Wednesday, February 23, 2011

Awan ini telah melepasi paras berjaga- jaga !!


Amaran dari Jabatan Kaji Cuaca.. ribut besar mungkin melanda seluruh Malaysia tidak lama lagi..

Menurut ramalan dari pihak Jabatan Kaji Cuaca.. satu gumpalan awan besar sedang bergerak dengan kelajuan 505 knot sejam.. awan ini bukanlah awan nano sepetimana diperkatakan oleh Hafiz AF7 mahupun awan komulonimbus yang anda semua belajar sewaktu mata pelajaran Geografi menengah rendah dahulu..

Awan ini telah dikesan sekitar bulan May tahun lepas.. disebabkan ancaman nya tidak jelas pada waktu itu, ramai pihak telah tidak mengendahkan kehadiran nya.. ramai yang menganggapnya sebagai satu fenomena alam yang normal sahaja..



Ini adalah kejadian pertama seumpamanya dalam tempoh 1000 tahun ataupun satu milenium dalam istilah orang Amerika.. oleh kerana penulis seorang warganegara Malaysia, penulis lebih selesa menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan.. jadi, jangan mengada- ngada nak suruh penulis tulis dalam bahasa Amerika.. " saya berbunyi bodoh jika saya bercakap dalam bahasa Amerika ".. dipetik dan diolah daripada kata- kata Sharifah Amani..

Awan ini mula bergerak dari pantai timur menuju ke pantai barat.. awan ini juga didapati lebih aktif pada waktu malam berbanding waktu pejabat.. hal ini telah membiolkan ramai saintis- saintis muda.. tidak ada penjelasan khusus tentang ciri- ciri dan tabiat serta feeiil awan ini..

Setakat hari ni.. awan ini yang membawa ribut bersamanya telah mula menyerang negeri- negeri seperti benashaari.com, izamirridzwan.com dan banyak lagi la.. banyak kerosakan dan kekacauan telah berlaku akibat serangan awan merbahaya dan nakal ni..

Kepada semua rakyat negara blog.. anda semua diingatkan supaya berhati- hati dengan kemunculan awan yang diberi nama kod sebagai Cloud9 ini kerana ia bakal menyerang dan memusnahkan harta benda kesayangan anda semua.. sediakan payung sebelum hujan..

Heheheheh...

Entri ni adalah entri penghargaan kepada semua pengikut Cloud9 yang telah berjaya menjadikan follower Cloud9 mencecah angka 505.. telah melebihi paras 500.. ni yang buat aku happy ni.. terima kasih semua.. muaaaahhhxxx!!!!

16 comments:

  1. kahkahkahkaha!!ingat kan betul tadi...XD

    http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2011/02/ben-ashaari-kejam.html

    ReplyDelete
  2. huhu..suke mkn cloud9..nyum3...
    heeee

    ReplyDelete
  3. hahaha... aku ingat awan ape tadi.. folower cloud9 sama ngan cacing punya... heee.... congrat bro!

    ReplyDelete
  4. hahaha gila cuak okayyy baca entry nih !!
    ingat ribut betul . wahaha
    rupaya cloud 9 . haha

    ReplyDelete
  5. ceyh ! punye r bace ngn penuh khusyuk ! dah cuak2 je td kan -.-"

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana buat ibu pun cuak & takut ibu abadikan n3 ni untuk pomot blog Cloud9 ni k?

    http://kasih-ibu-arif.blogspot.com/2011/02/n3-pendek-berita-dari-cloud9.html

    ReplyDelete
  7. best entry ni.... nak naik awan terbang ! hehehe =)

    ReplyDelete
  8. adeii...punye la tekun bace rupenye cloud9..adeiii[-_-"]..hahahaah

    ReplyDelete
  9. adoii..ingtkan awan betul la td..ishk..

    ReplyDelete
  10. ceyttt aku ingat ape la tadi.. hahah btw, congrats cloud 9!!

    ReplyDelete
  11. ces,ngatkan betol tadi
    tetibe serang blog,ape-ke-jadahnye

    hahhah,tahniah :P

    ReplyDelete

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini