- - KASTAM : CINCIN BERLIAN ROSMAH RM24 JUTA MEMANG WUJUD ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, October 06, 2011

KASTAM : CINCIN BERLIAN ROSMAH RM24 JUTA MEMANG WUJUD



Situasi berkenaan pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh " first lady of Malaysia " semakin menarik apabila pihak Kastam telah mula menghangatkan kembali isu tersebut.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suuhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.


Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan

Alah kak Mah, takkan dah cuak kot.. kalau awak rasa awak berada di pihak yang benar, tak perlu kot nak cuak- cuak ni.. hehe

Diharapkan pada pembentangan bajet 2012 nanti, kerajaan akan mengurangkan dana kepada " first lady of Malaysia " ni.. fikirkan kesusahan rakyat pulak..

Sumber ; Malaysiakini

Komen (16)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
haha! baru jer baca mende ni kat facebook smlm....
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
mg g kat youtube, mg tengok video
rosmah isteri puaka.
banyak pendedahan dibuat disitu.
My recent post Smart Thinking Billionaire.
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
isteri puaka.. dahsyat
24juta..mahai gila cincin dia ni..mna dpt duit
My recent post iphone 4s baru saja dilancarkan bukannya iphone 5
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
duit kerajaan ler.. hehe
biasalah duit banyak...nanti kat sana jawab.
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
pndai2 la dia kan..
erk..kenapa nak sampai 24 juta??? tak paham betul la...hishh...
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
baru la grand Sunah.. kata isteri PM.. muahahaha
RM24 juta..!! pergghh...RM1 juta pon da mahal..ni kan lagi sampai RM24 juta...hairan3~
My recent post Kebaikan Pertukaran RSS Feed
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
org bnyk duit kan.. huhu
harta dunia. hahahahaha. boringlah pasal kes cincin ni.ntah apa2 ar die ni.hubby dia ok tapi dia..hmm
My recent post Video Mahathir VS Yahudi – Tabik Spring Dekat Tun!
1 jawab balas · aktif 708 minggu tadi
dia suka melebih2 kan.. btoi x ?? hahah
haha.. tudiaaaaa.... cuak dah.. heheh..

ala.. fikir positif.. beliau sbnrnya beli cincin tu guna duit hasil amalan menabungnya sejak kecil.. heheh...
My recent post Artis Jahil Komen Hudud (Ini Jawapan Buat Mereka)
1 jawab balas · aktif 707 minggu tadi

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails