Apa yang kembali ? ada barang yang hilang ke ? Ada penyakit yang dah hilang tapi datang kembali ke ?
Sebenarnya ianya bukanlah barang, penyakit atau masa yang hilang. Ianya adalah keghairahan dan ketaksuban kaki- kaki bola seluruh dunia terhadap liga- liga besar di Eropah.
Umum sudah mengetahui bahawa, hampir keseluruhan liga- liga gergasi di Eropah telah berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Brazil 2014.
Setelah selesai menabur bakti untuk tanah air masing- masing, para bintang akan kembali untuk berkhidmat dengan kelab masing- masing dan terus berjuang untuk semakin merancakkan liga yang kebanyakan telah menjengah perlawanan ke- 4.
Bagi pengusaha kedai- kedai mamak seMalaysia, sudah pasti senyum akan terukir sampai ke telinga kerana sudah pasti kedai- kedai mereka akan kembali dipenuhi kaki- kaki bola segenap lapisan yang datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Sudah hampir 2 minggu kedai mereka kosong pada malam hari dan bermula pada malam ini, perkara seperti itu sudah hampir pasti tidak mungkin berlaku lagi.
Selain itu, bagi para pemain Fantasy Premier League pula, aktiviti pada siang hari ini pastinya akan diisi dengan aktiviti memerah otak dan mencuba nasib. Kenapakah begitu ? Hal ini kerana, setelah 2 minggu para " bintang- bintang " mereka lesap ke dunia lain, sudah pasti akan ada yang pulang dengan kecederaan sebagai " buah tangan " untuk sang pengurus. Perkara ini yang paling dibenci oleh pengurus- pengurus fantasi seluruh dunia. Jadi pada hari ini, para pengurus fantasi akan kembali menyusun pasukan dan strategi untuk kembali bersaing di pentas liga fantasi masing- masing. Yang cedera akan disisihkan manakala yang diyakini berpotensi akan diangkat. Itulah prinsip fantasi.
Bagi kaki bola yang terpaksa bekerja pada malam ini dan malam esok, perkara ini sudah tentunya sangat berat dan menyulitkan bagi mereka. Bayangkanlah apabila mereka terpaksa menambah satu lagi minggu tanpa sebarang aktiviti bola sepak. Sudah tentu gundah gulana hati mereka. Bagi mereka, 2 minggu yang dilalui tanpa bola sepak adalah tempoh yang cukup memeritkan. 3 minggu tanpa bola sepak ? Anda fikirkanlah apa yang mereka rasa.
Ternyata, sungguh besar impak liga- liga gergasi Eropah terhadap kehidupan seharian kita. 2 minggu tanpa mereka, hidup kita dirasakan kosong.. kosong.. kosong..
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini