- - ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, September 18, 2013

( SUPER COOL ) PERDANA MENTERI RUSSIA DAN HOBI DI MASA LAPANG

Hobi waktu lapang
Inikah hobi beliau ?

Vladimir Putin.

Satu nama yang tidak asing lagi dalam pentas politik antarabangsa. Ramai yang senang dengan si empunya nama dan ramai juga yang kurang senang dengan segala tindak tanduk si empunya nama ini.

Vladimir Putin sememangnya mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat dunia. Sebagai seorang Perdana Menteri Russia, beliau adalah salah seorang daripada manusia yang cukup dibenci dan digeruni Amerika Syarikat. Beliau yang mempunyai personaliti yang dingin mampu membuat mereka yang berada di sekeliling beliau berasa tidak selamat dan selesa.

Walaupun begitu peribadinya, ternyata dia adalah seorang manusia yang unik. Hobi di waktu lapang nya juga kelihatan sangat unik dan cool.

Tuesday, September 17, 2013

( SUPER SURAM ) SISI DUNIA YANG DIRAKAM KERETA PERONDA GOOGLE

Masih banyak lagi tempat yang sedih, tidak bermaya dan suram yang masih wujud di atas muka bumi ini.

Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh kereta peronda Google yang ditugaskan untuk merakam jalan yang bakal dimasukkan ke dalam Google Maps.

Terdapat tempat yang ditemui oleh pihak peronda yang mampu membuatkan anda tidak akan melalui kawasan itu secara berseorangan di waktu malam.

KEPUTUSAN PENUH BARCLAYS PREMIER LEAGUE 2013/2014 MINGGU #4

Keputusan perlawanan minggu #4
Keputusan perlawanan minggu #4

Barclays Premier League 2013/2014 telah memasuki minggu #4 pada hujung minggu baru- baru ini.

Banyak keputusan luar jangkaan yang berlaku. Ada yang meneruskan rekod tanpa kalah dan ada juga yang terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata.

Perlawanan minggu #4 juga banyak menyaksikan debutant melakukan penampilan sulung mereka selepas hari perpindahan tamat pada 2/9/2013 baru- baru ini. Antara bintang baru yang paling mencuri tumpuan ialah Mesut Ozil dan Christian Eriksen.

In Accordance With with Thumbnails