Saturday, January 22, 2011

Panduan kesihatan komputer

Hehhehe.. hari ni nak start guna kata ganti nama diri pain la pulak.. sebutan dia macam orang putih.. bukan PA- IN ok.. hehe.. rasa macam aku tu kasar sangat.. hehe

Oleh kerana hari ni merupakan hari kekeringan idea.. ni je la yang pain boleh kongsi dengan anda semua.. sori ye kalau korang dah search benda ni kat google.. hehe

Hari ni nak share tentang panduan dalam menjaga kesihatan komputer.. jom kita baca apa panduan nye..





1. Gunakan Antivirus

Ada macam- macam jenis anti virus kat atas muka bumi yang fana ni.. dan terdapat macam- macam cara jugak lah untuk korang dapat kan antivirus ni.. ada yang original.. ada jugak yang cetak rompak.. kalau pain, pain pakai yang cetak rompak je.. tu pon download kat torrent.. hehe.. antivirus ni kalau boleh, scan la seminggu sekali.. kalau rajin, hari- hari pon  tak pe.. yang penting korang kena scan.. kalau tak scan.. trojan tu boleh buat sarang dalam laptop korang.. bahaya tu..

2. Bateri

Untuk PC memang tak ada bateri ni.. ni khas untuk pengguna laptop tegar macam pain ni.. hehe.. korang biasa nya kalau pakai laptop, pakai bateri tak?? kalau pakai seelok- elok nya hentikan perbuatan macam tu.. kenapa?? sebab kalau penggunaan korang melebih 3- 4 jam, bateri akan hilang keupayaan untuk menyimpan tenaga.. so, kalau main laptop, cuba gunakan adaptor sahaja.. sayangi lah bateri laptop anda.. kalau nak beli baru, bateri tu mahal.. hehe

3. Papan kekunci/ keyboard

Keyboard ni perkara paling penting bagi seorang novelis.. hehe.. korang boleh gunakan pelapik keyboard yang banyak terdapat di pasaran sekarang ni.. benda ni penting bagi mengelakkan keyboard korang dimasuki habuk- habuk jahat..

4. ON/ OFF

Janganlah korang duk kerap sangat on dan off komputer tu.. kesian kat PC korang.. kejap2 on.. pastu off balik. kalau korang tak mau guna pon.. hibernate saja PC tu.. itu langkah paling selamat.. jangan dera laptop anda.. pesanan daripada kementerian multimedia dan komunikasi.. hehe

5. Persekitaran

PC juga seperti manusia.. perlukan belaian yang manja dan suasana yang kondusif serta selesa untuk bekerja.. seelok- elok nya, simpan PC anda di tempat yang redup,teduh serta kalau rumah anda ada pendingin hawa, simpan kat situ je.. lagi senang.. sudah tentu PC anda akan berasa selesa yang amat.. performance nya pasti meningkat.. hehe.. jangan suka sangat gegarkan laptop anda.. takut- takut ada komponen kecil yang akan rosak.. elakkan membawa makanan atau minuman sewaktu menggunakan PC.. takut tertumpah je.. habis punah jahanam PC anda..

6. Magnet

Magnet a.k.a besi berani adalah musuh dalam selimut PC.. magnet mampu merosakkan sistem elektronik PC anda.. so, jauhkanlah speaker box, handphone serta pelbagai benda lagi yang ada magnet dari PC anda.. sayangi nyawa PC anda.. magnet ni jugak mapu merosakkan floppy disk PC..

7. Habuk

Habuk- habuk jahat adalah musuh PC paling halus.. mereka ni mampu memasuki HDD tanpa kita sedari.. so, cuba korang selalu bersihkan PC korang supaya tidak berhabuk.. jangan guna vacum rumah pulak untuk bersihkan habuk dari PC.. jahanam PC tu nanti.. hehe

8. Gunakan partition

Selalu lah perbanyakkan partition HDD anda.. sebagai contoh, gunakan 2 partition.. C untuk buat kerja dan D untuk store file- file anda.. nanti kalau format, file- file anda tu masih selamat.. tak lah anda menangis sepanjang hari kerana kehilangan gambar pakwe/ makwe yang disimpan dalam PC.. hehe..

9. Gunakan C cleaner

Benda ni walaupun nampak remeh, tapi penting bagi meningkatkan lagi performance laptop anda.. C ni biasanya akan menyimpan segala history anda.. perkara- perkara macam ni kadang kala akan menjejaskan performance PC anda.. lakukanlah C cleaner 2 minggu sekali.. itu yang terbaik.. keh3..

Amacam dengan tips kat atas.. boleh pakai tak?? hehe.. tu adalah usaha murni daripada pain untuk membantu sahabat- sahabat sekalian.. kalau ada lagi tips lain, boleh lah berkongsi kat sini.. jagan kedekut ilmu, nanti Allah marah.. hehe

Sekian, terima kasih..

2 comments:

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini