Saturday, April 02, 2011
WALAUPUN AKU NAIK KAPCAI, TAPI AKU GUNA RON97 !!
PEMBERITAHUAN : Minyak RON 97 telah naik sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi..
Bongok !!
Baru je hari tu minyak ni naik.. ni dah naik pulak.. belum pon sampai 6 bulan lagi.. apa la jenis kerajaan yang memerintah Malaysia ni.. tahu nak buat seksa rakyat je.. huh!!
Menurut kerajaan, minyak ni hanya digunakan oleh kenderaan yang berprestasi tinggi sahaja.. ewah2.. cakap ikut sedap mulut je kan.. dia ada pergi check ke kat stesen minyak tu dan tengok siapa yang isi minyak ni ?? memang la 80 % pengguna minyak ni adalah geng- geng kereta mewah, tapi macam mana pulak dengan baki 20 % yang menggunakan kenderaan biasa tetapi memilih RON97 sebagai minyak kenderaan mereka ?? kerajaan pernah fikir tak ni..
Menurut jurucakap kepada kepada kerajaan yang kaya ni, harga minyak ni naik sebab krisis pergolakan yang berlaku di Timur Tengah.. o.. macam tu.. habis masa diorang ni aman damai dulu, kenapa minyak ni naik jugak.. tak faham aku dengan alasan yang ko bagi.. huh!!
Ini adalah kali kelima harga minyak ni naik sejak ia diapungkan mengikut harga pasaran dan kali kedua ia naik pada tahun ni selepas ia naik pada 31 Januari yang lalu.. em, kalau setiap 3 bulan naik 20 sen.. mampos la rakyat yang tak berkemampuan macam aku ni yang inginkan prestasi tinggi untuk kenderaan kitorang.. ehm..
So, lepas ni memang susah la nak merasa mengisi petrol RON97 di stesen minyak.. hampeh punya kerajaan.. tau nak melanyak rakyat jer.. adoooyaaaaii~~
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini