Thursday, July 14, 2011

LUKA MODRIC SUDAH HILANG SABAR



Desas- desus mengenai perpindahan Luka Modric ke Chelsea semakin mendapat nafas baru.. terbaru, Luka Modric dikatakan telah membuat keputusan yang cukup besar apabila telah membuat permohonan secara bertulis untuk berhijrah ke Chelsea..

Modric dikatakan sudah hilang sabar dengan pengerusi Tottenham Hotspur iaitu Daniel Levy yang dikatakan enggan berbincang tentang sebarang bentuk perpindahan nya ke Chelsea..

Chelsea telah menawarkan sebanyak 27 juta pound untuk mendapatkan khidmat Modric dan bersedia menawarkan gaji sebanyak 150 ribu pound seminggu iaitu peningkatan hampir empat kali ganda daripada gaji semasa Modric di Tottenham..



Pada awal nya, Modric dikatakan tidak akan membuat permohonan untuk berhijrah kerana ia nya satu perbuatan yang tidak begitu menghormatkan dan dia percaya yang dia mampu berbincang dengan Tottenham untuk melepaskan nya..

Oleh kerana keangkuhan Daniel Levy, Modric akhirnya telah menetapkan bahawa dia telah nekad untuk membuat permohonan untuk berhijrah ke Chelsea..

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini