Friday, August 23, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN PETAI

Petai

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk).

Sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu akan kebaikan petai. Kita benci akan petai kerana baunya lantas tidak pernah memikirkan apakah kebaikan yang tersirat di sebalik bau nya yang ehem- ehem itu.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tahukah anda bahawa bau busuk daripada petai itu terhasil daripada gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Antara kebaikan- kebaikan petai ialah:

1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.

2) Daun petai dapat merawat demam kuning.

3) Mengurangkan risiko penyakit strok.


4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.

5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.

6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.

7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.

Ingin Mendalami Ilmu Pertolongan Cemas Untuk Yang Tersayang?? Klik Sini !!

8) Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya

9) Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

10) Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Sumber : Wikipedia, Blackrosehunter.my, duniakongsi.net

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini