Eh2.. pa yang menang bergaya kalah bermaruah pulak ni.. kalau dah menang, menang la.. dari mana la datang bergaya nya.. kalau kalah pon sama jugak.. huhu
Sebenarnya.. aku nak sembang pasal bola cket ni.. tadi aku pergi tengok bola dengan membe aku kat kedai.. kitorang tengok semi final piala asia antara Korea Selatan dan Jepun..
Memang mantap r match tadi beb.. dua- dua sama kuat.. masing- masing tak nak mengalah.. Jepun dengan semangat Blue Samurai nya dan Korea pulak dengan semangat harimau..
Game tadi berkesudahan dengan Jepun menewaskan Korea melalui sepakan penalti.. 3- 0.. mula2 game tu seri 2-2.. so, terpaksa buat sepakan penalti la untuk pilih pemenang..
Aku sebenarnya tak sempat nak tengok gol pertama sebab pergi pasar malam tadi... hehe.. pasar malam kat tempat aku ni hari selasa..
Korea score dulu gol pertama.. gol ni hasil daripada sepakan penalti.. lepas tu Jepun balas balik.. ni gol padang pulak.. so, masa first half, dua- dua team ni score 1 je..
Masa second half pulak, xde gol.. so, game ni dibawak ke extra time.. masa extra time ni, jepun score dulu.. penalti.. tapi kalau ikutkan mata kasar aku ni, penalti tu sepatutnya tak dapat sebab player Jepun dijatuhkan di luar kotak penalti.. tapi nak buat macam mana, linesman dengan pengadil mata rabun agak nya.. heheh.. sepakan penalti yang diambil oleh Keisuke Honda tak gol tapi pemain Jepun punya reaksi memang cepat giler.. laju je dia sambar bola yang ditepis keeper Korea tu untuk buat gol..
Game ade 30 saat je lagi, tiba- tiba Korea Selatan pulak score pada minit ke 119,30 saat.. memang dahsyat la beb.. sungguh tak disangka- sangka.. terkejut semua player Jepun..
Masa sepakan penalti ni.. semua pemain Korea dah tak larat agak nya.. 3 sepakan penalti yang diambil tak gol.. Jepun pulak 1 je tak gol.. keeper Jepun memang mantap giler..
Tapi, tahniah buat Korea Selatan dan Jepun kerana mempamerkan mutu permainan yang hebat.. tak sia- sia aku habiskan RM 1.20 untuk teh tarik kat kedai tadi.. hehe
hahahaha..teh tarik yang penting sebanarnya
ReplyDeletesob2 nk korea menang td
nasib menyebelahi Jepun.. hehe
ReplyDelete