Friday, July 15, 2011

SIAPA KATA KUMBANG TAK LAJU



Semua orang pasti kenal dengan sejenis serangga yang diberi nama KUMBANG kan.. kumbang ni memang tidak asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat di atas dunia ni kan.. oleh sebab kefemesan nya tidak ada tolok banding nya, kumbang seringkali dikomersialkan dalam apa jua acara dan bidang perniagaan.. jenama kumbang memang tidak sudah harus diperkenalkan lagi kerana memang cukup popular dengan kemunculan jenama- jenama seperti Lady Bird dan Volkswagen Beetle..



Kalau sesiapa yang masih belum tahu tentang apa itu Lady Bird.. meh sini aku nak cerita secara ringkas pasal Lady Bird ni..

sekadar gambar hiasan


Lady Bird ni adalah satu jenama pakaian yang cukup popular dalam kalangan kanak- kanak kecil yang cute mute.. boleh dikatakan hampir semua kanak- kanak pada zaman aku dulu mempunyai baju jenama Lady Bird.. hehe.. kalau sape2 yang tak de baju Lady Bird tu, diorang boleh la dikategorikan sebagai golongan yang ketinggalan zaman dan tak up to date dalam kalangan kanak- kanak cute dan perkasa.. hehe

Tapi.. aku bukan lah buat entri ni sebab aku nak cerita pasal baju Lady Bird ni.. entri ni aku buat khusus untuk Volkswagen Beetle yang cute tu..hihi

Volkswagen Beetle ni memang mempunyai sejarah yang tersendiri dalam masyarakat Malaysia.. ada macam- macam cerita yang boleh kita dengar dari mulut rakyat Malaysia tentang sebuah kereta yang bernama Volkswagen Beetle ni.. ada cerita yang sedap didengar dan juga takut untuk didengar.. so, dalam erti kata lain, Volkswagen Beetle ni memang popular la.. hehe

Baru- baru ni, Volkswagen telah mengumumkan yang diorang akan mengeluarkan sebuah kereta Volkswagen Beetle yang menampilkan ciri- ciri sporty ala- ala Volkswagen Golf.. kereta yang diberi nama sebagai Volkswagen Beetle R ini akan mempunyai kuasa pecutan yang mampu menandingi Volkswagen Golf..

Dikuasakan dengan enjin yang berkeupayaan mengeluarkan 199kW/ 266 bhp dan mampu menghasilkan torque sebanyak 258 foot pound..

Kereta ini mampu mencapai 0- 100 km/h dalam masa 7.5 saat sahaja.. jumlah penggunaan minyak bagi kereta ini pula dianggarkan sebanyak 7.7 liter untuk setiap 100 kilometer.. satu angka penjimatan yang bagus.. harga permulaan kereta ini adalah 27 ribu euro..




P/S : Volkswagen Beetle kaler kuning kat Karak tu lagi laju dari Ferrari.. heheh

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini