Saturday, March 19, 2011

Aku Eksiden .. Sori Kalau Takde Entri

Dalam keperitan dan kepedihan yang amat.. aku tulis jugak la entri ni.. dah la jari- jemari runcing ini tengah membengkak.. seksa weh nak tulis ni..

Macam mane boleh jadi macam tu?? Macam mana boleh eksiden??

Haa.. meh sini nak citer kisah tragis ni..

Aku eksiden ni pon memang sebab salah aku sendiri la kan... first, aku dah melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan motosikal yang telah kerajaan Malaysia sediakan ni.. aku memang seorang rakyat Malaysia yang degil.. huhuh



Kesalahan kedua, aku memang bawak motosikal macam orang tak ingat dunia masa tu.. memang bawak macam pelesit.. 140 km/h tu... dah langgar peraturan had laju Malaysia.. kalau ada saman ekor, kompem aku kena..

Mungkin semua dah tersurat kot.. kalau anda buat salah.. memang akan terus dihukum kot.. oleh kerana 2 kesalahan aku buat.. parah sikit la aku kena .. heheh.. hukum karma la katakan..

Aku jatuh motosikal ni sorang2.. xde bonceng sape2 pon.. solo rider la katakn.. heheh.. aku ni on the way dari PJ nak balik rumah aku kat Kelana Jaya..

Aku eksiden ni takde orang langgar atau aku langgar orang.. aku eksiden sebab nak elak kereta orang.. heheh.. kan aku sorang yang bagus tu.. x nak r libatkan orang lain kalau eksiden.. nanti banyak citer lak kan..

Sedang aku khusyuk memecut ni.. ada la satu kereta yang dipandu dengan cukup berhemah telah memasuki laluan aku dengan selambanya.. dah la tak bagi signal.. dia main masuk je.. aku ni kan tengah laju.. terpaksa la melakukan brek kecemasan dengan serta merta.. oleh kerana motosikal aku bukanlah motosikal berteknologi tinggi yang mempunyai Antilock Braking System ( ABS ).. tayar motosikal aku terus bergesel dengan jalan raya secara mengiring ke sebelah kanan,.. sebab tu lah semua kecederaan aku ada kat sebelah kanan..

Aku pon tak tau nak kata teruk ke tak kecederaan aku ni.. korang nilai sendiri la yer.. ni antara senarai- senarai kecederaan aku :
  1. Kuku ibu jari kaki kanan hancur separuh
  2. 2 tompok kulit tapak kaki kanan koyak
  3. 1 tompok kulit tapak kaki kiri koyak
  4. Siku belah kiri luka
  5. Siku belah kanan berlubang ( kena 7 jahitan )
  6. Betis sebelah kanan luka
  7. Lutut kanan luka
  8. Jari tangan kanan luka
So, apa pendapat korang??? teruk ke tak aku eksiden ni.. buat masa seminggu ni.. mungkin aku x buat entri la kot.. seksa sangat nak menulis.. mungkin blog ni akan kembali berentri pada minggu hadapan..

So, jumpa lagi..

7 comments:

  1. sekurang2nya tak ada yang patah.. semoga cepat sembuh yea..

    ReplyDelete
  2. rakyat mesia yang sangat bagus

    kalaw ramai pikir nak mati sengsorang atau eksiden sengsorang kan bagus

    nie,nak eksiden bawak kawan,tak pon gi ajak orang len.

    sangat tak bagus

    patot kene buat kempen mati/eksiden sengsorang

    hahahhahah

    nway,semoge cepat sembuh

    and

    amek pengajaran

    sayangi diri dan kuarge

    ingatlah orang tersayang

    ReplyDelete
  3. bagus jugak kerajaan malaysia buat laluan motosikal.. pssstt.. kat mana tu..

    semoga cepat sembuh geng

    ReplyDelete
  4. perghhh...ngeri gak tuh..siap berjahit, berlobang sana cni

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sihat (;

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini