Saturday, June 25, 2011

FOTO LUCAH DALAM SURAH YASIN !!!

Mengucap panjang dahulu yer.. makin teruk dah ni.. sangat- sangat dan teramatlah teruk.. apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni.. tak takut kena laknat dengan Allah S.W.T ke ??

Kenapa la boleh jadi macam ni.. ingat perkara ni boleh buat main- main ke.. punah ranah dah akhlak masyarakat kita sekarang ni..
 
Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang.

"Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Yusuff berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid.

Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara itu, petang semalam.

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini