Monday, March 14, 2011
( BERITA ) GEMPA BUMI KE- 2 BAKAL MENGGEGAR JEPUN
Belum pon kering tangisan rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi berserta tsunami pada hari Jumaat yang lepas.. para saintis telah meramalkan gempa bumi ke- 2 bakal menggegar Jepun..
Hal ini memang perkara yang cukup mengejutkan bagi survivors yang telah 4 hari hidup tanpa makanan dan minuman setelah tsunami melanda pada 11/ 3/ 2011.. bukan setakat makanan dan minuman sahaja.. mangsa tsunami juga turut bergelap kerana ketiadaan bekalan elektrik..
Para saintis di pusat gempa Jepun telah meramalkan yang terdapat kebarangkalian dalam 7 daripada 10 untuk gempa kedua berukuran 7 skala richter berlaku dalam tempoh 3 hari berikutnya..
Ramalan yang mengejutkan itu telah membangkitkan kemungkinan yang gelombang tsunami kedua mungkin berlaku..
Setakat ini, tsunami yang berlaku pada jumaat lalu telah mengorbankan hampir 20000 orang..
Sumber : Thesun.co.uk
thanks 4 the info
ReplyDeletebaru je dengar beberapa hari lalu...
ReplyDelete