Friday, December 31, 2010

Last song~ 2010 in memory..

Just tinggal beberapa minit saje lagi sebelum 2010 pack barang dan meninggalkan rumah sewa nya.. setelah lama menyewa di rumah ni dan semua hutang rumah sewa dilunaskan.. boleh la 2010 pergi meninggalkan kita dengan aman.. banyak perkara yang menarik dan x menarik berlaku dalam kehidupan aku tahun ni.. berikut adalah sorotan untuk tahun 2010 ni..

* Aku jadi remaja berumur 19 tahun
* Aku start bawak moto ke tempat belajar
* First time naik moto dari Terengganu ke Kuala Lumpur
* First time eksiden moto.. langgar kereta Honda Civic kat Kelana Jaya
* Start On Job Training 16/ 08/ 2010
* Holiday dengan membe2 satu batch kat Port Dickson 31/ 08/ 2010
* Mula buat kerja part time
* Usia perkapelan cecah setahun.. hehe
* Start blogging
* Dua pupu aku kahwin 25/ 12/ 2010
* Adik aku dapat result cemerlang dalam PMR
* Ehem2 aku masuk UM
* Moyang aku dah kembali sihat
* Pak sedara aku dah dapat kerja
* Perdana v6 kat kampung ditukar dengan Toyota Vios


Banyak lagi sebenarnya.. tapi aku dah x ingat la.. tapi xpe.. 2010 ni memang banyak kenangan tersendiri bagi aku..

So, adios 2010.. Rest In Peace~

Hitler marah Indonesia kalah dengan Malaysia..



Ini merupakan satu lagi kemarahan Adolf Hitler.. hehe

Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru

Tadi kan,, lepas makan lunch untuk kali kedua pada hari ni.. aku pon try la usha blog- blog yang aku follow ni.. sedang syok usha- usha ni.. aku pon ternampak la entri ni.. fuhh,, menarik ni.. kena turut serta.. aku pon bukak la mata aku luas- luas dan baca entri tu sampai habis.. entri ni ade kat blog ni.. NurSyamizaHadi

Entri ni adalah pasal niat murni seorang bloggers ni nak kumpulkan bloggers baru yang followers dia kurang daripada 300.. So, aku pon tergolong la dalam golongan tu.. hehe.. golongan budak- budak lagi.. keh3

Ni adalah syarat- syarat nya..

dia punya icon..ehhe


1- Followers kurang dari 300 orang   ( / )
2- Buat satu entry bertajuk " bloglist istimewa untuk blogger baru "   ( / )
3- Tinggalkan link entry yang dah siap di ruangan komen   ( / )
4- Tag 3 orang rakan seperjuangan anda:   ( / )


5- Meminati dunia blogger dan x sombong

Thanks Allah It's Friday...

Selamat hari jumaat dan public holiday dan penghujung 2010 dan segala dan lagi la.. hehe..

Sempena dengan hari Jumaat yang elok dan harmoni ni.. aku just nak share cket le kebaikan hari jumaat ni..

Terdapat 6 kebaikan hari Jumaat yang aku nak share kat sini.. Antara nya:

1Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan

So, kepada pembaca lelaki, jangan lupa pergi masjid nanti.. solat jumaat tau.. x pergi dosa.. huhu

Thursday, December 30, 2010

Dari Alam Angker ...

Shuuuuuuhhhhhhhhhh... ( bunyi angin).. nak amik mood seram cket.. malam ni kan malam jumaat..

Kenapa malam jumaat selalu dikaitkan dengan perkara yang menyeramkan??

Apa salah malam jumaat sampai ia diperlakukan sebegitu rupa??

Siapa yang mula sebarkan fatwa ni??

Korang semua pernah terfikir tak pasal perkara ni??

Dari kita semua kecil hingga lah sekarang, kita sering diingatkan tentang ideologi yang malam jumaat adalah malam yang menyeramkan dan bahaya unutk keluar rumah.. macam- macam cerita seram diceritakan kepada budak- budak kecik yang cute mute yang belum mumayyiz untuk menakut- nakutkan mereka..

Aku pon pernah alami mende ni jugak mase kecik- kecik dulu.. kalau malam jumaat je, kompem x berani keluar rumah.. nak pergi bilik air dengan dapur pon bukan main takut lagi.. cerita hantu punya pasal la ni.. macam- macam jenis hantu duk bermain di benak ni.. ade hantu raya, hantu galah dan macam- macam spesies lagi la.. dasat betol kan.. ni semua sebab orang tua aku selalu citer pasal hantu la kat aku ni.. jadi penakut aku dibuatnya..

Majalah Mastika pon menjadi pendorong utama kenapa aku takut hantu.. hehe.. yela, Mastika kan ade artikel pasal momok.. macam- macam citer hantu dorang duk tulis kat situ.. macam dah jadi satu artikel wajib pulak dalam mastika.. lepas baca tu mula r x berani pergi tandas sorang- sorang.. tiba- tiba je ade flashback dari cerita tu sewaktu tidak diperlukan.. memang hampeh betol.. so, kalau nak terkucil, tahan je la sampai pagi.. tak berani nak pergi tandas la katakan.. hehe

Zaman sekarang ni pon lebih kurang same je.. walaupun Mastika dah kurang citer pasal hantu.. TV pulak amik alih citer pasal hantu.. kalau tengok TV3, setiap malam jumaat je mesti ade cerita pasal hantu.. Kalau dulu, Misteri Nusantara.. sekarang ni pulak, slot Seram pulak.. ape nak jadi la dengan TV kat Malaysia sekarang ni.. banyak sebar perkara tahyul daripada fakta.. adoiii..

So, aku nak tanya korang la.. memang betol ke malam jumaat ni berhantu???

HIIIIIIIIIIIHIIIIIIIHIHIHHHHHHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIHIH.....


" Quite A Good Team" Kata Rio Ferdinand kepada Team Malaysia

Haaaaaaaaaa.. ni la entri yang paling gempar pernah aku buat..

Setelah berjaya menerobos Twitter defend Man U yang kental iaitu Encik Rio Ferdinand ni.. ini lah hasil yang aku dapat..

Dengan ini dipersembahkan..



Kalau korang x percaya..ni link twitter ferdinand

Wednesday, December 29, 2010

Kenapa????

Waaaaaaa...
Melankolik betol kan.. keh3..

Ni bukan la entri pasal kuiz atau teka silang akta atau apa- apa lagi yang sama waktu dengan nya.. so, x payah runsing2.. juz chill yoo..

Tadi, lepas balik tengok bola sambil pekena Mee Bandung Anjung.. aku pon usha la blog2 yang aku kenal.. blogwalking la katakan..

Perkataan K E N A P A ??  mula la berlari- lari anak dalam fikiran aku selepas sesi BW ni.. kompius aku..

Korang nak tau kenapa??

Sebab nya.. boleh dikatakan semua blog yang aku BW, 90% cakap pasal bola.. lelaki perempuan.. serupa aje.. pening aku dibuatnya.. semua entri lebih kurang sama je.. cuma ada sedikit yang diolah supaya menjadi lebih dramatik.. huhu

Tapi xpe.. ni yang membuat aku semakin syok dengan bloggers2 sekalian.. semangat kewarganegaraan tu memang memuncak setinggi gunung everest.. huhuh

Inilah yang kita mahukan dalam kalangan bloggers sekalian..

Korang tunggu yer.. nanti aku ade sedikit entri yang menggemparkan tentang pasukan bola sepak Malaysia.. tunggu...

I'm back!!!

hohoh..
xde nak tulis pape pon..saje je nak buat gimik..
so, malam ni akan start blogging and blogwalking balik selepas 5 hari menyepi..
wohhoooo..
pape pon, jom pergi tengok bola dulu..
ayuh!!

Friday, December 24, 2010

Doakan keselamatan ku..

Syahdu btol tajuk entri ni kan..

Hehe.. malam ni aku akan bertolak balik ke desa tercinta di Terengganu pada pukul 2 pagi nanti.. aku balik sana  nek moto.. dah la tengah hujan lebat sekarang ni.. kompem basah kuyup la nanti..

So, blog ni tidak akan berentri selama seminggu kerana rumah aku kat kampung xde internet.. so, lepas ni korang sume boleh gembira la sebab x akan ade entri yang membosankan dari blog ni selama seminggu kan.. huhu

So, aku harap2 kepada kawan bloggers yang rajin datang berkunjung ke blog aku ni dapat mendoakan keselamatan aku dalam perjalanan pulang ke kampung nanti..

Doakan keselamatan aku yer.. hehe

Tata~

Blog Larian


1. Banner dah ada..

2. Dah jadi follower BlogLarian ni.. hehe

3. Saya suka berblogwalking kerana ia menyihatkan badan dengan mengeluarkan peluh sambil dapat skodeng ramai bloggers.

4. 3 orang yang di tag:
Mat Yaa
syem
Ekaweird

dah siap sume kot.. hehe.. harap2 leh join komuniti ni..

Award pertama diri ini.. hee



1. Nama penuh pembagi award.. Wan Nursyuhadaa.. nama ayah dia belum sempat dikesan.. hehehe

2. Pendapat/ perangai yang anda tahu tentang owner blog.. Saya rasa dia seorang yang cute mute dan sukakan salji.. pendapat ikhlas.. hehee

3. Kenapa korang suka baca blog ni.. Entri nye yang simple mimple pimple dan direct.. x yah nak fikir banyak2..kuang3


Ni adalah award pertama yang aku dapat.. thanx chasyuhada

Ape ade dengan RM3000??

Haa..

Banyak kan RM3000 tu.. so, aku nak tanya korang.. ape yang korang akan lakukan supaya duit RM3000 tu x akan korang habiskan sebelum tempoh 6 bulan..

So, aku harap korang boleh tolong aku la uruskan wang ni.. cara nya simple je.. juz tulis kat komen kat bawah tu, cara2 yang aku perlu lakukan supaya elaun makan sebanyak RM3000 tu aku x habiskan begitu saja..

Aku harap korang sume boleh tolong aku ea..

Thursday, December 23, 2010

Tangisan kegembiraan

Inilah ayat yang paling klise digunakan orang ramai untuk menggambarkan apabila dapat sesuatu yang menggembirakan.. hehe.. so, aku pon nak guna jugak la.. keh3

Aku menangis gembira kerana mendapat tahu yang adik aku berjaya memperoleh straight A dalam peperiksaan PMR.. huhuh..

Aku memang bangga gila dengan adik aku.. adik aku sekolah harian biasa je kat kampung aku.. tak macam aku dulu, sekolah SBP..

Aku jugak bangga dengan usaha mak bapak aku yang selalu marah2 dan pulas telinga adik aku bila dia malas belajar..

Kadang2 aku kesian jugak dengan adik aku sebab parents aku selalu bandingkan aku dengan dia.. boleh kata setiap hari kena belajar.. Ahad sampai Khamis belajar kat sekolah.. Jumaat dan Sabtu kena pergi tuisyen.. memang padat jadual hidup dia.. nak main PS 2 pon x boleh.. kena banned.. wayar PS 2 pon parents aku sembunyikan.. tengok tv pon kena control.. nak bergaul dengan membe2 sekampung pon kena control.. dasat kan parents aku.. tapi sume tu untuk kebaikan adik jugak.. hehe

Aku bangga dengan usaha adik aku.. adik aku bercita- cita nak masuk sekolah yang sama dengan aku.. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.. adik aku nak main ragbi.. sebab tu dia nak masuk sekolah tu.. dia nak jadi macam abang dia.. heheh..

So, hari ni adik aku telah buktikan dekat parents aku yang dia jugak boleh buat.. buktinya adalah 8A dalam tangan dia..

So, aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada adik aku MOHD FAKROMI NAIM BIN MOHAMAD ROSLI.. juga tak lupa kepada guru2 yang telah membimbing dia.. terima kasih buat anda semua..


adik aku yang berdiri kat tengah2 tu

Wednesday, December 22, 2010

Sekadar di pinggiran

Disclaimer: Ini bukan header blog abang BEN ASHAARI ye.. hehe

Mesti korang ingat entri ni pasal abang Ben kan.. hehe.. entri ni adalah bersempena dengan sebuah lagu nostalgia yang berjaya menambat jiwa dan raga aku di pohon kelapa.. hek3

Korang mesti pernah dengar kan lagu Sekadar di pinggiran nyanyian Francissca Peter kan.. So, ini adalah tribute untuk lagu tu la ni..

Tadi, mase aku on the way nak pergi kelas.. aku terdengar la lagu ni dimainkan di radio Sinar FM.. so, aku pon layan la dengan khayal nya.. hehe.. aku memang camni.. dengar je lagu besh, akan layan sampai khayal.. hehe..

Satu lagi tabiat aku, kalau aku rasa lagu tu besh dan masuk dengan jiwa romantis aku ni, aku akan berusaha mendonlod lagu ni..

So, balik je kelas petang tadi, aku terus donlod lagu ni.. lepas siap donlod, bermula la aktiviti berkaraoke secara percuma hehe..

So, kalau ade sape2 yang turut nak mengimbau nostalgia masa lampau, aku sediakan link untuk korang donlod lagu ni secara pantas dan efisien.. kalau nak donlo leh r klik kat SINI..

Macam besela, lepas donlod leh la dengar lagu ni sambil nyanyi.. ni ada aku sediakan lirik supaya korang senang nak nyanyi.. layan~~




Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran 
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian... 




Kepantasan mata blogger



Hehehe.. sedang gua duk khusyuk belek blog gua.. gua ade la terpandang entri ni kat blog abang Ben.. so gua pon cepat2 la bukak.. gua pon x tau ape yang dia nak.. lepas gua baca, abang ben ade cakap yang sape yang nak join kena buat entri  ringkas.. aku pon x paham sangat.. kalau nak entri ringkas.. aku rasa entri ni dah cukup ringkas.. betol x abang BEN.. hehe

Bahasa itu indah..

" Berburu di padang datar,
Dapat rusa tempang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi"


" Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita menerima"

" Yang kurik kundi,
Yang merah saga,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa"


Tunggu kesinambungan entri ini.. ada benda yang menarik untuk dikongsi bersama anda semua.. sesuatu entri yang bakal merubah persepsi anda terhadap BAHASA MELAYU

Ingatlah orang tersayang

Ini bukan entri jiwang.. diulang, ini bukan entri jiwang.. huhu

Ini entri pasal keselamatan jalan raya tau..

Korang tentu pernah dengar dan lihat iklan ni dalam tv, radio dan billboard yang besar bapok kat tepi jalan tu kan.. tagline femes ni.. hehe

Entri kali ni pon masih lagi pasal moto.. aku pon x tau kenapa moto aku banyak sangat menyumbang entri hari ni.. masuk ni dah 3 entri woo..

