Iklan TV cakap yang bahawasanya Tropicana Twister ni kaya dengan vitamin C yang sangat diperlukan oleh badan manusia.
Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!
Dan diri ini memang pun percaya bulat- bulat apa yang dikhabarkan oleh TV tu. Oleh sebab itulah setiap kali berkunjung ke pasaraya Giant, pasti akan dirembat 2 botol Tropicana Twister. dekat Giant diorang jual murah, 2 botol RM 5.79 kot kalau tak silap.
Sumber vitamin C |
Tapi, benarkah vitamin C beri kebaikan pada kita ? Itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Adakah itu hanya mitos semata ?
Setelah diGoogle untuk mencari kebenarannya, ini info yang berjaya diperoleh.
Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.
Fungsi Vitamin C untuk badan manusia:
Antioksidan – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
Meningkatkan fungsi metabolik tubuh – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
Mengelakkan ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL ).
Pembentukan dan pemeliharaan kolagen – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
Imuniti – meningkatkan imuniti
Serap zat besi dan meyingkirkan toksin – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh
1- Luka lambat sembuh
2- Gusi mudah luka dan berdarah
3- Kelesuan melampau
4- Sakit sendi
5- Mudah diserang selesema
6- Stress
7- Kulit kering
Menarik info ni
ReplyDeleteMenarik info ni
ReplyDeleteMenarik info ni
ReplyDeleteMenarik info ni
ReplyDeleteamboi..sampai 4 komen dia
ReplyDelete