Tuesday, May 31, 2011

MAKANAN SAMA, KEDAI SAMA TAPI HARGA LAIN- LAIN

Korang pernah tak mengalami situasi seperti yang bakal diceritakan di bawah ni.. kalau pernah, sila kongsi pengalaman anda dengan jayanya kat sini ya.. hehe

Gambar sekadar hiasan


Aku dah banyak kali dah rasa dan lalui sendiri perkara ni.. tak tau lah nak kata sama ada nasib aku ni malang atau bertuah.. kadang- kadang aku dapat sesuatu tu dengan harga murah.. kadang- kadang aku dapat dengan harga yang tak berapa nak murah atau dalam bahasa sastera nya lebih mahal atau lebih menguntungkan kepada para peniaga.. hehe

Ni aku nak cerita pasal pengalaman yang aku lalui setiap kali aku nak makan tengahari atau pun dekat USA ianya lebih glamour dengan panggilan lunch.. menu kegemaran aku sebagai seorang bujang yang pendapatan bulanan tak sampai RM 1000 sebagai student lagi ni adalah Nasi Putih Lauk Ayam.. ni lah menu yang aku duk bedal masukkan ke dalam perut aku ni..



Ok lah tu kan.. boleh jugak la nak bagi kenyang walaupun hanya makan nasi lauk ayam je kan.. aku memang jarang amik side dishes untuk menu makanan aku ni.. contoh nya sayur.. bukannya aku tak suka makan sayur.. tapi aku tak amik sayur sebab nak jimat.. hehe.. kalau amik sayur bukan nya free.. kalau kena cas 50 sen je aku tak  kisah.. tapi kalau dah sampai RM 1.. membazir tu.. hehe.. lebih baik untuk makan nasi dengan ayam je la.. hehe

Apa yang aku nak cerita pasal menu lunch aku dengan tajuk entri ni adalah pasal harga.. totally pasal harga.. tak de benda lain dah..

Ada satu kedai kat tempat tinggal aku yang mewah ni.. ni lah satu- satu nya kedai yang ada menyediakan makanan untuk makan tengahari kat tempat ni yang boleh aku pergi tanpa mengeluarkan peluh kerana jarak nya yang tersangat lah dekat dengan rumah aku ni.. walaupun lauk yang disediakan tak banyak, tapi aku tak kisah sebab aku makan ayam goreng dengan nasi putih je.. so, cukup lah bagi aku kan..

Tapi aku kadang- kadang pelik dengan harga yang dikenakan kat atas menu aku ni.. kadang- kadang aku kena cas RM 4.50 sekali dengan air Teh O Ais.. kadang- kadang lagi, aku kena cas RM 5.50 pulak.. pening aku dibuat nya.. aku tak tau lah mana satu harga yang betul..

Ada sekali tu, aku makan sekali dengan membe aku.. menu yang memang 100% sama.. tapi harga yang dicas boleh lain la pulak.. membe aku dia cas RM 5.40 tapi aku dia cas RM 5.50 pulak.. komfius pemikiran otak remaja aku dibuat nya.. heheh

Tapi aku tak kisah dia nak cas berapa.. selagi harga dia munasabah dengan apa yang aku makan.. aku tak kisah kena bayar berapa.. tapi kalau harga nya memang mencekik darah, aku pon rasa macam nak cekik tuan kedai tu.. hehe.. apa- apa pon, jangan lah jadi macam aku yer.. aku ni kedekut sikit bab makanan ni.. hehe

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini