Sunday, February 13, 2011

Kahwin tak nak, tapi seks nak pulak !!



Inilah mende yang aku baca kat harian metroll hari ni.. tapi tajuk dia bukan macam ni la.. kalau tak silap aku tajuk dia "teman suka- suka" kot.. lebih kurang macam tu la..

Daripada apa yang aku baca la.. kisah yang dilaporkan memang teruk gila.. dah terpengaruh dengan budaya barat.. nak seks aje kerja nya.. tak nak kahwin sebab tak nak bagi komitmen.. tak mau terikat dengan komitmen rumah tangga la konon..

Diorang ni rasanya islam atas nama je.. lepas tu islam jugak sebab dah tulis dalam I/C.. golongan macam ni la yang merosakkan imej umat islam seluruh dunia.. buat malu mak bapak pon ada jugak.. yang teruk lagi, imej kaum melayu pon terpalit sama.. tu yang nak marah gila babeng ni..

Menurut akhbar tu, setelah ditemu bual seks holic ni.. dia cakap dia lebih selesa hidup macam ni.. dapat seks cukup lah.. buat apa komitmen rumah tangga ni.. kalau nak, just cari je teman seks dia tu.. dah puas, buat la macam takde pape..



Kalau kat barat lagi dasat.. siap ada one night stand lagi.. tapi aku tak tau la samada minah dalam metroll ni ada buat one night stand ke tak.. kat kemaruk seks kan.. hehe.. one night stand ni macam ni.. katakanlah korang baru je kenal dengan sorang perempuan ni hari ni.. lepas puas sembang- sembang dan mengayat.. korang pon ajak la perempuan tu buat seks.. kalau perempuan ni nak.. maka terjadilah apa yang dikatakan sebagai one-night-stand.. pagi esok lepas bangun tido.. korang buat la macam takde pape untuk melengkapkan misi one- night- stand korang tu.. dah paham??

Berbalik kepada tajuk atas, perempuan ni cakap yang buat apa dia nak kahwin kalau kereta, rumah, makanan dan makanan dia mampu bayar.. pasangan dia pon sama.. semua benda boleh bayar sendiri.. so, tak payah nak berumah tangga sebab boleh gidup sendiri.. jadi pasangan seks sahaja dah cukup.. tak perlu nak ada kasih sayang ni.. kata perempuan tu la..

Korang semua kena ingat yang perkahwinan ni wajib tau bagi yang berkemampuan.. ni salah satu sunnah nabi tau..

Ni antara hadis Nabi Muhammad S.A.W tentang perkahwinan:

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku". 

So, renung2 kan lah dan fikir2 kan lah sendiri.. jangan hanya fikir nikmat dunia je.. akhirat masih menanti..

Ni plak hukuman bagi pelaku zina dalam islam :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin


P/ S: Apa perasaan korang kalau minum air kosong kat kedai pon dah dikenakan cas sebanyak 50 SEN
 

10 comments:

  1. gila lh perempuan tuh. mmg terpesong habis.

    ReplyDelete
  2. bertaubatlah sebelum neraka menjadi tempat tggal selamanya...

    ReplyDelete
  3. ada pasan gak waktu kat kedai td..tp tak beli almaklumla..tunggu blog tulis aje..hehe thanx~

    ReplyDelete
  4. ish ! ish ! ish !
    dahsyat saudara kita skg nie .
    Dah macam taksub sangat dgn cara barat .

    Nauzubillahiminzalik !

    ReplyDelete
  5. orang mcm tuh jenis org yang takot pada kkomitmen

    ReplyDelete
  6. salam, siapa yang salah? ibu bapa? guru? ustaz? masyarakat? kerajaan?

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini