sekadar gambar hiasan.. |
Ini adalah peringatan serta nasihat kepada seluruh kedai makan yang ada kat dalam dunia ni yang boleh faham penulisan aku ni.. ini bukanlah satu sindiran kepada anda semua tapi lebih kepada nasihat daripada seorang pelanggan yang kebuluran dan sedang mencari makanan di satu kedai tapi telah dikecewakan dengan jayanya oleh kedai tersebut..
Kisah ini bermula di satu petang yang panas terik tanpa kelibat segumpal awan pon di langit biru..
Tadi aku telah keluar menaiki kapcai ku dengan niat di hati yang tulus murni ini ingin mencari sesuap nasi bagi mengisi kekosongan perut aku yang minta diisi sejak dari subuh hening lagi..
Aku telah singgah di sebuah kedai yang cukup familiar dengan aku ni sejak aku mula mengenal erti kehidupan di bandar metropolitan Kuala Lumpur ni.. di situlah aku banyak menghabiskan sisa- sisa remaja ku bersama teman- teman seangkatan tak kira tua atau muda.. sudah banyak keuntungan yang telah aku sumbangkan kepada kedai tersebut melalui sumber duit poket ku yang tidak lah sebanyak mana itu..
Aku memang kelaparan yang amat tadi sehinggakan setiap langkah kaki ku terasa berada di awang- awangan.. aku sudah tetapkan tekad di dalam hati ku yang aku ingin makan nasi goreng cina di kedai tersebut.. sudah lama aku tidak menjamah nasi goreng di kedai tersebut..
Kenapa aku menanam tekad yang mungkin mustahil untuk dipenuhi di waktu tengahari begini ?? aku berani bertekad kerana kedai tersebut telah menabur janji- janji manis nya kepada pelanggan nya nya dihargai dan dihormati.. janji nya berbunyi begini.. baca dan fahami..
" Kepada pelanggan yang dihargai dan dihormati.. restoran kami ada menyediakan masakan panas pada waktu tengahari.. "
Melalui janji itulah aku telah menanam impian sebesar benih jagung untuk makan nasi goreng cina pada tengahari ini.. bukan setakat janji itu sahaja.. sebelum ini juga, aku telah melihat keriangan pelanggan- pelanggan terdahulu apabila mereka telah dihidangkan dengan bermacam nasi goreng yang diorder di kedai tersebut.. oleh sebab itulah aku ingin merasakan keriangan nya pada hari ni.. tidak salah niat ku ini kan ??
Tetapi aku benar- benar kecewa dan merasakan yang impian aku ini telah dipijak dan dicarik- carik oleh waiter tersebut yang berkata sebegini.. " Tengahari macam ni mana ada masakan panas dik .. ".. rasional kah dia menjawab begitu kepada ku setelah terpampang apa yang dijanjikan kedai tersebut di dinding kedai nya yang berwarna pink itu.. huh.. aku sungguh hampa..
Aku terfikir.. kenapa menabur janji manis jika tak mampu mengotakannya ?? kerana janji manismu itulah perut aku dipenuhi dengan angin- angin sehingga aku tak mampu untuk menahan sendawa dan kentut ku dek kerana angin terlalu banyak berkumpul di dalam perut yang kosong ini..
Akhir kata.. aku ingin bertanya kepada pembaca semua.. pernah tak korang dikecewakan di kedai makan atau pun restoran ??
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini