Saturday, February 12, 2011

Wayne Rooney yang membezakan antara dua pasukan MANCHESTER

2-1

Itulah keputusan perlawanan antara Manchester United dan Manchester City.. game tadi memang best.. dua- dua team main laju.. passing pon mantap.. cuma ada sekali dua la Paul Scholes buat silap.. hehe

Game tadi main kul 8. 45.. dan masa tu jugak la aku baru bangun dari tido sejak petang tadi.. hehe.. teruk betol.. miss waktu maghrib tu.. astaghfirullahalazim.. apa nak jadi la kan.. hehe

Bangun tido pon sebab membe aku yang kejut ajak pergi tengok bola.. hehe.. mula- mula rasa macam nak sambung tido lagi, tapi tiba- tiba teringat plak yang MU vs City ari ni.. game wajib tonton tu.. so, apa lagi, capai kain tuala terus pergi mandi la..


Masa sampai kat kedai mahal, game dah main dekat 15 minit dah.. nasib baik takde gol lagi.. tak melepas apa- apa la.. hehe

Memang syok giler tengok game tu.. dua- dua team  duk serang- menyerang.. ala- ala world war gitu.. hehe.. tapi bila sampai je minit 40.. Ryan Giggs telah melakukan hantaran yang melengkung cantik kepada Nani.. ( Nani ni bukan perempuan ye, tapi lelaki sejati.. ).. Nani pon dengan gaya ala- ala joging di Taman Tasik Shah Alam.. dengan mudah menolak masuk bola ke dalam gol.. Jo Hart dah buat lompat katak, tapi masih tak sempat nak tangkap bola tu.. gol ni adalah salah Zabaleta kerana dia semput masa nak kejar Nani.. hehe

Habis first half, kedudukan dah jadi 1- 0.. masa second half, City memang dah upgrade barisan hadapan dalam bala tentera diorang.. diorang dah keluarkan Mejar Milner dan masukkan Leftenan Edin Dzeko dalam barisan tentera diorang.. ternyata taktik yang digunakan kali ni menjadi.. Dzeko telah berjaya membuat satu sepakan yang telah mengenai punggung David Silva untuk menjadikan kedudukan satu sama pada minit ke berpa aku tak ingat.. haha.. memang terkena kejutan elektrik la team MU masa tu.. tak sangka plak yang City boleh score.. haram jadah betol..

Tapi.. kehebatan dan keunikan Dr. Wayne Rooney telah membezakan segala- galanya.. dia yang merupakan bekas penerjun akuatik skuad Olimpik England telah membuktikan kehebatan nya sewaktu melakukan gol kedua MU.. dengan sedikit sentuhan akrobatik, dia telah melakukan 3/4 sommersault untuk melibas bola ke dalam gol City.. Jo Hart seperti telah disihir oleh pawang yang berada dalam kalangan penyokong MU.. tercegat je Jo Hart tengok bola tu masuk gol.. kesian betol.. gol dah dalam minit 80 lebih..

So.. game tu berkesudahan dengan MU menang la.. so, MU masih lagi mendahului BPL.. Rooney telah melakukan magisnya untuk memastikan MU masih selesa mendahului liga.. apakah agaknya tindakan pasukan lain untuk memastikan MU jatuh tersembam???

6 comments:

  1. x ske MU tapi dgn goal rooney yg cantik td, they deserve to win. WOW skjap ble tgk rooney score camtu. hehe.

    ReplyDelete
  2. jerung: gol rooney tu memang magik.. haha

    ReplyDelete
  3. glory glory. lepas ni kalah la balik ! haha

    ReplyDelete
  4. tidak mungkin,, saya amat tidak meminati,, hahahaha

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini