Saturday, July 16, 2011

KALAU NAK BEG ENGKAU SELAMAT, BAK SINI RM 10 !!

Kos sara hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur memang tinggi dan boleh dikatakan setinggi menara pencakar langit KLCC..

Cuba bayangkan jikalau korang perlu mengeluarkan RM 10 bagi menyimpan beg anda di KL Sentral.. itu adalah harga minimum yang ditawarkan kepada anda jika anda mahu menyimpan beg ataupun barangan anda ke dalam loker- loker yang disediakan di situ..



Memang mencekik darah betol.. kalau x nak bayar kan, tak tahu pulak kat mana nak simpan barang.. fikir punya fikir, akhirnya aku mengalah jua dengan perkhidmatan menyimpan beg tersebut..

Kat bawah ni ada sedikit dialog antara aku dengan macha penjaga kunci loker..


Aku : Macha.. mau simpan beg la..

Macha : RM 10 paling rendah..

Aku : Mak oi.. mahal nya.. takpe la kalau macam tu..

Setelah beberapa ketika...

Aku : Macha....

Macha : Sudah mau simpan ka ??

Aku : Yela.. sekarang sudah mahal ea.. dulu RM 5 je rasanya..

Macha : Sekarang semua sudah naik.. hehe

Haiiii.. apa la nak jadi sekarang ni kan.. semua benda nak naik harga.. tak kira la benda tu dalam bentuk perkhidmatan ataupun barangan yang di jual di pasaran.. takkan lah kerajaan kita yang dikatakan mendahulukan rakyat ni nak tengok saja je perkara ni.. cubalah cari jalan penyelesaian sikit tentang isu kenaikan harga ni.. kesian la dekat anak- anak muda macam aku ni wahai PM Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini