Friday, June 17, 2011

SPESIFIKASI MYVI 2011

Spesifikasi Myvi 2011 yang baharu..



Entri ni aku buat khas untuk membe aku yang bernama Harpis Band yang memang dah kemaruk sangat dah dengan Myvi baru ni..

So, sila la layan entri untuk mu ni Harpis Band weh.. hehe



Terdapat beberapa perbezaan di antara varian Standard, Premium dan Elegance. Kesemua varian dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun varian Standard tidak dilengkapi ABS, EBD dan BA seperti mana yang terdapat pada varian Premium dan Elegance. Varian Elegance dengan harga mencecah RM57,908.00 mendapat spesifikasi paling lengkap, antaranya tambahan kit badan penuh, panel skrin sesentuh 6 inci dengan sistem GPS dan kusyen kulit.





Varian Standard yang berharga antara RM44,426.00 sehingga RM48,326.00 tidak dilengkapi rim aloi, sebaliknya menggunakan rim besi yang ditutup menggunakan penutup plastik (wheel cap). Berbanding spesifikasi di bahagian eksterior dan interior, Perodua Myvi baharu masih menggunakan enjin lama K3-VE, DOHC 16 Valve dengan DVVT bersesaran 1.3 liter. Versi 1.5 liter yang akan dilancarkan hujung tahun ini menggunakan enjin sama yang kini dimiliki MPV Perodua Alza.



Kredit penuh kepada ArenaKereta.com

P/S: Klik gambar untuk lebih jelas

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini