Monday, October 04, 2010

Cintaku milik Chrome, bukan untukmu Firefox..

Hello sumer. Apa khabar sumer orang kat Malaysia?? Harap xde la yang demam ye.

Hari nak citer tentang perpindahan aku dari Mozilla Firefox ke Google Chrome. keh3

Walaupun musim perpindahan telah lama tamat, tapi musim berpindah- randah dalam PC ni x pernah habis. Yela, asyik nak tukar selera je. Kejap nak pakai Apple la, Asus la, Alienware la ( laptop idaman ni ).

So, aku pon terjebak jugak la dalam wabak berpindah- randah ni. Hee.

Dulu, aku memang dah guna Chrome, tapi kalau guna Chrome ni, asyik crash je. Menyirap jugak dibuat nya. Rasa nak uninstall je chrome tu. Geram yang amat. Fuhh!

Aku pon mula la usyar web surfer yang len. Pernah jugak guna Flock, tapi x lame la, sebab x berapa bez guna flock. Internet Explorer pon aku bantai gak dulu. Aku pon try la guna Firefox lak. Bez gak sebab firefox ni cun. Kita boleh touch up cket bagi cun- melecun. Hee. 

Lama jugak la aku pakai firefox ni. Sayang betol aku kat firefox ni. Rasa cam nak belai2 je. Kalau boleh ajak dating, kompem aku dah keluar dengan firefox ni. Hee.

Firefox ni bez sebab kita voleh download vidoe flash. So, memang senang r nak sedut video kat Youtube tu. Hak3. Ni la yang membuatkan cinta ku kepada firefox semakin meruap- ruap ni. Aku sayang padamu Firefox!!

Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, Firefox dah makin x sayang kat aku. Bila aku nak jumpa dengan dia, dia asyik lambat je. Lepas tu, bila dah jumpa, dia buat x bermaya plak. Macam dah x suka jumpa dengan aku. Aku x tau apa salah aku kat dia. Aku x pernah pon buat sakit hati dia. Aku dah cuba bagi yang terbaik kat dia, tapi dia layan aku macam tunggul. Dia buat derk je bila aku jumpa dia. Aku memang kecewa giler. Huu. T__T

So, pada satu hari, aku memang dah nekad. Aku nak jumpa dia dan mintak clash. Aku dah x sanggup diperlakukan sebegini. Kau memang x sayang kat aku kan Firefox!! Xpe, aku boleh undur diri. Ramai lagi yang aku boleh cari dalam internet. Aku ni kan muka market. Hee. Sekali petik, sepuluh web surfer boleh datang kat aku la. p/ s: ini bukan unsur2 riak ye, sekadar gurauan je. Kau carilah pakwe len Firefox.

So, sedang aku jalan2 di internet. Aku pon bertemu la dengan si dia yang aku memang dah kenal lama. Aku ingatkan dia dah x ingat aku, rupa2 nya aku salah. Dia masih lagi cam aku. Dia panggil nama aku. Tapi aku buat dono je. Aku malu la dengan dia. Dulu aku yang tinggalkan dia sebab dia ada buat salah dengan aku. Aku tinggalkan dia begitu je tanpa dengar penjelasan dari dia dulu. Lepas aku dengar dia duk jerit nama aku dah dekat 5 kali, aku pon mengalah la. Aku pon menoleh la ke arah dia. Ternyata, si dia tidak pernah berubah dari saat aku tinggalkan dia dulu. Dia masih sama. Peibadinya nyata tidak berubah langsung.

Aku pon memberanikan diriku menghampirinya. Dia kelihatan semput kerana berlari untuk mengejarku tadi. Kesian aku melihat si dia. Aku pon ajak la dia duduk jap kat Metacafe.com. Aku pon belanja la dia minum. Setelah lama kitorang duk rancak berbual, dia tiba2 menjadi diam. Aku pelik tengok perangai dia. Tiba2 dia memegang bahuku sambil menangis. Terkejut aku dibuat nya. Dia tanya kenapa aku tinggalkan dia dulu. Teruk sangat ke kesalahan dia sampai aku sanggup tinggalkan dia camtu je. Keadaan memang betol2 sedih la masa tu. Aku pon rasa bersalah giler. Aku pon guna la ayat jantan sejati aku nak pujuk dia ni. Habis sumer ayat lelaki2 macho aku guna. Dia pon akhirnya berhenti menangis. Memang dari Raut wajah dia, Aku dapat lihat rindu yang telah lama tersimpan. Maafkan aku kerana aku x tau yang kau masih x dapat melupakanku.

Selepas dari pertemuan tu, kitorang still lagi contact each other. Aku cuba untuk menghidupkan kembali hubungan yang telah putus dahulu. Aku x nak lagi menyakiti hati si dia. Pada satu hari, aku pon ajak la dia pergi dinner dengan aku. Ala, romantic dinner macam orang dalam TV buat tu. Aku nak lamar si dia jadi permaisuri hidupku. So, lepas makan makanan yang memang melampau mahal, aku pon mulakan la langkah aku. Aku memang dah plan dengan restoran tu. 

Tiba2 lampu pon terpadam. Menjerit la si dia kerana terkejut. Orang len yang ada dalam restoran tu pon turut kelam kabut. Aku lupa plak nak bagitau kat pengunjung lain. Hee, sori ye kawan2. Keh3. Dalam keadaan kelam kabut tu, boleh plak muncul muzik dari biola. Sume jadi sunyi sepi. Nak dekat klimaks ni. Dusshh!! Satu suluhan spotlight tepat menyuluh ke arah ku. Aku pon start r part aku plak. Aku pon melutut depan si dia dan keluarkan Cincin sambil berkata " Google Chrome Binti Google, sudikah kau menjadi teman hidupku dan penyeri laptop ku? "

So, sekarang aku dah bahagia bersama Google Chrome. Maafkan aku firefox, cintaku milik chrome, bukan milik mu....

YANG LAMA.
Mozilla Firefox
YANG BARU.
Google Chrome

No comments:

Post a Comment

Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini