang kala, hari ini disebut juga sebagai All Fools' Day.. 1 April bukanlah satu cuti umum walaupun ia diraikan di seluruh dunia.. hehe.. walaupun x dapat cuti pada 1 April ni, ia lebih kepada hari untuk mempraktikkan segala jenis lawak bodoh yan ada kat atas muka bumi ni.. so, majikan tak perlu nak bagi cuti untuk perkara bodoh sebegini.. hehe

SINAR HARAPAN UNTUK MALAYSIA DI PUSINGAN KELAYAKAN PIALA DUNIA

Sinar harapan seolah- olah telah menjelma buat pasukan bola sepak Malaysia di pusingan kelayakan Piala Dunia yang bakal berlangsung pada 29 Jun ni..



Malaysia telah diundi menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan piala dunia pusingan pertama yang akan diadakan di Bukit Jalil pada 29 Jun ini dan perlawanan timbal balik akan diadakan pada 3 Julai..

TEKA TEKI UNTUK KORANG #1

Hari ni aku rasa nak main teka teki cket la.. hehe.. puas- puas ni elok juga cergaskan minda..

Teka- teki ni simple je.. komfem korang boleh jawab punya..

" Pasal apa orang yang buat roti canai akan angkat kain masa dia tengah buat roti canai ?? "

Kalau korang semua pintar budiman.. jawab la teka teki ni yer.. hehe..

Tinggalkan jawapan di ruangan komen.. kita tengok siapa yang kena.. hehe

Tuesday, March 29, 2011

APA ITU UNIQUE VIEW @ UV ???



Apa itu unique view a.k.a UV yang korang semua duk kejar2 tu ?? korang tau ke apa maksud dia atau just sekadar nak kejar je sebab UV ni penting.. atau korang tau pasal UV pon sebab kat analitik Nuffnang ada tulis pasal UV.. hehe

So, untuk mengelakkan kepala aku runsing memikirkan pasal UV ni.. aku pon hantar la satu mesej kat Nuffnang nak tanya pasal UV.. hehe

Menurut Nuffnang yang budiman ni.. Unique Views merujuk kepada beberapa kali page kat blog korang tu diloading kan.. kalau makin kuat orang tu reload makin banyak la unique views ni.. lebih kurang macam tu la citer dia..

Monday, March 28, 2011

AKADEMI BINTANG PORNO @ XXX STARLET

Satu rancangan TV di Afrika Selatan untuk mencari 2 bintang porno terbaik telah dilancarkan baru- baru ini..



Pemenang pertandingan mencari bintang porno, seorang lelaki dan seorang perempuan, akan mendapat peluang untuk menjadi pelakon dalam filem akhir tahun keluaran majalah lucah terkenal bernama Hustler dan menerima wang tunai berjumlah 450 pound..

Sunday, March 27, 2011

TIPS NAK BERKARAOKE

Haa.. dah makan ke semua ?? kalau belum, tak payah pergi makan tapi terus je pergi tido.. boleh jimat cket duit tu kan.. betol tak.. hehe.. hujung bulan ni weh.. elok2 la berjimat cermat cket..

Em.. tapi kan.. ada orang kata, lepas makan ni molek benar kalau nak pergi karaoke.. boleh bagi makanan tu hadam dengan tahap actifast gitu.. huhu.. aku pon tak tau la ni fakta ke auta..

So, kat sini Cloud 9 ada nak share tips kalau nak pergi karaoke.. heheh.. menarik dan tertarik ni..



1. Makan sebelum karaoke

Haa.. korang perlukan tenaga untuk karaoke kan.. betol tak ?? so, kalau korang nak tenaga yang berlebihan selok- eloknya korang membedal la nasi goreng dulu sepinggan.. baru la korang ada full energy untuk karaoke 10 buah lagu.. baru la mantap kan.. hehe

FASHA SANDHA PALING SEKSI

Fasha Sandha paling seksi !!! itulah kata akhbar paling kontroversi di alam semesta, Harian Metro..



Harian Metro ( HM ) telah mendakwa Fasha Sandha adalah artis paling seksi di Malaysia.. kenapa Harian Metro berkata begitu.. kompius ni.. adakah kerana suara Fasha Sandha seakan- akan kucing yang nak beranak tu mampu meletakkan nya sebagai artis terseksi di Malaysia ?? hehe.. nak tau kenapa ?? sambung lagi baca entri ni.. heheh

CLOUD 9 MENCAPAI 600

Huhuhuhu.. keriangan tak terhingga bersama smarties.. heheh.. eh2.. silap, bukan bersama smarties tapi Cloud 9..

Hari ni.. Cloud 9 telah mencapai satu landmark baru.. hehe.. Cloud 9 telah berjaya mengutip 600 orang penggemar Cloud 9 yang sememangnya sedap di makan di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar..

Entri ni tak ada apa- apa pon sebenarnya.. juz nak ucap terima kasih kepada pemakan- pemakan Cloud 9 kerana suka meninggalkan kesan comot selepas makan kat sini..

Terima kasih kepada semua.. hehe

Pemakan Cloud 9 ke 600 : ~nsar~

SALAHKAN IMPLAN BUAH DADA SELEPAS KENA SAMAN .. LOL

Simona Suhoi a.k.a Simona Sensual, bintang televisyen Romania yang berusia 28 tahun yang merupakan bekas penyanyi dan fesyen designer telah menyalahkan implan buah dada nya yang mengakibatkan dia memandu tanpa lesen..

Dia ditahan akibat tidak memakai tali pinggang keledar sewaktu memandu di Bucharest, ibu negara Romania.. Menariknya, dia telah memandu tanpa lesen kerana lesen nya telah digantung sebulan yang lalu..



Dia berkata " Saya mengaku yang saya tidak patut memandu kenderaan tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain.. "

" Cuba kamu lihat, saya mempunyai kesakitan yang amat di dada saya.. saya rasa ini adalah implikasi daripada pemakaian implan buah dada saya yang baru.. "

( VIDEO ) ADUN DAP KATA ORANG MELAYU JUGA PENDATANG



Fuhh.. nampak nya dah ada kaum yang cuba membangkitkan isu rasis hari ni.. ni nak bangkitkan kemarahan orang Melayu ni..

seorang ADUN DAP telah mendakwa bahawa bukan masyarakat Cina dan India sahaja pendatang di bumi Malaysia ni.. orang Melayu pun sebenarnya adalah pendatang juga di Malaysia ni..

Kenyataan ADUN ni benar- benar telah menyalakan api kemarahan orang Melayu.. adakah ADUN ini tidak khatam belajar sejarah tanah Melayu sehingga berani mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk asal Malaysia adalah orang asli..

Kalau betol ADUN ni begitu hebat tentang sejarah tanah Melayu.. cuba tunjukkan bukti yang menunjukkan bahawa bukan orang Melayu yang mula- mula wujud di tanah Melayu ni..

Tengok video yang kontroversi ni..

Saturday, March 26, 2011

( VIDEO ) HITLER MARAH FITNAH VIDEO SEKS ANWAR TERBONGKAR

Hahahahaah.. satu lagi video dikeluarkan oleh Hitler.. kali ni, Hitler bengang sebab fitnah video seks Anwar terbongkar dan kantoi.. Hitler baru je bercadang nak guna fitnah video seks tu untuk menghadapi pilihanraya kecil Sarawak yang bakal tiba ni..

Jom layan kemarahan Hitler ni.. hehe

AZIE YAHYA SEKSI DAN AWEK KTM !!!



Siapa Azie Yahya ni ??? Kenapa dia boleh muncul dalam keyword list ni ??? Siapa yang korang semua search ni.. aku tak kenal la minah ni.. lain kali, search la Lisa Surihani ke, Faezah Elai ke.. kalau diorang ni aku kenal la.. tapi kalau Azie Yahya ni.. aku memang tak kenal langsung.. hehe



Oleh kerana aku tak mahu mengecewakan pengesearch- pengesearch Google yang kemaruk nak tengok gambar Azie Yahya seksi ni.. aku telah mengorbankan waktu tidur pagi aku ni untuk memenuhi impian murni korang tu..

Aku telah melakukan sedikit research tentang minah yang bernama Azie Yahya ni.. dan hasil nya.. aku telah mengetahui bahawa dia ni seorang model.. bukan model biasa tetapi model pakaian dalam jenama La Senza.. Ops !!! terlebih sudah.. yang model pakaian dalam tu aku reka je.. tapi dia ni memang HOT la aku gitau korang.. menggelegak nafsu lelaki aku ni tengok gambar dia.. hehe..

Yang untuk awek KTM tu.. aku malas nak buat research.. apa la korang ni.. awek KTM pon nak search kat Google jugak.. nafsu kuda betol pengguna- pengguna internet kat Malaysia ni.. hehe

Jom penuhi impian lelaki korang kat bawah ni dengan melihat gambar- gambar Azie Yahya Seksi yang korang nak tengok sangat tu.. korang kena berterima kasih tau kat aku sebab penuhi impian korang ni.. hehe

EURO 2012 QUALIFIERS HIGHLIGHT 25/3/2011 ( SPAIN, FRANCE, NETHERLANDS, ITALY )


SPAIN 2 - 0 REPUBLIK CZECH

NETHERLANDS 4 - 0 HUNGARY

FRANCE 2 - 0 LUXEMBOURG

ITALY 1 - 0 SLOVENIA











MANUSIA- MANUSIA PALING KAYA DI DUNIA

Majalah Forbes telah mengeluarkan senarai manusia- manusia paling kaya di dunia pada 10 Mac 2011 yang lalu.. senarai ini disusun berdasarkan penilaian tahunan dan aset- aset yang dimiliki..

Menurut Forbes, jumlah manusia- manusia yang kaya di atas muka bumi ni makin bertambah.. tahun lepas telah merekodkan seramai 1210 orang manusia kaya kat planet bumi ni..

Kedudukan top 10 masih diungguli oleh otai2 lama seperti Carlos Slim, Warren Buffet dan Bill Gates.. tahun ini terdapat seorang wanita yang berjaya menceroboh senarai top 10 manusia paling kaya di dunia iaitu Christy Walton..

Berikut adalah senarai top 10 manusia paling kaya di dunia tapi bukan di akhirat.. hehe

Thursday, March 24, 2011

( VIDEO ) WANITA BOGEL DI SELAMATKAN DI PUNCAK BUKIT



Seorang gadis berusia 27 tahun telah diselamatkan oleh anggota penyelamat San Diego selepas dia ditemui keseorangan di atas puncak bukit setinggi 450 kaki..

Dia didapati telah melanggar amaran kawasan larangan yang dikeluarkan oleh pihak Taman Negara Torrey Pines.. gadis tersebut dipercayai ingin menuju ke pantai yang ada di sebelah bukit tersebut yang dikenali sebagai pantai bogel di mana semua pengunjung nya berbogel.. pantai tersebut bernama Black Beach..

Jom tengok video operasi tersebut..

 

Wednesday, March 23, 2011

DAPATKAN BLACKBERRY TORCH 9800 SERENDAH RM1399



Blackberry Torch 9800 hanya RM 1399 ???? Biaq betoi !!!

Murah tu.. harga biasa kat pasaran pon mencecah RM 2299.. jauh giler beza tu.. dah la Blackberry Torch 9800 tu canggih giler..

Korang tau tak spesifikasi dia macam mana?? kalau tak tau.. meh sini nak cerita
  1. OS 6 Blackberry yang terlatest
  2. Browser serba baru
  3. Rekaan sentuh dan taip.. 2 fungsi tu
  4. Visual interface yang lancar
  5. Sistem Multimedia diperhebat
  6. Kamera 5 MP
  7. Siap bina laman sosial kat dalam HP tu
 Macam mana nak dapatkan benda canggih tapi semurah RM1399??

Haa.. senang je.. benda ni datang bersama pakej postpaid Maxis tau.. korang juz pelu langgan BIS Plan je.. kat dalam BIS Plan tu, dia ada pakej lak tau.. dia ada Plan BIS PRO dan Plan BIS STANDARD.. dua- dua plan ni ada kontrak 1 tahun dan 2 tahun.. nilai harga pada kontrak tu adalah jumlah yang korang perlu bayar untuk dapatkan handphone pintar ni..

BIS PRO..
Yuran= RM 90
Kontrak 1 Tahun= RM 1799
Kontrak 2 Tahun= RM 1399

BIS STANDARD
Yuran= RM 55
Kontrak 1 Tahun= RM 2099
Kontrak 2 Tahun= RM 1699

So, kalau korang rasa berminat.. korang boleh klik kat SINI

( GAMBAR ) WAJAH SEBENAR ERICA ALBRIGHT SI PENCETUS FACEBOOK

Korang tentu pernah tengok The Social Network kan.. ala, kisah tentang penciptaan Facebook tu..

Kat dalam citer tu.. dia ada citer kat dalam tu yang Facebook ni terhasil akibat pencipta Facebook tu putus cinta dengan seorang gadis bernama Erica Albright kan..



Oleh sebab si Mark ni bengang tahap cipan dengan Erica ni.. dia pon buat la satu site untuk menilai tahap kecantikan mahasiswi wanita kat Harvard University yang diberi nama Facemash.. so, Facebook ni pon asal daripada Facemash..

JOM TENGOK TRAILER FILEM KARAK !!!!

Karak???

Korang mesti pernah dengar kan nama tu.. ala, tu kan jalan utama yang menghubungkan KL dengan Pantai Timur.. kalau nak balik Terengganu, mesti kena lalu nya jalan ni..

Untuk pengetahuan korang.. dari cerita- cerita mulut yang aku dengar.. jalan ni " keras " cket tau.. n bukan keras yang bila korang sepak korang akan terasa sakit.. tapi ni keras dalam maksud lain.. korang kena baca kamus alam angker baru boleh faham maksud keras ni..

135 LC 5-SPEED AKAN DIJUAL 2 BULAN LAGI DI MALAYSIA



Mungkin ini adalah berita baik buat penggemar motosikal MOPED kat Malaysia ni..

Mungkin berita ini bukanlah berita yang sangat- sangat diharapkan untuk didengar.. tetapi ia mampu untuk mengubati hati peminat- peminat 135 LC yang sebelum ini dikhabarkan bahawa hanya model 4- speed saja bakal dijual di Malaysia..

Kat bawah ini merupakan kiriman emel dari Hong Leong Yamaha Malaysia

Emel dari HLYM.. klik untuk lebih besar

Emel ini merupakan jawapan positi dari Hong Leong Yamaha berkaitan penjualan Yamaha 135LC Extreme Spirit 5- Speed..

Kita tunggu sehingga bulan May ni untuk melihat 135LC ES 5- Speed untuk meluncur diatas jalan- jalan kat Malaysia ni yer..

Sumber : ArenaKereta.com

Tuesday, March 22, 2011

Apabila Politik Malaysia Makin Lucah Dan Jijik

Aku dah pening giler dengan politik kat Malaysia ni.. tak paham aku.. aku pon memang malas nak faham dan amik tahu.. tak nak lah fikiran aku dikotori dengan dakyah2 politik yang kotor dan sesat ada kat Malaysia ni..

Korang tau tak yang hari ni timbul isu terbaru pulak??

Konon- konon nya ada pulak rakaman video seks pemimpin tertinggi pembangkang kat salah sebuah hotel di ibu kota..

Kenapa video ni tiba- tia muncul?? kes liwat pon tak habis lagi..

Ada satu je sebab kenapa video ni muncul..

Untuk pengetahuan korang.. tak lama lagi, Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri.. so, ini merupakan salah satu strategi kerjaan yang berkuasa sekarang untuk menjatuhkan parti pembangkang yang ada..

Kenapa perlu buat strategi kotor macam ni?? x puas lagi ke dengan taktik2 kotor yang dah diguna pakai sebelum ni?? kenapa perlu fitnah orang??

Ini lah sebab aku benci dengan politik kotor kat MALAYSIA ni.. fitnah tu perkara mainan je.. sedarlah wei.. FITNAH tu adalah lebih teruk dari MEMBUNUH !!!!

Monday, March 21, 2011

2011 PERODUA MYVI 1.5 L WILL BE LAUNCHED IN JULY

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai atau September tahun ini sebagai kesinambungan kepada model Myvi yang juga model paling laris keluaran Perodua ketika ini.

Bagaimanapun, beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu berbanding model sedia ada antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

NEW 2011 YAMAHA 135 LC OFFICIALLY UNVEILED


Dengan berbekalkan wajah Jorge Lorenzo sebagai penghias poster.. the new 2011 Yamaha 135 LC is officially unveiled !!

Motosikal 135 Lc yang menjadi kegilaan ramai remaja telah dilancarkan di Putrajaya pada baru- baru ni.. masih mengekalkan harga pasaran yang sama, motosikal ini dijangka mampu menarik lebih ramai remaja yang berjiwa sporty untuk memilikinya..

Sunday, March 20, 2011

( VIDEO ) HANIS ZALIKHA DALAM IKLAN TERBARU PIZZA HUT

Iklan ni aku nampak masa tengah makan kat medan selera tadi.. mengikut pengamatan mata kasar aku.. salah seorang pelakon dalam TV commercial ni adalah Hanis Zalikha..

Cuba korang tengok betol- betol gadis yang memakai baju berwarna purple.. muka dia memang sama macam Hanis Zalikha..



Tapi kalau salah, jangan marah aku pulak.. ni just pandangan mata kasar aku je..

Kepada kipas- susah- mati Hanis Zalikah.. jangan serang blog aku lak lepas ni yer..

Apa- apa pon.. tengok dulu TV commercial ni.. baru bagi pandangan ok

Petikan Al- Quran Tentang Gempa Bumi

Aku baru je terbaca pasal ni.. so, aku nak kongsi kan benda ni dengan korang.. hayati dan fahami ayat ni betol2..

Fenomena Supermoon

Sabtu,  19 Mac 2011, sesuatu yang menarik tentang bulan. Di anggarkan malam ini dan dalam 5 hari akan datang ini, jarak antara bumi dan bulan hanya sekitar 221.567 mil atau 356.578 kilometer. Fenomena ini disebut ‘lunar perigee‘ atau para astrologi menggelarnya ‘supermoon‘.
 
 
Fenomena Supermoon ini sering kali dikaitkan dengan ancaman sejumlah bencana seperti ombak besar, letusan gunung berapi, bahkan gempa bumi.Benarkah supermoon akan membawa bencana bagi bumi?
 
Sebelum dan selepas 2 supermoon berlaku, beberapa kawasan di dunia telah ditimpa bencana alam.

Malam Krismas 1974, negara bahagian Darwin, Australia dilanda angin taufan Tracy. Taufan dengan kelajuan maksimum 240 kilometer per jam itu mula terbentuk pada 21 Disember, bertiup kencang pada malam Krismas, 3 hari kemudian dan menghilang pada 26 Disember 1974.



Kemudian adalah peristiwa Tsunami Acheh, Disember 2004. Dua minggu kemudian-atau awal Januari 2005-bumi dihampiri Supermoon.

Tetapi menurut ahli astronomi bahawa khabar angin itu adalah tidak saintifik, Supermoon tidak bererti bencana. Itu hanya kedudukan biasa. Orbit benda langit memang ada di jarak yang terdekat (perigee) dan terjauh (apogee). Posisi bulan hanya mendekati bumi dan hanya akan berpengaruh pada kesan pasang surut. Posisi bulan mendekati bumi,hanya akan berpengaruh pada kesan pasang surut. “Rata-rata maksimum bergantung keadaan pantainya.”

Namun, Thomas juga mengakui fenomena yang akan terjadi ini tahun ini agak menarik kerana kebetulan masa ini berdekatan dengan bulan purnama.

Dikatakan pada 19 Mac, fenomena lunar perigee yang mengandungi kitaran sekitar 27.3 hari terjadi bersamaan dengan bulan purnama yang muncul tiap 29 hari.

Semasa fenomena lunar perigee dan purnama, permukaan bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang dari bulan purnama biasa.

Pete Wheeler dari International Centre for Radio Astronomy juga membantah anggapan bahawa supermoon bakal membawa bencana. “Tak akan ada gempa bumi atau gunung meletus,” kata dia seperti dimuat News.com.au, Jumaat, 4 Mac 2011. “Kalau memang itu terjadi, itu sudah ditakdirkan.”

Sementara itu, pakar bumi dan planet dari Adelaide University, Dr. Victor Gostin punya pendapat agak berbeza. Dia mengatakan, selama ini ramalan cuaca, gempa bumi, gunung meletus, dan bencana alam yang lain berdasarkan konfigurasi planet tidak pernah tepat sepenuhnya. Namun, menurut dia mungkin ada suatu hubungan antara gempa bumi berskala besar berdekatan khatulistiwa dan keadaan bulan. “Analoginya seperti pasang surut air laut, pergerakan bumi akibat graviti bulan boleh mencetuskan gempa bumi.”

Apakah Benar Supermoon Ada Kaitannya Dengan Tsunami Jepun?

Seorang Blogger, Daniel Vogler, dalam tulisannya di AccuWeather mendedahkan fakta kalau terakhir kali fenomena Supermoon muncul pada 10 Januari 2005, hampir 2 minggu selepas gempa dahsyat 9.0 SR yang melanda Acheh. “Jadi waspadalah, sesuatu yang ‘besar’ boleh terjadi saat-saat ini,” ujar Vogler dalam tulisannya tersebut.

Sebelumnya, Supermoon pernah terjadi pada tahun 1955, 1974, 1992, dan 2005.

Sementara itu, John Kettley yang seorang pakar cuaca, tidak setuju kalau supermoon ada kaitannya dengan gempa Jepun. Menurutnya, bulan tidak boleh menyebabkan aktiviti geologi, tetapi cuma gelombang tinggi.
Pendapat yang sama seperti ucapan Kettley disampaikan juga oleh Pengelola Pusat Antarabangsa untuk Radio Astronomy, Pete Wheeler. Ia menjelaskan menjelaskan tidak akan ada gempa atau gunung berapi meletup jika memang sudah waktunya. Bumi hanya akan mengalami gelombang tinggi semasa Supermoon.

Sumber 100 % : Isuhangat.net

PIALA FA MALAYSIA : 3/4 SLOT SEPARUH AKHIR MILIK PASUKAN PANTAI TIMUR



Terengganu VS Pahang
Kelantan VS Selangor

3 slot separuh akhir piala FA Malaysia telah menjadi milik 3 pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan..

Juara Piala Malaysia 2010 mara dengan agregat 5- 2 setelah menewaskan Felda United 3- 0 di Stadium Sultan Mohamad ke- IV malam tadi.. 

Saturday, March 19, 2011

Aku Eksiden .. Sori Kalau Takde Entri

Dalam keperitan dan kepedihan yang amat.. aku tulis jugak la entri ni.. dah la jari- jemari runcing ini tengah membengkak.. seksa weh nak tulis ni..

Macam mane boleh jadi macam tu?? Macam mana boleh eksiden??

Haa.. meh sini nak citer kisah tragis ni..

Aku eksiden ni pon memang sebab salah aku sendiri la kan... first, aku dah melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan motosikal yang telah kerajaan Malaysia sediakan ni.. aku memang seorang rakyat Malaysia yang degil.. huhuh

Friday, March 18, 2011

Gareth Bale Animation .. Tottenham Vs Inter Milan

Pergh.. memang kreatif gila la sape yang buat video ni.. memang mantap r.. korang kena tengok kalau nak tau tahap kemantapan nya.. jom layan..

KEPUTUSAN UNDIAN SUKU AKHIR UEFA CHAMPIONS LEAGUE



Debaran semakin memuncak.. saat yang ditunggu- tunggu semakin tiba.. undian suku akhir UEFA CHAMPIONS LEAGUE telah berlangsung.. jom tengok keputusan nya..

  1. REAL MADRID VS TOTTENHAM HOTSPUR
  2. CHELSEA VS MANCHESTER UNITED
  3. BARCELONA VS SHAKTAR DONETSK
  4. INTER MILAN VS SCHALKE
Perghh !!! memang meletop r keputusan undian ni.. hahaha..

Sam Tsui .. best jugak layan mamat ni .. hehe



" Firework, Fireflies " Itulah antara lagu- lagu yang telah di remake atau dinyanyikan oleh seorang mamat yang bernama Sam Tsui..

Sedap weh suara dia.. memang aku tak tipu.. serius weh..

Aku pon baru jugak dengar lagu- lagu dia ni.. tu pon ada yang suruh aku tolong download lagu- lagu yang dinyanyikan oleh Sam Tsui ni.. kalau dia tu tak suruh.. kompem aku tak kenal siapa Sam Tsui ni.. heheh..

Sam Tsui ni adalah Chinese American.. maknanya, dia tu asal usul nya adalah Chinese, tapi sebab membesar kat America, jadi la Chinese America.. heheh



Sam Tsui ni merupakan salah seorang penyanyi dalam siri televisyen yang popular tu.. alah, citer Glee tu.. kan famous amat citer tu.. dia lah salah sorang yang nyanyi lagu " Don't Stop Believing "..

Thursday, March 17, 2011

( VIDEO ) ULASAN BIADAB ROSMAH MANSOR TENTANG GEMPA BUMI DI JEPUN



Inilah ulasan yang boleh dianggap kurang cerdik oleh isteri PM kita.. dia ni dah di luar kawalan kot agaknya.. kena sampuk kot masa nak bagi komen ni.. korang boleh tengok sendiri betapa biadabnya ROSMAH MANSOR dalam memberi ulasan tentang gempa bumi di Jepun..

Video ni diambil dari petikan berita Awani.. bukan rekaan tau.. video betol ni..



Apa kejadahnya green technology dan climate change dengan gempa bumi.. bongok !!!

Tadpole smiling ... Berudu tersenyum

Korang pernah lihat berudu snyum tak.. hehe.. nak tengok macam mana kan.. wajah berudu pon tak pernah tengok.. hehee

Dengan kehebatan mikroskop hari ni.. kita dah boleh tengok benda yang sebesar zarah tau.. kalau setakat berudu tu apa la sangat kan..

Berudu pon besar jugak daripada zarah kan.. tengok la kalau tak percaya..


Macam ikan keli pon ada kan cket2.. heheh.. tapi ini adalah berudu.. bukan ikan keli tau..

Jom aku nak tunjuk muka berudu lak kat korang.. first time dalam hidup aku ni tengok muka berudu..

Wednesday, March 16, 2011

( BERITA ) SELEPAS TSUNAMI DAN GEMPA BUMI.. RIBUT SALJI PULA MENYERANG JEPUN

Malang semakin berganda- ganda buat rakyat Jepun.. selepas diserang tsunami dan gempa bumi, kini giliran ribut salji pula menyerang Jepun..

Dengan suhu yang mencapai tahap -5 darjah celcius.. ia memang suatu perkara yang cukup memeritkan buat rakyat Jepun..

Keadaan ini telah menyukarkan lagi usaha- usaha mencari mangsa tsunami yang masih hilang.. 5 hari setelah kejadian tsunami tersebut, 4000 orang disahkan mati manakala 7000 lagi dikhuatiri masih hilang..

Tangan Remaja Tergilis Di Mesin Tebu

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terpaksa menahan azab yang amat sangat setelah tangan nya tersepit di celah gigi mesin tebu..


Kejadian yang berlaku di Kulai Jaya pada jam 12.15 tengahari telah mengakibatkan tangan mangsa itu hampir hancur hingga ke paras siku..

Kejadian tersebut berlaku apabila tudung yang dipakai mangsa telah tersangkut di mesin tebu tersebut.. oleh sebab panik, mangsa telah telupa yang mesin tersebut tengah bergerak dan terlupa untuk mematikan suis mesin tesebut.. so, sekali dengan tangan mangsa la mesin tu bedal..


Bomba telah mengambil masa hampir 15 minit untuk keluarkan tangan mangsa..

Kalau nak tau kisah selanjutnya.. baca akhbar Metro hari ni..

Monday, March 14, 2011

( BERITA ) GEMPA BUMI KE- 2 BAKAL MENGGEGAR JEPUN


Belum pon kering tangisan rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi berserta tsunami pada hari Jumaat yang lepas.. para saintis telah meramalkan gempa bumi ke- 2 bakal menggegar Jepun..

Hal ini memang perkara yang cukup mengejutkan bagi survivors yang telah 4 hari hidup tanpa makanan dan minuman setelah tsunami melanda pada 11/ 3/ 2011.. bukan setakat makanan dan minuman sahaja.. mangsa tsunami juga turut bergelap kerana ketiadaan bekalan elektrik..

Sunday, March 13, 2011

( VIDEO ) REAKTOR NUKLEAR JEPUN MELETUP !!!

Korang dah tengok belum video ni.. kalau belum, marilah sama- sama kita tengok reaktor nuklear kat Jepun yang meletup akibat dari serangan Tsunami.. malang berganda buat Jepun.. sudah jatuh ditimpa tangga..


Saturday, March 12, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI VS BLOGGER PEREMPUAN


Segmen baru dari abang Ben kita.. jom join

1- Dalam memberi pendapat dalam entri.. apakah blogger perempuan benar- benar ikhlas ??

Mungkin kebanyakan nya adalah ikhlas.. kalau yang tak ikhlas pon, ada la dalam 1 orang dari 15 orang.. betol tak wahai wanita- wanita sekalian.. hehehe

2- Adakah anda suka melihat blog- blog perempuan yang penuh dengan gambar ??

Of course la kan.. haha.. kan lelaki maskulin.. kena r tengok gambar- gambar perempuan yang ada.. heheh.. tapi kan, kalau gambar yang mencolok mata yang nak dedah sana sini tu tak payah la letak.. kadang- kadang kena cermin diri gak sebelum letak gambar besar monitor dalam laptop tu.. nantikan orang menyampah lak tengok..

3- Pada pendapat anda, kenapa perempuan berblog secara umum ??

Nak jadi Hanis Zalikha mungkin.. hehe.. xdelah.. gurau je.. mungkin diorang nak semua orang kat dalam cakerawala ni tau pasal perasaan diorang.. sebab tu diorang berblog secara umum.. x gitu abang Ben?? hehe

Friday, March 11, 2011

( Gambar ) Tsunami Melanda Jepun

Tak mau cakap banyak.. biar gambar ini bercerita tentang Tsunami yang melanda Jepun.. rasakan sendiri kengerian nya.. grrrrr

Berita: Tsunami Melanda Jepun !!

Berikut adalah berita tentang tsunami yang melanda Jepun.. ini adalah entri serius.. no jokes or humors ok !!


Gempa bumi terbesar melanda Jepun dicatatkan setelah hampir 140 tahun.. mencetuskan tsunami 10 meter yang menyapu segala benda yang ada di jalan, termasuk rumah, kapal, kereta dan bangunan..
Persatuan Palang Merah di Geneva berkata, dinding air lebih tinggi dari beberapa pulau Pasifik dan amaran tsunami dikeluarkan untuk seluruh lingkungan Pasifik, kecuali Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi Hawaii memerintahkan pengosongan daerah pantai.
Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dalam gempa dan tsunami, kata agensi berita Kyodo.. jumlah korban mungkin meningkat dari masa ke masa.
Gempa berkekuatan 8,9 menyebabkan banyak malapetaka, mencetuskan kebakaran dan ombak besar.. amaran telah dikeluarkan kepada orang ramai supaya mencari perlindungan di tanah tinggi dan jauh dari kawasan pesisir pantai..
"Aku takut dan aku masih takut," kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mee Cina di daerah Akasaka Tokyo. "Aku tidak pernah mengalami gempa bumi besar seperti dahulu."

Video: Tsunami Besar Melanda Jepun !!

Tsunami besar berskala 8.4 richter telah melanda Jepun.. Jom kita pakat tengok video yang mengerikan ini..


Laporan susulan bakal menyusul..

Thursday, March 10, 2011

Cina Bawak Kereta Macam Haram !!

Amaran keras kepada pengguna jalan raya.. sila berhati- hati di jalan raya.. ingatlah orang tersayang..

Ini bukan entri perkauman yer.. tapi memang hakikat.. sori la kalau ada orang yang terasa.. aku tulis entri ni bukan nak attack sape- sape.. tapi just nak bagi peringatan dan kesedaran je..

Entri ni aku dedikasikan khusus buat fren aku yang baru eksiden hari ni.. Wan Zulkifli Wan Yusof dan Muhammad Hafiz Yahaya..

Korang semua pernah drive atau bawak moto kat KL ni?? kalau tak pernah, meh sini aku nak cerita sedikit pasal liku- liku yang perlu korang hadapi kalau korang adalah pemandu kat KL ni..

Wednesday, March 09, 2011

Kartun Jugak Jadi PiIlihan

Korang suka tengok kartun tak?? Fakhurudin Rosli suka giler tengok kartun.. pelik betol aku dengan dia.. apa yang bez dengan kartun tu.. bukan nya real pon kan..

Heheh.. aku tau korang pon suka tengok kartun jugak kan.. walaupun sekarang ni korang dah eksyen sebab korang dah besar.. korang jual mahal dengan kartun ye.. jual mahal konon.. dulu masa kecik, kartun tu la yang korang duk tengok sampai sanggup ponteng sekolah.. betol tak?? hehe.. aku dah tau dah pasal korang semua.. so, jangan nak kelentong la yer..

Tuesday, March 08, 2011

Kapal Terbang A330- 300 MAS Bermekap Baru

Sekali lagi Fakhurudin Rosli akan membuat perkara yang boleh dianggap malas dalam kalangan blogger- blogger sedunia.. walaupun perkara ini dilarang keras dalam akta 437 kanun keseksaan kerana mengcopy hasil kerja orang lain.. Fakhurudin Rosli tetap berkeras dan berdegil serta nekad untuk copy jugak hasil kerja manusia ni.. hehe..

Tadi selepas selesai melahap kerangka ayam dan nasi goreng kawah yang dibeli oleh kawan aku di Pasar Malam kat Lembah Subang.. aku pon belek la blog.. nak tengok kot2 ada comment baru ke yang orang conteng kat blog aku ni.. sedang syok je baca comment.. aku terbaca la kat sebelah tepi blog aku ni.. ada kawan aku post benda yang menaikkan tahap gula dalam badan aku.. huhu.. rasa manis dan happy je bila baca entri dia.. pasal kapal terbang tu.. aku memang suka amat lah baca kalau ada apa- apa pasal kapal terbang..

Kenpa aku suka baca pasal kapal terbang??? yela.. dah kerja aku kena baiki kapal terbang.. so, kena la pupuk minat terhadap kapal terbang ni dari awal.. bak kata pepatah.. melentur buluh biar lah dari rebung nya.. walaupun aku ni dah sampai tahap buluh, masih boleh dilenturkan lagi kot.. hehehe

Kalau Bapak Girlfriend Korang Macam Ni.. Kompem Dunia Ni Harmoni...

Erm.. tadi sedang khusyuk Fakhurudin Rosli membelek Fesbuk nya.. ternampak la beliau akan satu perkara ni yang dipost oleh salah seorang kawan nya yang tidak dikenali.. hehe.. inilah akibat kalau main add je kan.. siapa yang korang add tu pon korang tak kenal..

So, atas kesedaran diri dan sivik yang tinggi.. saudara Fakhurudin Rosli telah mengcopy keseluruhan post tersebut tanpa sedikit pon rasa bersalah yang wujud di riak wajah beliau.. niat beliau murni.. just nak kongsi dengan pembaca Cloud9 je.. heheh.. tak salah kan..

So, kalau siapa- siapa yang dah pernah baca benda ni.. sila buat bodoh je.. jangan marah yer.. niat Fakhurudin Rosli hanyalah untuk berkongsi..

Bagi yang belum pernah baca.. jom layan ~

Monday, March 07, 2011

NENEK TERTUA DI DUNIA BARU BERUMUR 23 TAHUN !!!

Seorang perempuan di Romania telah membuat satu pengakuan yang paling menggemparkan dalam sejarah abad baru dengan menyatakan yang dia telah menjadi seorang nenek pada umur  nya yang baru memasuki 23 TAHUN !!!

Ibu beranak dua, Rifta Rescu , menyatakan bahawa dia melahirkan anak nya yang bernama Maria pada usia 12 tahun.. wah, masih hijau lagi tu tapi dah ada anak.. hardcore betol.. memang takde family planning langsung ni..

Dia telah menasihatkan anak nya si Maria tu supaya tak jadi macam dia.. jangan buat seks awal- awal.. kalau nak buat jugak, mesti pakai kondom jenama Durex ataupun Playsafe.. dia cuba nak jadi mak yang bagus la tu.. hehe..

Inilah Rifta Rescu.. nenek orang ni weh

Sunday, March 06, 2011

Dia Cinta Baru Ku

Patah tumbuh hilang berganti...

Betol lah kata- kata pepatah zaman kesultanan melayu melaka ni.. mende yang hilang memang akan ada pengganti nya seperti dahan pokok yang patah, mesti akan tumbuh tunas yang baru..

Hanya dua hari masa yang aku ambil untuk melupakan si dia buat selama- lama nya.. biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya.. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.. betol tak??

Aku pon tak sangka masa yang aku ambil begitu singkat.. mungkin kitorang tak punya banyak kenangan kot.. sebab tu senang je aku nak lupakan dia.. mungkin jugak sebab dia banyak mengguris hati aku sebelum ni.. aku memang tak suka dikecewakan.. tu lah perkara aku paling baca..

Hanya dua hari setelah aku berpisah dengan cinta lama ku.. cinta baru ku pon muncul menjelma menerangi hidupku seperti zodiak yang cerah bersinar di malam hari.. personaliti diorang memang jauh berbeza.. aku tak tau kenapa aku begitu pantas menerima si dia ni.. mana ada orang lain lepas dua hari clash terus ada kekasih baru.. aku je macam tu.. hehe

Aku rasa aku memang dah angau gila dengan si dia kot.. hari- hari duk ingat si dia je.. even tengah kerja pon duk fikir nak balik awal.. macam tak leh renggang dengan dia.. hari- hari nak jumpa.. lantak la apa la orang nak kata pon.. yang penting aku happy gila bila jumpa dia.. aku rasa dia memang sempurna untuk aku..

Kali ni aku nekad.. aku takkan kecewa lagi.. aku akan pegang dia erat- erat.. aku takkan lepas kan dia jatuh ke tangan orang lain.. aku tak mahu jadi orang baik lagi.. aku takkan mengalah demi cinta aku.. cinta aku hanya untuk si dia sorang..

OPPPPPSSSSS !!!! ni dah macam dalam drama Korea lak aku mengarut ni.. aku tak mo dah melalut lagi..