Entri ni adalah kesinambungan dari 2 entri yang aku post tadi.. dah jadi macam drama bersiri a.k.a slot akasia r plak kan.. hehe

Alkisahnya begini, tadi kan lepas aku balik rumah dari baiki motor.. kawan aku ade ajak pergi pasar malam.. pasar malam kat tempat aku ni diadakan setiap hari selasa.. aku plak dah letih sangat memikirkan nasib aku tadi.. kalu nak tau ape nasib aku, kena r baca entri ni.. so aku suruh la membe aku,si A (bukan nama sebenar), amik moto aku pergi pasar malam dengan membe aku sorang lagi, si B (bukan nama sebenar).. so, si A ni setuju la dengan riang nya.. hehe.. Aku pon kirim la Nasi Kerabu kat membe aku ni.

Lebih kurang 45 minit dorang pergi, dorang pon balik la membawa sejumlah makanan yang mampu melelehkan air liur.. Si A ni terus masuk ke bilik aku sambil ketawa tersipu2.. hehe

Aku tanya la si A ni kenapa.. ikuti perbualan aku dengan si A dalam dialek Terengganu..

Aku: Wakpe?? Kena samang ke??
Si A: Hohoh.. nyaris2 doh nok kena tadi Pin
Aku: Hah??
Si A: Dop pakai helmet dekpon..
Aku: Hahaha.. mung jupe polis kat ane??
Si A: Kat traffic light lepas Petronas.. Mula2 aku dengor bunyi moto besor.. aku paling r belakang..  tengok2 2 utir moto polis.. dah la parking belakang moto aku.. aku pon kabo r ke si B ade polis belakang
Aku: Pahtu jadi gane??
Si A: Ye suruh si B berhenti tepi.. ye tanya aku mane helmet.. si B jawab nak g kedai depang nun je cik.. ye pon ulang balik soalan ye.. saya bukan tanya awak nak pergi mane.. saya tanya helmet awak mane?? lepas tu ye pon bla.. kecut perut aku dengan si B

Menurut kawan aku tu.. polis tu x saman dia mungkin sebab lapar.. x pon sebab si B pakai helmet tapi dia x pakai.. tu yang abang polis tu fikir 22 kali nak saman ke x.. hehe

So, pengajaran kat sini.. sentiasa la pakai helmet kalau naik motosikal di jalan raya.. ikat dengan ketat, ingatlah orang tersayang..



P/ S: kalau x paham dialaog tu.. boleh cari member yang boleh translate dialog tu.. hehe

Tuesday, December 21, 2010

Malu bertanya duit melayang..

Huhu.. tragis kan tajuk entri ni.. hehe..

Ni aku nak cerita pasal duit dan malu.. kuat tau kaitan antara kedua2 ni.. dua2 ni boleh buat kita marah, bengang, senyum tersipu2 dan sebagainya lah lagi yang sama waktu dengan nya..

Entri ni based on true tragedy.. xde rekaan ataupon fantasi.. pengalaman ni beb.. hehe

Tadi kan aku ade buat entri pasal nak pergi baiki motor.. so ni adalah kesinambungan dari entri tu la..

Niat sebenar aku tadi nak pergi tukar minyak hitam dengan sprocket je.. kalau ade sape2 yang x tau sprocket tu ape.. meh sini aku nak bagi kelas cket.. hehe.. sprocket adalah sebahagian dari barang yang ade kat rim motosikal tu.. sprocket ni yang ade gigi banyak tu.. ade saiz 36, 37, 38,.... dan bla2..

Ade la brother kat kedai motosikal tu yang tolong baiki motor aku ni.. sedang khusyuk aku tengok dia baiki motor aku, aku pon gatal mulut pergi masuk dalam kedai tu pergi tanya sama tokei tu tentang satu barang ni.. ikuti perbualan aku dengan tokei tu kat bawah ni..

Aku: Tokei, tali minyak untuk throttle LC berape?
Tokei: 28
Aku: x boleh kurang ke?
Tokei: Aiyaa!!
Aku: 23 la tokei, dah banyak tukar barang tu
Tokei: Ok la

Tokei tu pon suruh pekerja dia amik barang tu..

Lepas siap pasang sume tu, aku pon tanya la pekerja dia ape masalah sebenar throttle aku ni.. bro tu cakap xde rosak papepon, juz besi kat tepi tu je yang rapat sangat..tu yang ketat tu.. x payah tukar tali minyak pon xpe.. barang ori mane berkarat bro.. dia pon terkejut bila aku nak tukar tali minyak tu..

Adoooiii!!! rasa macam jarum dart tu tepat mengena atas dahi aku.. bullseye.. kenapa la aku x tanya dulu ape masalah sebenar dia..

Tu la kan, mulut ade x nak tanya.. kan dah rugi RM 23.. banyak tu.. huhu

So, bagi sape yang ade nak baiki ape2 barang lepas ni.. pastikan dulu ape kerosakan sebenar dia.. jangan main tukar je, nanti duit melayang..

Amik la citer aku ni sebagai pengajaran.. renung2kan dan selamat beramal~

" Malu bertanya sesat jalan,
malu bertanya duit melayang"

Siapa nak ikut??



Heheh.. Mengada kan tajuk entri ni.. Entri ni simple je sebenarnya.. Aku juz nak ajak sape yang berminat untuk ikut aku pergi jalan2 petang.. Kita round2 kampung naik moto.. (macam la da kat kampung skang ni).. hehe

Sebenarnya petang ni aku nak pergi baiki moto superbike versi 135 cc aku ni.. Lama dah x bawak moto ni pergi klinik untuk mengambil imunisasi yang sepatutnya.. Vitamin pon dah kurang amik ni.. So, xleh la nak biar lama2.. Sementara free petang ni, kena la bawak dye pergi klinik.. hehe

So, kalu sape2 nak ikut, sila tinggal link blog anda kat ruangan komen ye.. nanti senang saya nak pergi amik.. hehe..

Kerana blog sebuah, baju sebaldi x di basuh

Hohoho.. korang pon mesti faham kan dengan tajuk diatas kan..

Dek kerana gua ralek ( bahasa Terengganu,, kalau bahasa KL= leka) sangat nak siapkan entri sebab nak post kat blog bro Ben Ashaari.. gua terlupa yang gua ade perjuangan yang perlu dihabisi..

Gua perlu berperang di bilik air dengan baju yang menggunung di dalam baldi.. dah la sekarang ni musim hujan,, nak basuh baju malam2 pon rasa malas..

Tapi gua kena kuatkan mental dan fizikal kerana KALAU GUA X BASUH BAJU NI,, ESOK GUA NAK PAKAI APE..WAAAA!!!

So, gua chow dulu ea.. baju dah 2 hari rendam tu.. x tau la bau aroma yang macam mane akan terhasil kalau x basuh lagi..

hehe..tata~

Kenanganku sebagai blogger

Heheh.. tadi mase duk tengah silau2 dashbord kat blogspot ni.. ade la pulak ternampak entri ni dari bro Ben Ashaari ni.. nampak cam menarik.. sebelum ni aku x pernah terlibat pon dalam kegiatan2 blog macamnih.. so ni la kali pertama aku nak mencuba bergaul dengan blogger2 lain yang dah famous amos ni..hehe



1. Header Ben Ashaari blog.. dah letak

2. Tarikh lahir blog anda.. 28 May 2010.. muda lagi blog ni

3. Punca kelahiran blog anda.. Tertarik dengan blog senior sekolah menengah saya. Blog dia nampak tip top. Sebab dah selalu baca blog dia, minat untuk mula menulis blog tu pon timbul. Membe2 masse zaman sekolah pon dah ramai yang ade blog. So, aku bertekad dalam hati yang aku pon nak ade blog jugak. Kueng3

4. Orang pertama yang jadi follower anda.. Aku pon x kenal sape dye..dekat gambar follower tu xde muka.. link pon xde.. dia juz tinggal nama je sassygurl90.

5. Entri anda sebagai blogger.. Hijrah itu perjuangan.. hehe

6. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen/ hits.. xde pon entri yang hits.. paling banyak pon dapat 2 komen je.. mungkin blog saya ni x menarik.. so, saya redha je laa.. itu je  yang termampu saya buat.. saya x kisah orang baca atau x ape yang saya tulis.. saya juz post entri untuk berkongsi dengan orang ramai.. tu la niat saya

7. Blogger pertama yang anda jumpa.. Mr Amril Yarghh. Merupakan membe zaman sekolah saya. Blog dye memang sempoi dan informative. Nice to read. Saya pon banyak gak belajar serba sedikit tentang blog ni dari dye. selebihnya saya men try and error je. eheh

8. Blog yang anda minat.. Saya minat blog Obefiend dan Irene Nadia Marcello.. Skang ni pon dah mula minat kat blog bro Ben Ashaari kita ni.. Blog Obe sy minat sebab entri dia yang cheeky g2 dan banyak unsur sindiran pedas..hehe

9. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger.. Kenangan manis nya apabila saya nampak ade orang baca blog saya dan bagi respond x kira lah secara maya ataupun realiti. X kisah lah walaupun yang selalu baca blog saya adalah membe sebelah katil saya, ia masih lagi buat penulisan saya ada jugak orang yang nak baca. Saya juga suka tengok follower saya bertambah. Walaupun hanya seorang je bertambah, it's still a great feeling for me.. I'm gonna cry.. wuaaa.. ( T_T )

10. Ceritakan kenangan pahit anda sebagai seorang blogger.. Bila entri yang saya post xde orang nak baca. Kalu ade yang baca tapi x bagi feedback balik.. Perghh.. berkecai hati beb.. hancur luluh remuk bersepai rasa bila entri saya diperlakukan sebegitu rupa.. hehe

11. Impian anda terhadap blog anda.. Saya harap blog saya ni mampu menghiburkan hati ramai pihak.. saya x kisah dorang nak kutuk ke nak caci maki hamun saya.. asalkan blog saya ni mendapat tempat di hati blogger2 len.. saya berharap agar blog saya ni terus kekal sehingga saya mampu mengumpul duit untuk membeli sebuah laptop Alienware..keh3..


Kalau ade tersalah dan x menepati piawaian bro Ben Ashaari dalam entri ni.. saya harap bro dapat la memperbetulkan nya.. saya orang baru lagi dalam industri blog tempatan ni.. So, kalau bro x suka dengan entri ni.. bro bolehlah bagi komen yang membina ye.. tu je yang saya harapakan..

Sekian, terima kasih.. 
Adios amigos..




Good nyte!!

Sleeping is no mean art:  for its sake one must stay awake all day.  ~Friedrich Nietzsche

People who say they sleep like a baby usually don't have one.  ~Leo J. Burke


Artikel terbaik aku untukpertandingan artikel Junko (Artis Korea dalam jiwa Gegadis Melayu)



Ini adalah entri lama yang di rebadging balik untuk menyertai contest yang dianjurkan Junko.. hehe

Mantap kan tajuk entri tu..penuh unsur romantika.keh3..

Kita sume sedia maklum yang virus2 dari negara Korea ni telah kuat tersebar dalam jiwa gegadis kat Malaysia ni.Boleh kata sume gadis kat Malaysia ni khusus nye Melayu mesti pernah tengok citer Korea walaupun sekali seumur hidup.

Virus ni mula tersebar sewaktu aku masih lagi di alam sekolah rendah dengan muka yang boleh dikatakan cute lagi..hehe..sekarang dah hensem la plak..kueng2..masuk bakul angkat sendiri la plak kan..Cerita Korea pertama yang menerobos televisyen di Malaysia ialah Winter Sonata kot kalu x silap aku..kalau salah tolong betolkan ea..aku pon kompius antara citer tu ke ataupun A Succesful Story of A Bright Girl..betol ke tak tau tajuk citer nye..hehe..main hentam je..

Lepas dari citer tu,makin banyak plak citer Korea yang cuba mencari market kat sini..dan hasilnya,mereka telah berjaya dengan jayanya sampai la sekarang..

Citer2 dorang ni banyak ditayangkan pada waktu perdana tau..mahal tau slot tu..

Setelah mereka berjaya dengan citer2 mereka yang tangkap leleh tu..mereka cuba pula memukau hati cowok2 dan cewek2 dengan kehadiran artis2 dorang yang ganteng dan cute mute.

Antara artis2 dorang yang telah berjaya menjerat hati dan jiwa rakyat Malaysia adalah Wonder Girls, Girl's Generation, Super Junior dan 2PM.Pakej dorang memang mantap.Muka hensem dan cute mute..Auchh..hehe

Walaupun kita x paham langsung dengan lagu dorang,kita still suka dengar..aku pon x paham kenapa leh jadi macam tu.Mungkin kita telah terpukau dengan kekiutan dorang sumer kot.Kalu dapat kompem x lepas..hehe

So,entri ni aku dedikasikan khusus buat gegadis Melayu yang begitu fanatik dengan artis Korea sehingga sanggup membuat freeshow kat Bukit Bintang.

Dorang sume ni telah berfikiran kreatif dengan menghasilkan satu video klip re-badge-ing seperti mana Proton telah lakukan terhadap Mitsubishi.

Dorang telah meniru aksi tarian 2PM menerusi lagu Again and Again..

Tarian dorang boleh dikatakan 76% sama dengan 2PM.Tahniah diucapkan buat dorang.

So,aku nak korang bandingkan sendiri antara tarian asal versi Korea dan tarian versi made in Malaysia.

Versi Malaysia 



Versi Korea




Artis2 Korea yang ganteng dan cute mute

2PM
Super Junior

SS501


Girl's Generation
Wonder Girls

P/ S: Aku pon sangkut gak dengan artis korea ni sebenarnya..hahah

Sunday, December 19, 2010

Tanah Tumpah Darahku

Memang gempak kan tajuk entri macam tu.Penuh dengan semangat patriotik.Hahaha.

Entri ni aku dedikasikan khusus buat team bola sepak Malaysia kerana telah berjaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2010.

Aku tak nak puji memanjang tapi juz nak kongsi kegembiraan aku sebagai rakyat Malaysia.Kalu nak puji lebih2 kena la tunggu menang piala tu dulu,baru aku puji sampai menggunung.

FYI,negara kita dah 14 tahun tak pernah memasuki final piala ni atau dulu dikenali sebagai Piala Tiger sebab penaja nya adalah minuman Tiger tu ( arak).Dah banyak kali negara kita tumbang di separuh akhir je.

Sekarang aku nak citer plak kronologi negara kita melangkah ke final piala ni.

Malaysia memulakan kempen kali ni dengan langkah kiri apabila di belasah musuh serumpun,Indonesia, 5- 1. Ramai rakyat jelata a.k.a penyokong bola sepak di Malaysia kecewa dengan persembahan negara kita.

Perlawanan kedua Malaysia adalah menentang gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Thailand.Thailand yang dibimbing oleh Bryan Robson dianggap sebagai pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.Malaysia berjaya menyekat Thailand dengan keputusam seri 0- 0. Keputusan yang cukup melegakan buat Malaysia.

Malaysia menentang Laos dalam perlawanan ketiga.Malaysia begitu menghapkan kemenangan untuk menjamin tiket ke pusingan kedua sambil berharap Thailand seri ataupun tewas dengan Indonesia.Keputusan nampaknya berpihak kepada Malaysia apabila berjaya menewaskan Laos 5- 1 dan Thailand tewas kepada Indonesia 2- 1.

Di peringkat suku akhir,Malaysia bertemu dengan Vietnam yang boleh dikatakan sebagai favourite kerana prestasi mereka yang membanggakan sejak akhir2 ini.

Pada perlawanan pertama di Bukit Jalil,Malaysia mempamerkan corak permainan yang mantap untuk menghukum kelemahan Vietnam dengan kemenangan 2-0. Gol2 telah dijaringkan oleh Safee Sali.

Dan pada perlawanan timbal balik di Hanoi,Malaysia berjaya bertahan dengan sempurna untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan yang telah mampu membawa Malaysia ke perlawanan akhir dalam masa 14 tahun.

Perlawanan akhir akan diadakan pada 26 dan 29 Disember.


Gambar aksi pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki












Saturday, December 18, 2010

S A T U R D A Y

Without dialogue, humans are fated to walk in the darkness of their own dogmatic self-righteousness. Dialogue is the lamp by which we dispel that darkness, lighting and making visible for each other our steps and the path ahead.

Daisaku Ikeda



so lets start the dialogue everybody...


2010/ 2011 UEFA Champions League draw..

Ello2..wassup2..

Entri kali ni ditujukan khas buat kaki2 bangku..eh2 silap..kaki2 bola kat luar sana..

So,,sape2 yang follow UEFA Champions League..ni adalah keputusan undian untuk Pusingan kedua nanti..

Akan ade 2 match untuk 1 matchday..

So,jadual dye akan jadi macam ni..pelik cket dari bese..


First leg: 15,16 & 22,23 February
Second leg: 8,9 & 15,16 March


Ini jadual nye..


AS Roma   VS  Shahktar Donetsk

AC Milan   VS  Tottenham Hotspur

Valencia     VS  FC Schalke

Inter Milan  VS  Bayern Munich

Lyon           VS  Real Madrid

Arsenal        VS  Barcelona

Marseille      VS  Manchester United

Copenhagen VS  Chelsea

Sewaktu undian


korang mesti paham knape aku hilite game tu kan..ehhehe

so, tunggu la tahun depan utk tengok sape mng UCL ye..

tata~~

Friday, December 17, 2010

Pengakuan sial dan berani mati seorang GAY



Makin teruk masalah sosial di negara kita nampak gaya nya..dah setaraf dengan kaum Lut..semalam ade berita pasal adik beradik buat seks..hari ni aku terjumpa plak video ni yang dipostkan kat OhBulan..

Ape nak jadi la dengan mamat ni..boleh pulak dia bangga mengaku dia gay..cam haram..

Dia ni la kuman dan virus yang meruntuhkan bangsa Melayu dan agama Islam..Mungkin zaman2 muda dulu dia menuntut kat oversea dan terikut dan terbawak balik budaya setan ni kat Malaysia..Wake up dude..It's Malaysia not Australia.

Orang macam ni patut direjam..negara kita bukan negara liberal weh..kita bukannya Amerika yang menghalalkn perkahwinan sesama jantina..

Ko ni belajar dah tinggi tapi sayang subjek agama ko x amik kot mase SPM dulu..ko dengan senang2 nye menuduh yang Melayu dan Islam la yang menghalang ko nak berkecimpung dalam kancah gay ko ni..

Kalau dah ade yang halal yang cantik dan sempurna untuk dinikahi..buat ape cari yang songsang dan sah2 haram untuk bernikah..umo ko dah 32,,xkan r ko x pnah dengar citer2 malam pertama dari membe2 ko yang normal dan yang dah kahwin..ko ni bengap betol..ape yang ko dapat kalu buat one night stand dengan lelaki..dua2 ade mende same la..so,dua dapat bala tapi x dapt nikmat..hari2 mnede same jugak ko tengok..sewel tol..

So,,ko cepat2 la packing barang2 ko..berambus dari Malaysia..

Kepada pihak JAKIM, JAWI dan JAIS..kalu ade tengok video ni..sila tangkap lelaki ni dengan segera sebelum dia menyebarkan dakyah GAY ni..


GAY no 1 di Malaysia

Kredit gambar dan original artikel kepada OhBulan..

McD disaman kerana mainan Happy Meals..

Huhuhu..sungguh tragis satu artikel ni yang aku baca dalam sebuah akhbar tempatan..hanya kerana memberikan hadiah percuma,,syarikat fast food gergasi dunia ini disaman..




Kejadian yang berlaku di Los Angeles ni terjadi apabila ade seorang ibu yang bengang terhadap anak perempuan nya yang berumur 6 tahun yang terlalu ghairah mengepow nye dan duit dapur untuk membeli happy meals..perkara yang menambahkan lagi kebengangan ibunya adalah apabila si anak hanya membeli Happy Meals hanyalah untuk mendapatkan mainan dan makanan yang ade akan dicampakkan di halaman rumah dengan sewenang- wenangnya..Ibu mangsa sewaktu ditemu bual berhubung kes saman memberi respon sebegini..



" Saya ni orang susah..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kalu x mengais langsung x dapat makan..jadi,apabila anak saya asyik mengepow saya untuk membeli Happy Meals, saya berasa amat marah..saya x ingin wang dapur saya dihabiskan untuk membeli patung mainan percuma dengan setiap pembelian Happy Meals..Itu pon sementara stok masih ade..kalu xde stok lagsung x dapat mainan..hal ini akan menyebabkan anak saya menangis 3 hari 3 malam..so, McD patut hentikan pengeluaran patung mainan ni "




Pengerusi McD turut memberi respon kepada saman itu...



" kita akan bayar saman tersebut kerana kita ingin buat amal..kita memang x kisah tentang saman ni..kalu nak saman,,saman la..kitorang boleh bayar..kitorang memang pemurah "




Kes ini telah mendapat liputan meluas seluruh media dunia kerana ia nya dibicarakan di mahkamah dunia di Songkla, Thailand..


p/ s: korang usaha la cari berita ni dalam akhbar tempatan untuk ketahui kisah selanjutnya

Thursday, December 16, 2010

Fast and Furious 5..Official Trailer and review

Ni merupakan berita paling gempak pernah disampaikan kepada kipas susah mati francais Fast n Furious..So,sape2 yang follow citer ni dari 1st muvee sampai 4th,,kumpul la duit anda dari sekarang  bagi menjadi golongan pertama yang beratur panjang mengelilingi bulatan di hadapan McD kat Mid Valley tu untuk membeli tiket wayang..Filem ni akan ditayangkan seawal2 nye malam ni dan selewat2 nye tahun depan,2011,..So,lakukan lah Overtime dengan banyak sebagai persediaan  menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya filem ini ditayangkan dalam 3D..Almaklum lah kan,,tiket 3D mahal siot..So,,xnak membebel panjang dan lebar kerana ini bukanlah ceramah MLM..Juz roll the screen bebeh...layan~~


Pelakon citer ni kebanyakn masih dikekalkan kerana pihak produksi amat berpuas hati dengan jumlah bayaran yang diminta oleh mereka..Hanya beberapa pelakon yang juga mengenakan bayaran yang rendah ditambah dalam citer ni..Salah seorang yang sempat dicam ialah The Rock..Lokasi kali ni adalah di Brazil bagi meraikan Brazil sebagai penganjur FIFA world cup bagi 2014..So, pihak produksi boleh save banyak budget kerana sudah terdapat banyak infrastruktur yang telah disediakan..So, pengarah hanya perlu duduk depan skrin,goyang kaki sambil makan kacang..

So,start simpan duit,kurangkan keluar dengan makwe..sudah pasti anda mampu memiliki tiket wayang ni hatta dikeluarkan dalam 3D sekalipun..


P/ S: Aku malas nak cari sinopsis..len kali aku post balik sinopsis dye..heheh

Tuesday, December 14, 2010

Tron Legacy..Official trailer and review


TRON: LEGACY is a 3D high-tech adventure set in a digital world that's unlike anything ever captured on the big screen. Sam Flynn (Garrett Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Oscar®- and Golden Globe®-winner Jeff Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade—a signal that could only come from his father—he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Olivia Wilde), father and son embark on a life-or-death journey across a visually-stunning cyber universe—a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with never-before-imagined vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape. Presented in Disney Digital 3D™ and scored by Grammy Award®-winning electronic music duo Daft Punk

Citer ni akan ditayangkan kat pawagam x lama lagi..nampak cam bez..so boleh la ajak pakwe, makwe, mak, bapak, adik, kakak, kawan2 pergi tengok..kalau xde duit, tunggu aje keluar kat syok...hehehe


P/ S: Aku malas nak translate..so just copy and paste je..harap paham yer

Monday, December 13, 2010

Bil wimax RM 299.60!!!!!!!

Aduh mak ai..(bak kata kawan aku)..terkejut beruk aku tengok bil wimax ni..macam mane boleh nek sampai banyak ni..aku x paham betol la dengan wimax..kalau korang ingat aku bohong,,cuba tengok bil kat bawah ni..



yang aku x paham,,dari mane datang nye RM 180 tu???pelik aku..bil bulan 10 dah bayar..bil bulan 11 baru sampai tadi..macam mane boleh nek sampai 300 ni...haram jadah r wimax ni..dah la servis kurang memuaskan dah semenjak dua menjak ni..lahanat  betol..

Ni aku nak tunjuk bukti pembayaran aku..banyak dah aku bayar..huh!!


Lepas ni nak pakai unifi r plak..wimax dah buat aku pening je..bye2 r wimax..huh!!

Saturday, December 11, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah..Review n Sinopsis


Woot..woot..Ok, kali ni gua nak bercerita pasal filem Melayu plak..Citer yang ingin di ulas hari ni ialah sekuel kepada cerita pujaan ramai iaitu Zombi Kg Pisang..hehe..Otak- otak..

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah :
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,
Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.
Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.


So, sape yang ade mase free n kipas susah mati zombie kg pisang, boleh lah ke pawagam terdekat untuk menonton citer ni ye..support la filem keluaran Malaysia termasuk 2 Alam..hehe