Pelik bin ajaib bin menganeh kan.. itulah perkataan yang terpacul dari mulut aku sewaktu aku terbaca tentang artikel ni media underground.. hehe.. ini adalah satu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh logik akal kita ni sebagai seorang yang tidak berpendidikan tinggi..
Jom baca apa yang aku nak kongsi dengan korang ni..
Para pengkaji telah menemukan cara baru untuk menentang malaria iaitu bau busuk stokin anda sendiri.. bau busuk tersebut dikatakan paling berkesan untuk memerangkap nyamuk masuk ke dalam perangkap, di mana mereka boleh diracuni dalam perangkap tersebut.. bau stokin tersebut 4 kali lebih kuat daripada bau badan manusia untuk menarik perhatian nyamuk..
So, lain kali apabila anda pergi berkhemah dalam hutan.. pastikan stokin anda yang busuk bangor tu dicampak jauh- jauh dari tempat tidur anda.. ini adalah langkah berjaga- jaga paling selamat.. heheh
Buat pengetahuan anda, nyamuk yang mampu memberi penyakit malaria ni menjadikan hutan sebagai habitat nya.. jadi tidak asinglah jika kita sering mendengar yang kebiasaan mereka yang diserang malaria ni biasanya mereka yang baru keluar dari hutan..
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini