Saturday, April 02, 2011
PEREMPUAN BERTUDUNG LITUP HISAP SHISHA.. APA PANDANGAN KORANG ??
Bertenang Fakhurudin Rosli.. perkara macam ni standard r kat Kl ni.. chill bro..
Kenapa Fakhurudin Rosli perlu bertenang ?? sebab, tadi dia ada nampak perempuan bertudung litup hisap shisha.. tu yang fikiran dia sedikit blur dan mereng sikit sekarang ni..
Tadi, masa dia lepak kat medan selera Kelana Jaya ni.. dia ada la nampak dua orang perempuan bertudung litup berjalan dengan penuh keayuan menuju ke meja makan bersebelahan dengan meja dia ni.. oleh kerana Fakhurudin Rosli ni lelaki normal, dia pon curi- curi tengok la perempuan dua orang tu.. alah bro, normal r kalau lelaki tengok perempuan kan.. perempuan memang dah diciptakan untuk lelaki kan.. hehe
Perempuan dua orang ni duduk satu meja dengan seorang lelaki yang memang dah lama tepacak kat meja tu.. pada pandangan insan budiman seperti Fakhurudin Rosli ni, mungkin lelaki tu adalah kawan diorang..
Macam biasa, dah datang medan selera mesti r nak kena order makanan kan.. kalau xmo makan pon, kurang- kurang order la air kan.. hehe
Tiba- tiba !!!!
Datang la brother yang menyediakan perkhidmatan shisha dengan membawa botol shisha ke meja diorang..
Mula- mula Fakhurudin Rosli ingat yang lelaki ni memang power sebab nak hisap shisha sorang- sorang.. memang perkasa betol mamat ni.. hehe
Sekali tu, lepas mamat ni hisap.. dia boleh passing plak tube shisha tu kat dua wanita bertudung litup ni.. perrghh !!! bagai nak runtuh jantung Fakhurudin Rosli menyaksikan kejadian ni.. kali pertama dalam sejarah hidup Fakhurudin Rosli menyaksikan perkara sebegini rupa..
Apa sudah jadi dengan wanita sekarang ??
Kalau yang seksi- seksi dan free hair tu hisap shisha, aku tak kisah sangat la kan.. ni yang pakai tudung pon nak isap shisha.. adooii..
Beringat la sikit wei.. awak tu pakai tudung.. so, jangan la nak rosakkan imej wanita bertudung dengan perangai buruk awak tu.. sakit tau mata- mata lelaki budiman macam Fakhurudin Rosli memandangnya.. adooooyaaaaii..
Apa pandangan korang tentang perkara ni ??? share kat comment yer..
salam, bagi sy benda ni perkara biasa, tapi bukan sebab dekat kl.. Sy sendri seorg yg bertudung dan sy pernah hisap shisha ni.. dari pengalaman sy waktu sy dibesarkan di negara arab iaitu syria.. sy selalu tgk org perempuan arab sane hisap shisha di kalangan public dan itu perkara biasa bagi diorg.. sy juga mengaggap ini perkara biasa.. sbb keluarga sy dulu bile buat gathering ramai2 di rumah kami akan menyediakan shisha skali.. tapi yg lebih mngejutkan, wanita yg xbertudung mahupun yg bertudung menghisap rokok juga di negara sana.. bila sy balik malaysia, sy teringin lepak di kedai shisha, jadi sy tanya sorg kwn laki sy pndangn org malaysia bila perempuan menghisap shisha di public. jadi, skrg baru sy tau.. bnde ni agak menjengkelkan di negara kita ni..
ReplyDelete