Tuesday, October 01, 2013

APLIKASI ANDROID YANG WAJIB UNTUK SEORANG PELANCONG

Applikasi wajib untuk pelancong

Android memang ternyata mempunyai lambakan pelbagai jenis aplikasi. Bermula lah daripada aplikasi yang boleh kita kategorikan sebagai sampah sehingga kepada aplikasi yang akan kita jerit " wow !! ' bila menggunakannya.

Bagi seorang pelancong, pelbagai jenis bantuan yang boleh didapati secara percuma sangatlah diperlukan ketika dia sedang bercuti yakni melancong.

Terdapat beberapa aplikasi Android yang sangat awesome dan menarik serta sangat membantu sewaktu seseorang itu sedang melancong.

Antara aplikasi tersebut ialah :

Agoda- smart hotel booking.

Agoda memang sudah terkenal sabagai satu laman untuk para pelancong seluruh dunia mencari rumah tumpangan ataupun hotel yang ingin mereka menginap sewaktu berada dalam percutian. Pelbagai tawaran dan promosi yang diberi oleh pihak Agoda menjadikan mereka laman yang paling utama dalam senarai mereka yang mahu melakukan online booking. Jadi dengan adanya aplikasi Agoda, urusan tempahan hotel hanyalah seperti memakan kacang sahaja. Mudah dan pantas.

Urbanspoon.

Tidak tahu di mana mahu mengisi perut ada sewaktu dalam percutian ? Urbanspoon mampu selesaikannya. Aplikasi ini akan membantu anda mencari restoran yang berhampiran dengan anda hanya melalui goncangan sahaja. Hehe. Teruskan menggoncang sehingga anda ketemu dengan restoran yang memenuhi citarasa dan selera anda.

KAYAK.

Aplikasi Android KAYAK dapat membantu anda dalam urusan mencari kereta sewa, tiket kapal terbang, dan hotel. Aplikasi ini boleh membantu anda membandingkan harga- harga hotel yang telah anda senarai pendekkan. Aplikasi ini juga boleh bertindak sebagai pengurup wang a.k.a currency converter. KAYAK sudah pasti merupakan aplikasi yang anda ingini berda dalam smartphone anda sewaktu anda sedang melancong ke luar negara.

YP local gas search & gas prices.

Aplikasi ini akan membantu anda dalam urusan mencari stesen minyak, teater, bengkel, hotel, bar, shopping complex dan bermacam- macam perkara lagi. Ia juga mampu meberitahu kadar harga petrol di tempat yang anda kunjungi itu. Ia juga ada menyediakan pelbagai pelbagai jenis kupon yang boleh ditebus sewaktu anda sedang melancong.

Waze Social GPS Maps & Traffic.

Siapa yang tak kenal dengan Waze. Aplikasi GPS paling popular di dunia. Jika Waze ada dengan anda, anda pasti tidak akan sesat.

3 comments:

  1. This is the precise weblog for anybody who needs to seek out out about this topic. You notice so much its almost arduous to argue with you. You positively put a brand new spin on a subject that's been written about for years. Nice stuff, simply nice!

    ReplyDelete
  2. Blogging is the new poetry. I find it wonderful and amazing in many ways.

    ReplyDelete
  3. Selam yonetici admin siteniz cok guzel basarilarinizin devamini bekleriz

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini