Logo Kemerdekaan tahun 2013 |
Kita memang sedia maklum yang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia, mempunyai persamaan dengan Bahasa Indonesia.. tapi, ade satu perkara yang kita tidak perasan dan telah lama tersembunyi dalam kedua- dua bahasa tersebut..
Tahukah anda bahawa bahasa percakapan kita di Malaysia sudah banyak dirojakkan dan diringkaskan?? Adakah anda perasan sume tu??
Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!
Untuk makluman anda, Bahasa Indonesia lebih puitis dan mendalam maksudnya dari bahasa Malaysia.. jadi tidak hairan la mengapa bahasa Indonesia lebih digemari oleh pengkaji- pengkaji bahasa di dunia.. Itulah realiti yang dialami sekarang..
Bukan tujuan saya untuk mengagung- agung kan bahasa Indonesia dan memperkecilkan bahasa Malaysia.. saya hanya ingin cuba menceritakan fenomena sebenar yang berlaku sekarang ini..
Bahasa Indonesia lebih puitis daripada bahasa Malaysia kerana setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.. Konsep ini adalah sama seperti bahasa Arab di mana setiap kalimah membawa maksud berlainan.. oleh sebab itulah jika kita tersilap membaca Al- Quran, kita dikhuatiri boleh mendapat dosa free je..
Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!
Contoh yang boleh diambil dari bahasa Indonesia adalah perkataan cantik.. jika dilihat kepada percakapan orang Malaysia.. Cantik itu diguna pakai untuk semua benda yang elok paras nya.. kucing cantik, rumah cantik, awek cantik, kereta cantik dan sebagai nya lah.. tapi bahasa Indonesia pula, cantik itu khusus untuk pemandangan.. kalau untuk orang, perkataan yang digunakan adalah jelita, elok dan rupawan.. berbeza bukan??
Selain itu, perkataan pening juga digunakan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia.. pening untuk sakit kepala la, pening memikirkan masalah la, dan macam- macam pening lagi la.. Di Indonesia, pening itu membawa maksud kesusahan memikirkan sesuatu perkara.. Indonesia tidak gunakan pening itu untuk sakit kepala.. untuk sakit kepala, perkataan yang digunakan adalah kepala pusing.. mungkin perkataan tersebut membawa erti lain bagi rakyat Malaysia.
Selain itu juga, perkataan tolak juga digunakan secara bersahaja di Malaysia.. Kita pakai tolak untuk semua perkara.. menolak kotak, menolak pelawaan dan sebagainya lagi la.. Indonesia hanya menggunakan tolak itu sebagai perkataan yang digunakan untuk menolak pelawaan.. bagi menggambarkan perbuatan menolak barang, perkataan yang digunakan adalah dorong.. Malaysia juga ada perkataan ini, tapi diguna pakai untuk maksud yang lain.. contohnya adalah seperti penyebab untuk kita melakukan sesuatu.. contoh ayat " saya terdorong untuk melakukan nya kerana pengaruh kawan ".. berbezakan konsepnya dengan bahasa Indonesia..
Terdapat punca utama yang menjadikan jurang perbezaan antara bahasa kita dengan bahasa jiran kita begitu ketara.. KITA TIDAK AMALKAN APA YANG KITA BELAJAR KE PERCAKAPAN SEHARIAN KITA.. inilah sebab utamanya.. Indonesia menggunakan apa yang tercatat dalam buku sebagai percakapan seharian.. di sini, kita telah meringkaskan apa yang ada dalam buku..
Bahasa Malaysia sebenarnya indah, tapi kita sendiri yang tidak menghargainya.. kta lebih prefer untuk cakap rojak dari bahasa betul.. kita lebih suka meringkaskan bahasa kita..
Tapi apabila dalam lagu, bahasa Malaysia digunakan dengan betul.. itulah yang menghairankan ramai pengkaji bahasa dan saya sendiri serta rakyat Indonesia yang ada di Malaysia..
Cuba korang cuba buat lagu ikut bahasa percakapan seharian kita.. kompem hancur lebur jadi lagu tu..
Selain itu, bahasa jawa juga indah sebenarnya.. menurut rakan sekerja saya kat tempat saya praktikal.. bahasa jawa mempunyai tiga tahap: jawa kasar, jawa halus, dan jawa yang lebih halus.. ketiga- tiga bahasa ni adalah berbeza sama sekali.. perkataan yang digunakan adalah 100% berbeza..
Jawa kasar biasa digunakan sewaktu berbual- bual sesama rakan.. Jawa halus pula biasanya digunakan dengan seseorang yang baru kita kenal.. Jawa yang lebih halus pula digunakan sewaktu berbicara dengan orang yang lebih tua dari kita..
Jawa yang digunakan di Malaysia adalah jawa kasar.. sebab itu bila kita dengar orang jawa bercakap kita rasa kasar kan.. hehe
Ingin Mendalami Ilmu Pertolongan Cemas Untuk Yang Tersayang?? Klik Sini !!
Untuk makluman korang, gelaran yang biasa diberikan di Malaysia kepada orang yang pekat cakap jawa atau dalam bahasa Indonesia kental adalah Jawa Totod ( aku x tau betol ke tak ejaan nya).. hehe.. Kental bermaksud pekat/ loghat bahasa yang kuat..
So, lepas baca entri aku ni, aku harap korang dapat faham mesej yang aku cuba sampaikan.. jika kita gunakan bahasa Melayu yang betul dari buku yang kita belajar dan sewaktu buat karangan BM masa kat sekolah dulu, sudah tentu kita tidak akan mengalami kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi antara orang Malaysia dan Indonesia.. Kita sendiri yang bertanggungjwab menghancurkan keindahan bahasa kita..
Untuk makluman anda, terdapat tujuh agama/ bangsa di Indonesia tetapi mereka hanya bercakap satu bahasa iaitu bahasa Indonesia.. mereka betul- betul memartabatkan bahasa mereka.. sebab itu kita susah nak cam yang orang cina Indonesia.. haha.. yela, dorang cakap Indon, mane r nak tau yang drang tu cina.. hua3
ya, aku setuju dengan entri ini
ReplyDeletethanx bro..
ReplyDeleteBtw yg menciptakan bahasa indonesia itu siapa ya.. Terus sejak kapan adanya..
ReplyDeleteBahasa Indonesia itu awalnya dari Bahasa Melayu. Namun, menjadi bahasa kebangsaan sejak Sumpah Pemuda 1928. Di kemudian hari, bahasa ini mengalami penyempurnaan ejaan yang menyebabkan berbeda dengan bahasa Melayu. Jadi, bahasa Indonesia itu tidak ada yang menciptakan namun hasil kesepakatan bersama Bangsa Indonesia. Mulai ada sejak 28 Oktober 1928.
ReplyDeleteHek eleh, puitis lah sgt. Kalau kita dgr mereka ckp, pelik semacam sepatah habuk pun x fhm. Dah la slang ikut org jawa. Geli geleman aku. Lgi bnyk perkataan pinjaman asing. Bahasa mereka dipandang dunia tu pun sbb bilangan populasi 260 juta je. Bahasa melayu kita lgi menarik kot.
ReplyDeleteSetuju
Delete