Camnila la rupa tiket nya |
Vroooom!!! Vrooom!!! Vroooom!!!
Macam tu la lebih kurang bunyi sebuah motosikal berkuasa tinggi @ MOTO GP kat litar Sepang semalam. Telinga memang bingit habis woo..
Tarikh 10. 10. 10 semalam menjadi tarikh keramat bagi dunia permotoran di Malaysia yang meraikan 20 tahun MOTO GP di Malaysia. So, bersempena dengan tarikh tu, perlumbaan MOTO GP telah diadakan kat Malaysia.
Perlumbaan semalam cukup penting bagi seorang pelumba TEAM FIAT YAMAHA iaitu JORGE LORENZO yang berpeluang untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali pertama di SEPANG. Lorenzo akan bergelar juara dunia sekiranya dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 sahaja.
135LC Street Stylers |
Semalam, dua telah berpeluang merasai sendiri bagaimana perasaan menonton MOTO GP secara langsung di litar Sepang. Gua pergi ke sana dengan mengikuti konvoi 135LC STREET STYLERS yang dianjurkan oleh HONG LEONG YAMAHA. Konvoi ni hanya untuk pemilik LC sahaja ye. Hee.
Gua yang pakai kasut putih tu |
Konvoi ni disertai seramai 808 orang. Angka ni boleh dikatakan memberi " Ong " kepada orang Cina la. Angka ni pon manyak cantik maa. Hee. Ni la first time aku ikut konvoi2 macam ni. Sebelum ni biasa bergerak solo je. Keh3.
Konvoi ni telah menghimpunkan seluruh pemilik LC di semenanjung Malaysia. Ada yang datsng dari Terengganu, Johor dan Kelantan. Sume jauh2 tu.
Kitorang berkumpul dahulu di Amcorp Mall untuk upacara Flag-off. Memang penuh parking kat Amcorp tu dengan moto2 kitorang.Hee.
Konvoi kitorang ni dikawal oleh Kuda Putih milik PDRM. So, jalan kat Federal Highway n ELITE memang kitorang punya. Orang len xleh lalu. Hahaa.
Kitorang sampai kat sana lebih kurang jam 11 tengahari kot. First time sampai kat Sepang ni. Parking untuk konvoi kitorang pon dah disediakan. Hee.
Baru sampai Sepang |
Sebelum amik tempat kat Grand Stand yang tiket nya berharga RM90 tu, gua n membe gua sempat jugak la usha2 pameran yang ade kat luar tu. Amik gambar banyak2. Bukan senang nak bergambar dengan gadis litar kan. Kueng3.
Antara gadis2 litar yang ade |
Lepas puas pusing2 kat luar, gua pon masuk la untuk cari tempat duduk. Tempat duduk ni sape cepat dia dapat. X de maen cop2 tau.
Masuk je kat dalam, telinga pon mula berdesing. Yela, bunyi moto dorang memang bergegar. Huhu. Nak cair taik telinga tau. Menyesal x bawak ear plug.
Race pertama melibatkan kelas 125 cc bermula lebih kurang pukul 1 kot. Pelumba negara kita pon ade race untuk kelas ni iaitu ZULFAHMI KHAIRUDIN. Memang sokongan padu kitorang berikan untuk dia. Yela, Malaysia untuk orang Malaysia la katakan. Hee. Tahun depan, kelas 125 cc akan dimansuhkan dan digantikan dengan MOTO 3.
Lepas 125 cc, giliran MOTO 2 plak untuk amik alih. MOTO 2 ni untuk motosikal berkuasa 600 cc. Pelumba Malaysia pon ade. Dia masuk melalui wild card. Nama dia adalah ZAMRI BABA. Gua x tau la beto ke x gua eja ni. Men hentam je ni. Keh3.
Untuk makluman korang sume, sebelum race bermula, kitorang kat litar telah dihiburkan oleh 2 penunggang DUCATI yang menunjukkan skil menunggang motosikal yang biasa ditunjukkan oleh Mat Rempit kat negara kita ni. Hehe. So, x heran sangat la kan.
Pada pukul 4 petang, acara yang ditunggu- tunggu pon amik tempat kat dalam litar. MOTO GP dah nak start weh!!! Bila sebut je nama The Doctor, sume penonton bersorak. Huhu. The Doctor memang ramai peminat kat Malaysia ni. Tapi untuk hari ni, gua sokong Lorenzo. Hehe. Len dari yang len.
Memang syok habis tengok dorang berlumba. Rossi memang dahsyat. Walaupun ketinggalan ke tempat ke- 9, dia still steady n boleh kejar lagi orang depan dia. So, lepas 5 lap, dia dah jadi pendahulu perlumbaan pulak. Cayala Rossi. Dah la dia potong Lorenzo dengan Dovizioso kat selekaoh sama je. Memang patut la Sepang ni jadi litar kegemaran dia. Dia pon dah tau kat mana nak potong. Dah sebati dengan litar ni kan.
So, perlumbaan tu dimenangi oleh Rossi diikuti oleh Dovizioso dan Lorenzo masing2 di tempat ke-2 dan ke-3. Keputusan ni dah cukup untuk menabalkan Loranzo sebagai juara dunia yang baru. Hoho. Cayala Lorenzo. Patut la dia dah macam malas nak berlumba je semalam. Maintain je kat tempat ke- 3.
Tahun depan, kalau gua ade rezeki, kompem gua nak pergi tengok pulak. Kalau ade duit lebih, nak beli tiket yang berharga RM2k la. Boleh masuk paddock. HEe.
Kalau nak tengok gambar lagi, klik aje kat SINI
Bye3...
P/ S : Takziah kepada mangsa kemalangan di lebuhraya PLUS. Al- Fatihah untuk dorang.
tgk race ok, tp xtau la pulak apa fungsi 'aweks' yg sexi-mexi tu..kdg2 rasa mcm wat menyemak mata jer...
ReplyDeleteSilalah ke blog BLADE EDGE
nak bg kena sambar petir kot blade edge..heheeh
ReplyDelete