Aku rasa DAJAL lah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan manusia yang macam ni.. kita tak boleh kata manusia jahat macam atau berperangai teruk macam binatang dah sebab binatang pon tau sayang akan anak dia dan tak akan mudah- mudah untuk mencederakan anaknya apatah lagi mencabut nyawa anak nya sendiri..
Entri ni aku buat untuk menyatakan kekesalan, kemarahan, ketidakpuasan hati serta kebengangan yang ada dalam kepala otak kecil aku terhadap perbuatan- perbuatan manusia DAJAL ni yang sekarang ni memang dah ramai yang mempunyai kuasa untuk mencabut nyawa manusia lain..
Apabila aku menyebut tentang manusia.. ia bukanlah sekadar berkisar kepada golongan yang berumur 21 tahun ke atas dan kebawah.. aku bercakap tentang sesuatu makhluk yang diciptakan daripada tanah liat oleh Allah S.W.T.. so tak kira lah dia tu bayi ke, OKU ke, warga emas ke.. diorang tetap makhluk yang dipanggil manusia..
Aku memang sedih bercampur bengang serta marah apabila setiap surat khabar keluaran Malaysia mesti ada terselit kisah tentang kes pembuangan bayi menurut bahasa akhbar.. tapi bagi aku, ianya lebih sesuai diklasifikasikan sebagai " KES BUNUH BAYI ".. x usah lagi akhbar- akhbar yang ada kat Malaysia untuk bersifat defensive terhadap isu- isu sebegini..
Semalam, aku ada terbaca dalam sebuah akhbar tentang kes pembunuhan bayi yang paling brutal dan tanpa perasaan abad ini barangkali.. menurut akhbar tersebut, seorang bayi telah ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati dengan kepala nya yang hancur berkecai.. bayi tersebut dipercayai telah dicampak oleh " seekor " makhluk dari tingkat lima sebuah pangsapuri..
Adakah seseorang yang melakukan perkara tersebut masih layak kita panggil dia manusia ??
Kalau sebelum ni kita dengar kes- kes yang campak bayi kat tong sampah dengan dalam sungai je kan.. tapi ni pon kes campak jugak.. tapi campak dari pangsapuri tu.. bukan sebarang campak ni.. tergamak betol kan manusia yang mengandungkan bayi tersebut buat macam tu..
Dia tak fikir ke pasal derita dia duk mengandungkan bayi tu selama ni ?? susah payah duk kandung selama berbulan- bulan ?? lahir je terus bunuh.. ermm
Mungkin diorang ingat bunuh bayi ni hukum dia x sama dengan manusia biasa kot sebab bayi ni masih kecik.. x tau pape lagi kot.. sebab tu lah diorang ni tak kisah kalau setakat nak bunuh bayi ni..
Semua kes bunuh bayi ni gara- gara banyak yang berlaku daripada perbuatan " SEKS LUAR PERKAHWINAN SECARA SUKARELA ".. jarang rasanya kita dengar kes buang bayi ni akibat kena rogol.. betol tak..
Aku rasa satu je cara nak menghapuskan DAJAL- DAJAL yang suka bunuh bayi kat Malaysia ni.. kita kena sedaya upaya membendung gejala seks luar perkahwinan secara sukarela ni habis- habisan.. laksanakan hukum hudud..
Itu yang terbaik..
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini