Monday, February 21, 2011

GULLIVER MEMANG BOOSH.. YEAH!!

Fuhh.. kebas rasa punggung ni.. hehe.. bersila lama sangat depan laptop ni.. keh3.. kenapa bersila lama2?? sebab tengok movie.. hehe..

Baru je lepas tengok wayang tak berbayar dalam bilik ni.. sorang2 je layan wayang free.. tajuk wayang untuk hari ni.. The Gulliver's Travel.. perghh.. mantap jugak la citer dia.. boleh buat usus perut mengembang. hehe

Ni adalah filem terbaru lakonan orang gila Hollywood.. Jack Black.. filem dia memang sempoi.. layan kot tengok Jack Sparow Black ni berlakon.. heheh..



Kisah ni memang lucu giler.. lawak tahap gaban dah ni.. hehe.. tengok muka dia pon dah nak gelak.. keh3.. citer ni pasal seorang pekerja kat ofis.. walaupun kerja kat ofis, tapi kerja dia just hantar surat je.. lebih kurang macam ofis boy la.. dia ni minat kat sorang awek kat tempat kerja dia tu.. nama awek tu Darcy.. lama kot minat kat awek ni..

So, pada satu hari ni.. Gulliver ni bercadang nak pergi holiday.. bukan calang2 tempat dia nak pergi tau.. dia nak pergi Bermuda Triangle.. hehe

Masa on the way nak pergi sana.. bencana alam ni melanda kapal Gulliver tu.. nama kapal aku dah tak ingat.. susah sangat nak sebut.. hehe.. so, terdampar la Gulliver ni kat satu pulau bernama Lilliput.. manusia kat sana ni pelik2 tau.. semua nya orang kerdil.. hehe

Gulliver ni awal2 nya ditangkap oleh rakyat pulau tu.. tapi selepas dia tunjuk cket aksi heroic menyelamatkan raja pulau tu dengan air kencing.. terus dia jadi hero.. hehe.. so, happyla hidup dia kat sana..

Tapi.. oleh kerana terlalu happy..  Gulliver ni telah terlalu banyak berseronok.. dia telah mengabaikan segalanya.. hidup nak happy je.. askar kat pulau tu pon dia suruh jadi tukang urut.. mengarut gila si Gulliver ni.. oleh kerana terlalu enjoy.. sistem pertahanan pulau tu pon jadi teramatlah rapuh.. dah macam gula2 kapas..

So, sekali kena serang.. habis semua ditawan.. masa ni la segala temberang Gulliver terbongkar.. dia telah menipu seluruh penduduk pulau tu dengan mengatakan dia hero.. kecewa gila kot rakyat pulau tu masa tu..

Kalau korang tengok habis citer ni.. banyak pengajaran yang korang boleh dapat.. meh sini aku nak list apa yang aku dapat dari citer ni..
  • Hidup ni jadilah diri sendiri.. x payah nak reka cerita bagitau kat orang len yang kiter ni hebat
  • Jangan pentingkan darjat dalam perhubungan.. tak kira persahabatan atau percintaan..
  • Kalau kita kuat, jangan nak tunjuk eksyen sangat.. ada lagi yang lebih kuat dari kita
  • Berani mintak maaf kalau dah buat salah..
  • Tak ada pekerjaan yang hina kat dunia ni.. semua boleh bagi rezeki kalau buat dengan betol
  • Korang kena berani luahkan cinta korang.. cewaaahh
So, kalau korang nak tau macam mana ending dia.. korang kena tengok sendiri.. aku malas nak citer,.. haha

3 comments:

  1. tengok kat wayng tu hari...mmg best giler kot..lawak

    ReplyDelete
  2. ari 2 pn tengok kt wayang..
    berbaloi bayar mahal2 untuk 3D..cerita dia memang best.
    dress yg princess 2 pki pn cantik2..(tiba2 je cite psl dress)~

    ReplyDelete
  3. best nyee...dl kt ne tuh??

    jemput ke rumah...
    http://laydie-dda.blogspot.com

    keep in touch ye..

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini