Hari ni aku nak citer pasal haiwan plak..heheh..nak jadi animal lover cket hari ni..xpe kan..support WWF..bukan World Wrestling Federation tapi World Wildlife Fund..
Topik hari ni adalah tentang haiwan yang disangka telah pupus tapi hakikat nya tidak sama sekali..jom,,check out entri ni..hehhe..
Sume orang sudah maklum yang burung paling x berapa pandai dalam dunia ni iaitu burung Dodo telah pupus sejak sekian lama..burung ni pon pupus atas kebodohan burung tu sendiri..
Sudah lama kita x mendengar berita yang terdapat haiwan lain yang telah mengikut jejak langkah cik Dodo ni..
Hari ni,,aku nak dedahkan tentang penemuan ajaib saintis di dunia..bukan penemuan sesuatu yang baru,,tetapi sesuatu yang telah disangka pupus telah hidup kembali..
Boleh kata macam mati hidup kembali la bagi sume haiwan2 ni..
OKAPI
"pupus": 1750
hidup kembali: 1900
Haiwan yang seperti gabungan antara seekor kuda belang and zirafah ni telah dikatakan pupus pada tahun 1750. Ia juga hanya dianggap haiwan mitos sehinggalah puak pygmy kat Uganda menemui haiwan ni. Sekarang ni ade lebih kurang 20,000 ekor haiwan ni dalam dunia. Satu jumlah yang tinggi untuk haiwan yang pernah disahkan pupus. HEE..
haiwan yang unik |
CHACOAN PECCARY
"pupus": 10,000 tahun lalu
hidup kembali: 1975
Ini adalah baka 'pig' South America. Terbesar dalam spesies Peccary. Mula dikenali melalui penemuan fosil pada tahun 1930. Ia dianggap pupus bersama- sama dinasour. Para pengkaji telah menemui seekor spesies ini hidup di wilayah Chaco kat Paraguay. Masyarakat di situ mengenali haiwan ini dengan nama Tagua. Sekarang dianggarkan terdapat lebih 3000 spesies haiwan ni kat dunia. Ianya banyak terdapat di Paraguay, Argentina and Bolivia..
p/ s: agak2 Messi kenal x haiwan ni..hehe
haram kalu pegang ni.. |
WALKING SAUSAGE
" pupus": 1930
hidup kembali: 2001
Hahaha..korang jangan ingat sosej hot dog berjalan plak bila dengar nama ni. Ini adalah nama kepada sejenis serangga tau. Bentuk badan dia memang macam sosej. Saiz dewasa bagi serangga ni boleh mencecah sehingga 6 inci panjang. Ia juga dikenali sebagai land lobster dan Lord Howe Island stick insect. Serangga ni dijadikan sebagai umpan oleh pemancing2 tegar kat Australia. Spesies ni disangka pupus dengan kehadiran spesies tikus hitam jahat. Sejak ditemui kembali pada tahun 2001, spesies ni dikatakan telah mencecah 500 ekor.
x macam sosej pon.. |
"pupus": 1900
hidup kembali: 1994
Ditemui pertama kali pada tahun 1866 di kepulauan New Caledonia di lautan Pasifik. Tetapi spesies ini tidak diingati dan dikenang orang ramai. Kebanyakan mereka ditemui kembali pada tahun 1994 selepas ribut tropika. Sekarang serangga ni dalam bahaya kembali kerana diancam oleh " semut Elektrik" yang berasal dari South Amerika.
p/ s: kalu nak kenal semut elektrik,,Google it..
macam biawak pon ade ni..hhehe |
"pupus": 1898
hidup kembali: 1948
Jangan korang pandai2 buat andaian yang haiwan ni berasal dari Jepun sebab nama dia macam orang Jepun. Haiwan ni berasal dari New Zealand. Haiwan ni juga mengalami nasib yang sama seperti burung Dodo. Pupus sebab kesilapan diri sendiri. Pada tahun 2008, terdapat 225 ekor haiwan ni di dunia. Tapi telah berkurang kepada 224 kerana seorang Pegawai perhilitan kat New Zealand telah tersalah tembak haiwan ni dalam upacara menembak itik.
p/ s: kesian kat haiwan tu jadi mangsa bunuh..huhu
macam burung merak kaler dye.. |
NEW HOLLAND MOUSE
"pupus":1850
hidup kembali: 1967
Mula ditemui pada tahun 1843,tapi disahkan pupus 7 tahun kemudian..cepat giler kan haiwan ni pupus..huhu. Haiwan ni ditemui kembali pada tahun 1967 di Victoria dan Tasmania. Panjang lagi umur spesies haiwan ni.
cute nye..macam hamster..hehe |
P/ s: lame giler nak siapkan entri ni..harap2 berbaloi la nak bagi korang sume tau
No comments:
Post a Comment
Kalau berkenan atau benci dengan entri ni. boleh hentam kat sini