Sunday, February 06, 2011

Muka korang memang muka pecah pintu bila...

Korang pernah dengar tak istilah pecah pintu ni.. emm, bagi yang tak pernah dengar, meh sini aku nak bagitau definisi muka pecah pintu ni mengikut istilah kamus dewan edisi ke-6.. muka pecah pintu bolehlah ditafsirkan sebagai muka yang kurang cantik, hodoh dan menggerunkan.. heheh

Sebenarnya, muka korang bukan dari azali mempunyai muka pecah pintu.. tetapi ia berubah mengikut situasi semasa..

Muka korang memang muka pecah pintu bila...



... budak- budak atau anak- anak kecil termasuk anak anda dan anak kepada jiran anda menangis bila tengok je muka korang..


... korang pakai la smart mana pon, sembur minyak wangi berdozen- dozen tapi bila awek pandang takde sorang pon yang akan terpikat dengan cinta pandang pertama terhadap korang.. sadis betol..


... korang mempunyai sijil, diploma, ijazah, master dan phd tapi bilamana korang pergi interview kerja, korang komfem menjadi calon pertama yang akan direject yakni dihalau pak gard..


... korang lalu kat kawasan yang banyak anjing tetapi anjing pulak yang menyembunyikan diri bila nampak korang.. aik, pelik tu..


... korang mempunyai kelulusan yang melayakkan korang bekerja sebagai kerani ataupun ejen pemasaran, tetapi tempat kerja korang hanya menawarkan jawatan sebagai security ataupun bodyguard je kepada korang..


... orang akan tetap tuduh korang mencuri walaupun pada hakikatnya bukan korang yang mencuri ataupun jadi pencuri..


... tak tau nak sorokkan muka kat mana bila ada orang tegur korang menyatakan yang zip seluar kamu terbuka..

so, korang ada tak ciri- ciri seperti diatas??.. hehe

5 comments:

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini