Monday, July 25, 2011
PROTON SAGA FLX DILANCAR HARI NI
Proton Saga FLX dilancar hari ini dengan harga serendah RM 45K.. ini adalah satu berita yang boleh dikatakan menggembirakan bagi peminat setia kereta Proton khusus nya model Saga.. sebelum ini, model Saga telah dikeluarkan dalam dua edisi iaitu Saga BLM dan Saga FL..
Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.
Dengan harga yang ditawarkan bawah daripada RM 45 000, edisi ini dijangka mampu mengukuhkan lagi kedudukan Proton di pasaran automotif tempatan dan model ini juga dilihat mampu untuk menggugat kewibawaan Perodua Myvi Lagi Best sebagai kereta buatan Malaysia pilihan rakyat negara kita.. sekiranya harga menjadi faktor utama pembelian kereta di Malaysia, sudah semestinya Saga FLX memiliki kelebihan berbanding Myvi Lagi Best..
Harga untuk Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.
FLX didatangkan dengan warna baru Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock
Sumber : arenakereta.com
Terbaik,tpi sya pun ada pkai saga fl auto dn sya pkai x smpai stahun power window buat hal tu msalah dia tpi klau kt highway blh cecah 170km
ReplyDeleteTerbaik,tpi sya pun ada pkai saga fl auto dn sya pkai x smpai stahun power window buat hal tu msalah dia tpi klau kt highway blh cecah 170km
ReplyDelete