Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap umat Islam |
Zakat Fitrah juga merupakan pelengkap objektif ramadhan iaitu Taqwa kepada Allah SWT. Kalau sebelum ini, umat Islam mengorbankan tidur, rehat dan sebagainya untuk bersama-sama beribadat kepada Allah . Tetapi kini ibadat itu hendaklah ditambah dengan pengorbanan wajib daripada harta sendiri.
"Di ambil daripada orang yang kaya kemudian diberikan kepada orang miskin dari kalangan mereka."Maksud kalangan mereka ialah dari kampung mereka, atau negeri mereka.
Zakat Fitrah merupakan tanda keprihatinan Umat Islam terhadap saudaranya seIslam. Walaupun jumlahnya kecil. Tetapi inilah tanda persaudaraan yang begitu suci.
Zakat Fitrah ini diwajibkan kepada semua umat Islam yang mampu tidak kira besar atau kecil, lelaki atau perempuan, yang sempurna atau cacat. Cuma kalau anak kecil, wanita (yang tidak bekerja) dan orang kurang upaya (yang tidak mampu bergerak) di wajibkan ke atas penjaganya samada suami atau bapanya.
Kalau seorang anak yang dilahirkan sebelum jatuh matahari ramadhan terakhir pun diwajibkan zakat.
Sabda Baginda SAW: “Allah SWT mewajibkan zakat fitrah pada Ramadan sebagai pembersihan terhadap kekurangan ibadat puasa. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya, maka zakatnya diterima. Jika terlewat, maka ia dikira sebagai amalan kebajikan dan sedekah jariah kerana memberi makan kepada fakir miskin.” (Riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas)Mazhab Imam Syafie berpendapat tempoh masa zakat fitrah diwajibkan ketika bermulanya hari pertama Ramadan sehingga tenggelamnya matahari pada petang akhir Ramadan atau sehingga pagi hari raya iaitu sebelum solat Aidilfitri.
Waktu yang terbaik adalah pada pagi hari raya kerana meraikan tujuan diwajibkan zakat fitrah iaitu berkongsi kegembiraan bersama fakir miskin di mana apabila diberi ketika hampirnya lebaran, maka sampailah matlamat zakat itu sendiri dengan meraikan fakir miskin.
Riwayat sahabat bernama Ibnu Umar, mereka telah melaksanakan zakat fitrah ketika mana hampirnya hari raya sehari atau dua hari. Walau bagaimanapun, pilihan terletak di tangan anda kerana ramai mengejar waktu terbaik akhirnya sehingga selesai solat hari raya.
Sebenarnya, tempoh masa yang panjang ini dapat memberi peluang kepada semua yang berpuasa supaya dapat mengambil peluang menyempurnakan kekurangan yang ada kepada ibadat puasa mereka.
Riwayat lain menyebut, Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya ibadat puasa akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah zakat fitrah dilaksanakan. Sesungguhnya ia menyempurnakan ibadat puasa disamping membantu fakir miskin.”
“Sesungguhnya orang yang berpuasa tidak akan terlepas daripada berlakunya pencemaran terhadap puasanya sama ada dengan perkara sia-sia, pertuturan seharian yang terkadang bersalut dusta, pandangan yang menghairahkan atau seumpamanya. Dan Allah menginginkan bahawa ibadat puasa kita sentiasa suci dan bersih seolah-olah kita berada pada suasana kehidupan di syurga. Apabila kamu diejek dan dipermainkan, maka jawablah, saya berpuasa.”
Sumber sepenuhnya 100% Original dan Authentic daripada : Arkibattakiri dan Ceritaeida
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini